Esok Lusa tak tahu lagi

Assalamualaikum,
nak cerita ni, tadi...
Abah cepat-cepat keluar sambil capai kunci kereta, dan ibu sempat tanya 

Ibu: kenapa, siapa call?"..
Abah : Anak sulaiman eksiden..
Ibu : Astaghfirullahalazim, Teruk ke? dekat mane?
Abah : Diorang kata terbalik kereta.

Abah terus berlalu pergi.
Baru semalam tengok dia sibuk-sibuk tolong di majlis kenduri depan rumah ni. Sihat je.

Seriously takut. sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Tak terjangkau dek akal yang cetek ni. Harini elok je kita tengok dia, esok lusa tak tahu lagi. sama juga dengan diri ni.

Ketakutan
Kesihatan diri
Ketidak tetapan hati dalam Jalan menuju-Nya
Dugaan yang tidak terduga
Masa Hadapan yang Entah Bagaimana
Kesudahan yang Bagaimana?
Jodoh pun termasuk juga.


"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (9) dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (10) " (Surah Asy-Syams: 9-10)

There is Hope make The Call
Teringat Soalan Farah masa makan semalam, 
Farah : Kalau nak pergi Haji perlu daftar dengan Tabung Haji ek?
Ath : Yup, Di Malaysia begitu la. (Kalau nak hurai panjang pulak bisik dalam hati dan terus tanya) Kenapa?Nak pergi Haji ke?
Farah : InsyaAllah. So, kena Que ea tunggu giliran?
Ath : Biasanya begitu, diorang bagi keutamaan pada mereka yang dah berusia, tapi kalau dah cukup syarat, U may call them dan suruh mereka uruskan apa yang patut la. Pergi dgn Agency pun boleh.

Bagus la farah ni, Jeles dengan dia sebenarnya. Dia sedang mengatur hidupnya, kearah yang lebih baik, May Allah granted all the good things to us.

Dan semalam jugak, Solat Maghrib di masjid Uthmaniah near by Rampai Businesspark.. Kagum dengan seorang perempuan ni. Rasa nak berubah jadi macam dia. The way she dress Up, The way she talk, The way she walk even the way she take things into her life.
Simple & Bersahaja dan nampak ikhlas. the rest...Hanya Allah yang tahu.

Peringatan : Tak payah la kalau nak sakit-sakit hati kalau tengok orang tu lebih, orang tu ada itu ini, tak kemana pun.. Itu semua membebankan hati dan fikiran Ath

Macamana nak konsisten buat perkara baik ni? selalu leka..

Pernah hati ni berbisik, 
Kau perlu lebih jujur athirah. Jujur yang bagaiman? Kau sendiri yang tentukan. Ikhlas pulak?.. Ikhlas akan datang dengan sendiri nanti.

"Some stories don't have a clear beginning, middle, and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next."

Akhir Kata, selalunya akan ditujukan kepada orang lain . Apa kata, kali ni :-

Istimewa buat diri
kamu dan kamu juga yang sedang diuji saat ini..
Sedarilah bahawa, ujian dan dugaan yang menimpa kita semua pastinya terselit hikmah yang Allah nak beri pada kita.. Walau mungkin ujian dan dugaan kita berbeza bentuk, cara dan situasi dari Allah, namun yakinlah bahawa, segalanya pasti terdapat sesuatu yang dapat kita belajar dan ambil pengajaran daripadanya..

Saat kita diuji itu adalah saatnya Allah mahu bukti daripada kita..

Tiada nota kaki, kerana semuanya de'minda


Hari Lain

Assalamualaikum
Almost 1 week, Blog ni tak bersentuh. Bukan tak nak tengok, tapi tak de perkara nak di ceritakan.
Betul-betul hilang rentak untuk menulis.

Mungkin sebenarnya
#Elak untuk menyatakan rasa
#Cuba untuk tidak menyatakan
#Gantikan rasa dengan yang lain
#Atau mungkin tak rasa apa-apa lately. 

Sebab apa ye, sebab semuanya berjalan lancar? Sebab sedang menguruskan sesuatu sekarang ni.. 
ok tak sabar nak tunggu lagi 2 Minggu.

Reminder to Ath 
  1. Jangan suka sangat
  2. Exam akan menjengah tak lama lagi
  3. Hutang pun dah mula melilit.
Saya harap lelaki tahu ini 
 A woman's heart should be so lost in God that a man needs to seek Him (Allah) in order to find her.

Tertarik dengan article dibaca semalam, Nak cari Jodoh ke atau Tunggu..
Semalam birthday adik, She did call (just becoz she got free call 24 hour)
Adik : Long, ape hadiah?
Kakak : Hadiah ape? dah besar, tak de hadia ok
Adik : Ala, kedekut la, Maxis pun bagi tau.
Kakak: Tu Maxis, dia ape tahu haha, Emm tengok la cmne.. nak bagi apa.
Adik : Tahu da, kau ni suka suprise kn. I loike..(ketawa )

Dan semalam juga, untuk pertama kalinya, hari jumaat yang nampak lain pada Kak Shima.
Just because she got so many work to be done or another things that might be personal to be share.
What to be ask, has just said.. after all, i hope she fine.

  • Mungkin sebab tak banyak yang dibicarakan, sehingga i wonder what things has going?
  • Mungkin sebab ada tersalah cakap, dan .....If i did something wrong, my applogy . I hope not.
  • Mungkin posisi duduk didalam bus semalam yang lain.. Aku tak biasa duduk di sebelah kiri. Harap maklum.

Dia yang saya kenal, tak akan bawak balik kerja ke rumah. dan jika masalah kerja yang difikirkannya, dia tak akan diam. 
Diamnya dia kerana perkara lain..
* I have no idea after all*

Pesan dia tanpa suara kepada saya... Bagaimana?
Dengan melihat dia sentiasa tersenyum.. saya mengerti, seakan-akan dia menyuruh saya turut tersenyum sama ... Sentiasa.
Tapi selalu orang fikir saya jenis yang serius. Tidak bukan?

Allah benar-benar mengasihi orang yang sabar.
(Ali-Imran – 146)

Kebelakangan ini, saya tahu, bagaimana nak me"makna"kan kehidupan.
Hargai semua perkara, semua benda, semua orang yang ada disekeliling kita.
Allah kirimkan mereka semua, bukan untuk disia-siakan. Percayalah. Ambil masa untuk fikir sejenak. Kamu akan dapati, semuanya ada Hikmah.
Alhamdulillah.

Ini ke makna hidup yang kita cari? bukan? tapi kau tulis begini

Nota Kaki
1) banyak plan nak Dilaksanakan.
2) Dalam teruja Tunngu FL tiba, saya Nerves. Takowt pun ada. 
3) Tempat kerja was Fun lately. Study abit Bitter.. Unorganise!
4) Musim hujan sekarang ni.. suka! 

yang ni pulak kenapa?

Kalau ada apa-apa bagi tahu la, ni tidak..
Nak pakai teka silang kata bagai.. Quiz kegemaran masa bosan.

Kamu tahu tak, kamu merisaukan banyak pihak, terutama sekali saya.
Tak tahu & Tak mahu tahu ye. Baiklah

Nanti saya tolong buat kamu sampai bercakap. Mahu? suka begitu? ..
suka la tu. 
Ngada-ngada.

Hakikat : Semua orang pun macam tu kan. Sometime, u hide just only to be found. Bukankah begitu?

Manusia adalah ciptaan yang unik dan bahkan pelik bila difikirkan. Benda mudah dijadikan sesuatu yang sukar sehingga menyebabkan segala dirancang boleh musnah sekelip mata. Hebat dan aneh bukan manusia?

Rasa macam pakar bila bercakap begini.
Haha

Jangan muntah ye.



Pahit.
Sakit.
Kuat menjerit.
Apabila kita sebenarnya jatuh cinta dan menyimpan perasaan pada orang yang langsung tidak mengerti bahawa kita sejujurnya sangat menyintai dia tetapi terpaksa memendam perasaan akibat takut kehilangan manusia yang hadir dalam diri. Ada kalanya terpaksa mencari cinta lain sebagai satu alasan melarikan diri dari terus memikirkan manusia tersebut.
Sadis eh?
Entah.
 
Cuaca cerah.
Langit indah.
Apa yang membuatkan kau marah?
 
Ath : Sudah kehilangan rentak dalam menulis sejak kebelakangan ini. Aduhai.

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini.

Ye kan? angguk sikit  :)


 
Last but not least :
I've felt pain before. I've been uninspired, unmotivated, ashamed, desperate. But now, on top of it all, I feel exhausted, stuck but happy. Good day & have great weekend everyone. 

Nota kaki :
Esok isnin . Boleh tak nak MC.. stomachache boss! 

Mereka melalui kaca mata saya

Memangku dagu sambil menekan-nekan mouse Laptop petang ni mengimbau kembali tempoh perkenalan singkat 'Kami'.

too shy to asked.. to lose?? Never!

Saya suka nak cerita tentang kawan-kawan saya ni. Kenal mereka semasa semester Akhir . Jurusan yang berlainan.  Rasanya tak sampai 4 bulan , terus melekat. 
Too be honest, masa study Diploma dulu, kawan rapat sy sorang dua sahaja..
Tak tahu kenapa..Tapi itulah kehidupan saya dulu.

Saya nak describe mereka, melalui kaca mata saya. untuk Kenangan Nanti, untuk dibaca semula bila-bila.
Orang kata, Feelings change but memories don't.

Mula-mula si Anyra ni, mula-mula kenal dia ni, rasa macam pokok krismas pon ada, sebab dia suka aksesories, saya belajar pakai gelang, semua-semua tu dari beliau la. 
Dia ni, family type jugak, sayang keluarga . kalau dia diam tu ada somthing wrong la, tapi kalau tak, macam Radio 24 jam. haha Giler2 sangat. Loving & sensetive . 
Kalau tengok kat FB tu, ayat dia macam machine Gun pun ada. tembak sana sini. Yela, demi pertahankan diri. Kalau nak marah orang tu, at 1st place dia akan hambur semua.. but then, she realize, and layback. Negative gak tu, terburu-buru kan?! hehe. Now dia dah kahwin. Howz was that? macam dunia ini ana yang empunya kah? ^_^
Kami still berhubung, by Phone (only SMS) & FB. 
why only SMS? She doesn't like to Talk on the phone katenye. Gugup! haha tanya la die..mungkin tak nak orang cair kowt.

Sorang lagi, Nur Shahira Mohd Jamil. fuhh nama penuh ni, sebab kt FB die letak nama ni. Dari semester pertama sampai sudah .. Dengan dia lah. Perkenalan & Friendship Kami hanya di Kolej . Percaya atau tidak, kalau orang lain, hari cuti akan hang out dimerata-rata, tapi kami hanya sekali dalam tempoh 2 tahun 8 bulan tu keluar tengok wayang. Tu pun macam Charlie Chaplin. errk penah tengok ke cerita tu? cerita tanpa dialog kn.. i have no idea bout that, tapi tu la hakikatnya..Ayah dia ni penulis Skrip, mak dia cikgu. Mase raya memamg tak pernah miss pergi umah beliau. Suka jumpa mak dia, sebab mak dia akan tanya perkembangan kami. Rasa macam ada mak angkat ^_^.
Dia ni jenis agak keras sikit. jangan cari pasal wei dengan dia. Kalau dia nak sound orang, mane yang dia tak kenan tu, dia cakap je la, penah kena nieh. tu yang tahu..auch ! haha. Suka lepaq dengan dia sebab banyak yang dia kongsi. She's funny though. Sekarang dia kat UIA dalam jurusan ICT. Dia dah ramai kawan sekarang. Kalau tengok FB die, pantang Post status, pasti akan ada je komen menyusul. Selalu dia je yang akan ajak lepaq, so kami hanya tunggu.. Cant wait to meet...

Hmm kawan-kawan saya ni kebanyakannya Nama bermula dengan Huruf  "s" .Dan dia ni pun bernama Shahira. Dia tinggan di Taman Melewar near by PAS HQ hehe. Dia stay dengan atok & opah die. Kalau cerita je, mesti sebut opah die. Manja betul, Jeles i..
Nama timangan die, Shiro, Kak Ya. alalala comei nyee..
Sekarang nie die menuntut di UTM dengan saya. so kami kerap jumpe la, kecik je orangnya tapi bawak kereta macam expert. Parking je failed sikit haha. Nothing much to say bout her sebab, die ceria je. 
Kalau nampak "kumbang" baekk punya (taste band indon) mesti tangkap lentok. argh tak kuasa i.

Paling riuh dia, paling cute pun dia. Paling Neutral pun dia. Kadang-kadang kalau kite twist cerita sikit pun die percaya. Lurus la pulakk kan. haha. Oh terlupa nak sebut nama dia. Nama dia Shazmin. anak pacik sharif.. Kalau keluar hang out dengan dia, Hp die sentiasa berbunyi.. Na na na, bukan bofen taw, tapi ayahanda dan bonda beliau. Maklum la anak tunggal perempuan. mesti la care habis!! 
Dulu dia duduk dekat selayang tp sekarang dah pindah bukit antrabangsa. Jauh dah tak leyh selalu jumpe.
Min ni ada satu tabiat yang negatif. Arrr yup negatif , dia suka bertangguh sikit. Dan tak konfiden. Pandai je nasihat orang, haha tapi kita ni kan manusia selalu la buat perkara yang kita tak sedar ni. 
Dia nak belajar or kerja?  Bila kerja , she keep on complaining here and there, tapi nanti belajar, dia tak suka pulak kn.. hehe so dia perlu tetapkan matlamat. contoh lain, kalau single nak kawin, nanti dah kawin nak single pulak? cane tu.. tak boleh babe.

Sorang lagi yang paling sukar dimengerti. Sayla. Saya tak tahu bila kami mula rapat. Dari atas talian hingga la di luar.Macam semua orang tahu, dia bijak dan Beauty. Come with the pakage. Tak lame dulu mase lepas belajar, jumpa dia di Gombak, katanya dia dapat job Kat KLCC. punye lah seronok, yelah. kita nampak bangunan tu tinggi melangit. Mesti la idaman semua nak kerja kat sana kan. Selalu share cerita dengan dia. Kata saya : Semakin tinggi tempat kita kerja, semakin tinggi tekanannye :) tak gitu?
Die agak keras. Susah nak cair kan hearty die. siapa yang berjaya tawan hearty dia, she is all u got. Dont give up. Mencabar la dia ni..  Hishk tak tahu nak cakap camane, i rather keep it to myself. for me to keep and for u to know..  Sekarang dia di UM, masih contact, once in a while.. ofcoz dia busy dengan Tugasan, dengan BF die jugak haha. Kalau nak keluar hang out ajak la die, dia tahu banyak tempat, tapi awas, shopping dengan dia memang penat. Tapi lately macam ada sikit kelainan, attitude transfer maybe.. I hope shes fine and will let us know anything happen. Dia kate saya cakap bunga-bunga yg dia senyap tu? eh your amount of silent is heavy u know.. hehe Argh berbuih cakap. Kim salam la dia nak cakap... Come on i was here babe~

Sorang lagi macam tercicir sekarang sebab busy dengan tugas. Khairalin. Tegas jugak orangnya. sikap ketua kowt. Paling matang antara kami. 
Paling senior jugak hehe tak tahu nak cakap apa, sebab kenal dia melalui anyra.
Hmm terpisah. kesian dia. tapi sesekali, jarang-jarang kalau Hangout akan ajak dia punya.
hMM dalam apa jua keadaan , stay in touch k.

Sekian la sahaja cerita pendek saya tentang kawan kolej saya. Saya tak tahu ape pandangan diorang terhadap saya.
Pasti ada pros and Cons.


Tak sabar nak jumpa nanti. Nak duduk kedai tepi jalan mana-mana, pekena chease nan , Roti tissue tinggi punya, minum air teh ais limau, bali suam ke, bandung or Neslo ais 2, 3 gelas haha

P/S : Sakit Perut, boley tak MC esok? :(



Cafe latte

Lepas sain kontrak... Lega.
Kalau bukan harini bila?
Kalau bukan aku, siapa?

Kawan : Ape kau rasa?
Ath : Aku rasa macam baru Nikah
Kawan : Hahaha..
Ath : Betul la, aku rasa macam 1 komitmen Heeehe
Kawan : Ye, dan juga sesuatu untuk kau jaga dan sayang.
Ath : Baek

Buka je pintu rumah , Selawat 3 kali , Bismillah banyak-banyak.

Dialog kejutan la konon : Abah, Ibu, along dah Book FL.

Tapi hampeh, tak terkejut
Haha, reaksi macam biasa, tiada kejutan pun, well my parent is the most CooL person isn't it?

Cuma Reaksi 
1) Warna apa? Loan mane apply?


Bila dah balik tadi. Rasa dah buat 1 kputusan yg besar. Time to commit Ath. 
This is serious :)

Hmm Yang tak puas hearty tadi.
Masuk showroom PROTON dengan Kemeja belang-belang, Brown khaki+ Bag Sekolah.
Brother tu boleh tanya, berapa umo ni? Siapa nak beli kereta?

Wah wah.. rasa nak photostat IC 3 keping bagi dia simpan. haha

Ath : Encik, apa yang PROTON ni dah upgrade ek daripada Saga dulu..
Encik : ketawa
Ath : dalam hati, tak penah ke orang lain tanya soalan ni
Encik : ok, u boleh tgok di sni, bla, bla, bla..
Ath : ok. sepatutnya kan, proton boleh buat lagi baik kn.
Encik : tu kena tanya pihat lain :)

Sedar soalan diajukan kepada orang yang salah.

Ko tanya soalan luar alam beb, next question please.

At last lega, langkah sudah diambil. Nak ambil langkah seterusnya..




Morning Walk

Maybe ni cerita paling lawak aku mgadu kat blog terchinta ni.

tak kesah kalau la ada orang bace ,then tergelak.. sebab aku yang tulis ni pun hampir tergelak dengan air mata.

Pagi sabtu harini, aku terlebih rajin, lepas solat subuh , siap-siap nak jalan-jalan kat area taman rumah.
Kebiasaan dulu yang kian ditinggalkan.

Dulu hampir setiap minggu aku "take a morning walk" ssorang-sorang, dan kalau adik aku balik rumah cuti sekolah atau semester, aku akan jalan dengan dia.
Macam-macam cerita kami borakkan.
Gurau-gurau dengan dia.

She is my sister. And i love her so much..

she is one of the kind. Nothing can replace her.

Aku tak tahu kenapa pagi ni, aku rindu sangat kat dia. Selalu dia je ngada-ngada rindu dekat aku..
Dan aku buat-buat tak layan, sebab banyak kerja.

Pagi tadi masa jalan-jalan.. buat sedikit strecthing & nampak ada seorang atok ni, dukung cucu dia..
pastu kat hujung sana ada dua perempuan jalan sambil borak-borak, tak tahu la diorang tu kawan atau sibling or what..yang pasti, aku teringat kat adik aku.

Hearty kata : adik, balik la cepat, banyak nak cerita. i Miss you.


Nota Kaki :
1) masa tulis ni, ada air keluar dari mata .apakah itu? Hingus pun :) :D HAHA
2) Rasa sorang-sorang di tengah-tengah keriuhan orang.
3) Malam tadi mimpi kawan sorang tu. Pelik betul..
4) i need Car.

Hari Kekasih

Bukan saya sorang yang tulis tentang "kekasih Ulung" kita ni
Bukan saya yang pertama .

Bahkan setiap tahun kita menyambutnya. Sebenarnya setiap hari kita mengingati baginda.

satu article dalam majalah solusi keluaran lepas yang saya baca semasa dalam KTM ke KLSENTRAL berkenaan Nabi kita. Bagaimana baginda di hari kiamat nanti akan memberi syafaat kepada umatnya.
Saya tersentuh apabila penulis tu menyatakan bahawa, apabila disana kelak, semua nabi dan rasul akan diberi makam mereka dan akan duduk disana. tetapi Nabi muhammad berdiri dihadapan umatnya, memohon kpada Allah untuk diberikan syafaat yang telah dijanjikanNya. Baginda akan bersama umatnya .

Begitu kasih Nabi Muhammad kepada kita umatnya. Kita???
Sirah yang paling popular ialah, baginda menyebut Umatnya diakhir nyawanya. Itu bukti yang besar bahawa Muhammad insan Agung yang kita perlu sanjung.

Pagi tadi di MHI, melihat Wardina begitu bersemangat menyeru seluruh penonton Berselawat dan Menghayati pengorbanan, Sirah insan Agung bernama Muhammad ini. 
Yup dia ada peluang dan medium untuk mengajak Manusia kearah kebaikan. Itu semua saham-saham akhirat. Semoga Allah Redha.

Percaya atau tidak 
Boleh menitis air mata jika membawa Kisah Baginda.

Pernah dalam satu peristiwa isra' batu yang besar ingin ikut baginda naik kelangit, tetapi Allah tidak izinkan.. dan batu itu terapung sehingga sekarang di Babylon. wallahualam.
Nabi ikutan kita. Kalau kita yang bernama manusia ni tak mahu ikut nabi, maka kita lebih teruk dari batu.

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad 
صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH! 


Note : 
1) Al-mualim by sami Yusuf & The Chosen One by Maher Zain di pendengaran 
2) Mahu menyiapkan Esaimen Law

sekejap je Emosi bernama Depress itu.

Percaya atau tidak, memang begitu lah manusia. Manusia itu saya.. 
_Jika marah tu, marahnya tidak terbendung
_Jika kecewanya, hendak di tangisi
_Jika gembira seharian, hendak di kongsikan 

Selepas Test yang susah tahap petala ke lapan yang saya hadapi semalam, semua rasa kecewa saya lupakan.

Mana tidaknya, Kursus yang saya ambil tu namanya Human Resource Development.
Kenapa soalan yang tidak terduga disoalnya.

Dapat je kertas soalan, masing-masing tengok sesama sendiri. 
Tak tahu nak jawap apa,

Goreng la apa yang patut, cuba la tanya definisi ke, Type of Motivation ke, boleh la jawap. 
Ni tidak, soalan 1 dah suruh Lukis Model Employee Behavior.

Takkan nak lukis gambar orang Lidi sedang duduk Kaki bersilang kan haha.

Lupa segala rasa yang tak enak sebelum keluar rumah tadi. Lupa.

Lega selepas minum teh dengan rakan sambil bercerita sikit-sikit. itu dan ini.
Lega betul. Bukankah betul, semuanya akan lebih senang jika dikongsi. Itu yang cuba saya praktiskan.

Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Yang diberi itu pasti diganti dengan lebih baik InsyaAllah.

"La in shakartum, la azi dannakum".
Jika engkau mensyukuri nikmat-Ku, nescaya akan AKU tambahkan lagi nikmat-Ku padamu. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur. Amin.
Semuanya milik Allah. Kita hanya memegang amanah.
Semalam tu, mungkin hati belum ikhlas, Apabila keperluan muncul, ia bergeser dengan Keikhlasan. 
^_^
Minda ni, Hati ni senang ikut kata haluan kiri
Kawan : Kau terlampau kuat.
Aku : Perlu kuat untuk teruskan hidup.
Kawan : Pinjamkan aku sedikit kekuatan.
Aku : Bahkan kalau perlu, aku salurkan sebanyak mana yang kau suka.
Kawan : Tiada bahu yang dapat aku pinjam.
Aku : Masih punya aku.
Kawan : Jauh.
Aku : Kesat air mata.
Kawan : Kecewa, aku sengsara.
Aku : Jangan lupa janji Allah.
Ath : Termenung jauh kesepian dalam mengubati hati yang sering luka dengan gelagat manusia yang tidak pernah henti dalam menabur benih benci tidak berkesudahan.

"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata."

Rancangan : Mahu keluar berlibur sebentar lagi bersama Teman. berdua?? ada yang jeles nanti kalau dapat tahu. ^_^

Ego itu kamu

Seminit Dua yang ada ni, 
saya diasak dengan Kekecewaan.

Apa yang kamu tahu tentang Ego?

Kalau tanya saya, saya jawap Ego itu "Kamu"
...dan saya nak kamu tahu yang saya tak suka dengan jawapan saya tu.

Kamu jangka yang orang akan sanjung kamu bagai Manatang minyak yang penuh?
Eh, Minyak sekarang orang dah tak Tatang tau.. orang letak dalam kereta sahaja.

Tapi sekarang Ego kamu melibatkan orang yang saya sayang. Kamu mengganggu Emosi beliau.

Saya juga terganggu jika kamu menggangu beliau.

Tega nya kamu.

Kamu hanya perlu lakukan satu perkara. Satu.
kamu cuma perlu berubah
Itu sahaja sebenarnya.

 Saya kecewa. You Never Grow Up!! 

Nak dibiar, ikatan takkan putus.. nak dekat, dia menjauh..



U-Turn:
Apabila minda telah diset bahawa kepahitan adalah perkara yang WAJIB ditemui di dalam kehidupan, dan MESTI dihadapi di dalam perjalanan, ah, hati tak akan terlalu manja untuk menyebabkan tubuh terlutut. Bahkan rasa pahit itu juga akan mampu ditelan ibarat air tawar sahaja.
 
Nampak senangkan?

Come on. Kuatkan diri. Jangan hidup dalam fantasi.
 
Kepahitan adalah perkara WAJIB di atas dunia ini.

Memahami yang itu, kekuatan akan hadir di dalam diri.

rasa Hilang

Baru 3 hari tak On Laptop. Tahan diri . Tibe-tiba, teringat Assignment yang perlu di selesaikan.

Bila dan On, pasti la search Internet, Blog, FB. 

Perkara Normal. Dadah berteknologi ni haha.. 

Terasa nak mengadu di sini.
Tapi Lima Enam kali click dekat "New Post" kemudian padam.
Apa dah jadi ni, Minda tak terkawal . 



Banyak gile esaimen pon masih boleh baring tengah Jalan sambil berangan   
Cakap kat diri
  • Takkan sebab kawan cerita dia dah dirisik kau gembira sampai tak terkata? tahniah Z hehe . Teruja!
  • Takkan sebab tadi kau rasa nak call kawan yang kau rindu tu, tapi tak tekan Button "CALL" kau jadi camni.
  • Takkan sebab pagi tadi abah kate nak hold dulu FL ko dah hilang kata-kata.
  • Takkan  .Takkan.
yang Ya,
Tadi aku teringat dekat kau. dan aku tahu harini Khamis. Aku jangka kau sedang buat apa. Dan kemudian, aku tak dapat nak fikir lagi aktiviti kau. 
Kesian aku.

hidup takkan faham ape itu nyawa..nyawa takkan faham ape itu nafas...
Segalanya mungkin bermule dengan satu nafas menghidup satu nyawa....

Apa yang aku kata ni? aku pun tak tahu.. 
Apa aku nak cakap tadi ialah, beberapa hari ni aku rasa Hilang, walaupun kehadiran aku penuh.

Nak kembali ke alam yang nyata. Tolong lah.
Perlu ke berkeras atau sebenarnya lembut tu yang paling bijak.


Nota kaki, tangan yang tulis

1) sedang tunggu Muhammad Al-fateh.
2) Tunggu punya tunggu tak timbul-timbul. Alah selama ni naik bus, KTM ok  
    je.  Jangan nak ngada-ngada sedey . Pang kang =p
3) Rasa nak cium orang. kamoo!! boleh tak pinjan pipi. saya nak :* haha
4) Sedang berpantang. 
5) Assignment banyak

Penat dah cuti

Assalamualaikum

Harini Isnin 7 Feb, 
Penatnye rasa Cuti kali ni.

Kelas weekend pun tak ada
Tapi Penat

Saya rasa, saya la pemegang Acc Muka Buku paling Tegar dalam Seminggu ni.
Tak cukup pagi, Petang, lepas tu malam.

Ah, mesti FB friend dalam List tu, naik menyampah tengok asik-asik dia ni je Online.

Hahaha..
Apa nak buat. Tak de kerja tapi ada Internet.

Takutnye esok nak masuk Office, Mesti kerja bertimbun.
Peti Emel penuh.
Document atas meja Tinggi berdiri.
Habuk ada ke? hehe sikit kot..

Tak dapat cuti nak cuti, bila dah cuti nak kerja.
haha..

Eh ada jugak soalan yang menarik saya nak kongsi ni,

Kawan : Ko tulis blog memang guna ayat skema ke?
Ath : Yup selesa begitu
Kawan : Oh, aku bace blog orang lain diorang guna ayat sempoi.. Ranggi.
Ath : Tu cara die. So biar la dia. Kalau aku nak, aku pun boleh . Nanti aku buat ea.

Bukan tak nak tulis Sempoi begitu.
Cuma nak biasakan diri dengan bahasa Buku Kembali.

Penat dah duduk rumah. Dari pintu ke beranda. Dapur semua dah belek satu-satu.

Bersedia untuk kerja. Saya rasa bila di tempat kerja, Jadual dan masa saya teratur sikit berbanding di rumah.
Ikut suka.
Payah begitu.
Tak ada motivasi nak Punctual.


Harapan : Semoga hari pertama esok selepas cuti agak panjang ni, kurang sikit dari cuti kahwin saya rasa haha akan memberi semngat baru kepada saya. 
Nak lebih ceria. yeaa.. Lets gooooo!


P/s : Ceramah Imam Muda Asyraf semalam Best. Dapat Tengok Dekat. Cute nye. Tenang je.

Level 10 Valuation Department BIMB