kosong yang misteri..Terisi

Antara soalan yang kerap difikiran ialah apa yang hendak kita lakukan apabila ada sahaja yang tidak kena dalam hidup ini.


Ada ketika-ketikanya, kita terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena.


Kita isi hidup kita dengan pelbagai pengisian. Kita bergantung dengan pelbagai pergantungan. Kita harap kasih sayang insan itu akan berkekalan. Kita damba kebahagiaan kita akan berterusan.



Tetapi sebagai manusia yang berfikir, kita akan terfikir, sejauh manakah kesenangan kita akan berkekalan?

Selama manakah keamanan yang ada pada kita akan berterusan?


Mengeluh, resah gelisah.. itukan sifat manusia yang allah sebutkan dalam Al-quran.
Memang manusia itu fitrahnya Lemah..


Perlukan sokongan. Pada apa kita hendak meletakkan pergantungan? Kekadang terselit iri bila melihat manusia lain beroleh apa yang diimpi.

Tapi itu cuma dihati.


Apa yang terlintas dihati pasti terlintas difikiran. PELIK. jarah hati dan Otak Jauh..


Di dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi.
Semua kita merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Dan kita takut dengan kesunyian yang ada di dalam ruang itu.

Konklusi..



Dengan mendekati Ilahi, kekosongan di dalam hati yang amat misteri itu terisi .
Cinta kepada manusia, yang dibina di atas cinta kepada Allah, ia akan memberikan kekuatan berkali ganda kepada kita.


Segala senyuman akan kita hargai, segala kebaikan akan membuatkan jiwa kita lapang, segala ketenangan membuatkan hati kita tenang. Oh, bahagianya.


Tidakkah tidak mendapat semua itu, membuatkan hati kita sunyi?



Jadilah pencinta. Belajarlah berkorban. Kita akan memahami.



Kita tidak akan sekali dapat menjangka
apakah yang Al-Hakim aturkan buat kita
bijaksanaNya melampaui ilmu yang ada
.





"saya cintakan kamu semua"



agaknya bagaimana Allah menjawap penyataan hambaNya yg menyintai sesama hambanya KeranaNya!



Sesungguhnya Allah swt memanggil Jibril dan berkata " Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun menyintainya dan menyeru seluruh penduduk langit untuk menyintai orang ini. Maka seluruh penduduk Langit menyintai orang ini. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap penduduk bumi (Hadis Riwayat Bukhari)

Namun, selama ini cinta siapa yang kita kejar?

tak bawak...

pkul 5.50 pm harini masa kemas-kemas barang nk berangkat balik ke baiti jannati..
baru perasan tak bawak Purse!! tak bawak purse!! masyaAllah, ...dah mula panic, macamane nak balik ni..

dalam hati dah mengata diri sendiri,
"mentang-mentanglah pegi balik dengan jiran, duit langsung tak tgok"

ye ye tu mmg kelemahan diri!! :( careless dgan duit..

baru nak gerak pegi mintak simpati opismate, tetibe teringat dalam drawer ada duit balance beli buah dari "Awan Dania" alaa yg datang petang2 tu..tolak troli makanan. haha kak Ita la sape lg!

ada la dalam RM4.70 posen je.. Lega sesangat.. tak jadi meminjam..

(calculation)
Tiket KTM RM1
Roti RM0.70
Dutch Lady RM1.80 (Mahal btul, teringin ape nk buat..beli la jgk)

Fuhh ada balance 1.20.. cukup la sampai umah ada baki duplohsen nnt..

Mmg ambil risiko aku ni. dalam hati takut2 brani je..

6.27 smpai KLsentral.. bergerak pantas ke counter Ticket. Tinjau skrin masa keretapi ke Batu Cave 6.43 so kire cun la tu..

Masa tgah tggu train, tetibe Abah call, musykil jgk.. knape agaknye ea?.. lame baru angkat.. abah tanya kt mane? eih gaya macam nk ambik je.. wow hati berbunga2.. ok estimate time, set mase dgn abah, dalam 7.15 kt Bt Caves Station.. Tgah syok2 bace Solusi, Suara wanita staff KTM kedengaran dari corong speaker , Train Delay!! OMG.. sgt tak suka situasi camtu. mungkir janji la KTM ni. slalu sangat.. huhu

Bukan ape, kalau tak melibatkan orang lain, tak kisah, ni dah set time ngn abah, waktu mghrib lagi.. Tension betul!

call abah terangkan Situasi, alhamdulillah abah orait je..die cuma cakap nk pi solat dulu. Cpat je aku cakap OKEY! :) Lega yg teramat ^_^

7.40 Smpai ke station BATU CAVES.. pertama kali sebenarnya disitu.. erm Abah salah Jalan.. dan perlu buat U-Turn.. abah mengeluh panjang. Aku pulak, selamba je cakap.. alaa, tak pe la bole jalan-jalan.. pandang muka abah sekali, Die nak Gelak?? Haha Kirim Salam la, tapi rasa2 die senyum dalam hati kot.. eleh, Ego! xpe xpe faham dah..

Nampak Kedai char kuey teow area Batu caves yg diorang ckp sedap tu, nnt boleh la datang.. teringat kt sayla.. die suka.

beberapa minit lpastu ibu call, nk ajak makan luar, sbb takde lauk untuk dinner mlm ni.. ibu tak tahu pon aku puasa.. tak nak susah2 kn, nnt die kelam kabut nk masak.. tak yah la.

Sampai je kt kedai mkn, dah jadi habbit.. sume orang tak tahu nk order ape.. main pandang2..
Ibu start order nasi goreng biasa, Hafiz pon order nasi goreng paprick, Shafiq pon ikut jugak nasi goreng ayam, Abah nasi Goreng pataya.. pastu add on Telur Beefsteak.. waa selera canggih betul! Lapar la tu, Giliran aku? smua pandang.. ermm "saya nak nasi goreng, tapi jauh sikit.. Bagi saya nasi Goreng USA".. akak ambik order tu boleh senyum sambil ulang ayat aku tu.. hehe macam2 ibu cakap!

Jalan Balik tu, singgah selayang mall, abah nk ambil barang kt kedai kawan die, Terserempak dengan Ustaz Mahmud Al-Hafiz.. abah salam dan borak macam kenal rapat je gaya..
Waa orang Hebat tu. Malu pulak rasa ..

Okie.. end of story.. balik rumah, dah penat.. tukar baju.. Gosok Gigi.. dan Lepaq bilik tulis entry ni.

TAK BAWAK PURSE .. Tak sedar pulak tu
!!
itu objektif entry ni..
menzahirkan ke
"carelessann diri"
ada ke ayat tu..hentam je la..

Athirah careless.. ni nasib tak bagi tau ibu, kalau tak.. kena dengar ceramah 3 jam kot.
Ketuk kpala sendiri je laa.. adoii~

cermin untuk pandang belakang

Siapa kata jangan pandang belakang kalau mahu berjaya! mahu terus mara! siapa kata?

hmm
kalau dulu aku pernah kata, don't look back, unless u wanna go that way.


tapi hari ni aku nak ubah sikit, guna cermin kalau nak pandang belakang.



pandang belakang bukan untuk berhenti mara. pandang belakang bukan untuk membangga diri.
Tapi , Pandang belakang untuk nilai diri, untuk lihat kembali kesilapan hati.

kalau nak diikutkan kata-kata orang jangan pandang belakang bile dah didepan , memang mudah.
Samalah seperti orang yang hanya mencipta kejayaan , seakan-akan memanjat bangunan yang tinggi untuk jatuh bunuh diri.

faham tak? ...ermm macamni..
Semaking banyak kejayaan yang dia miliki , samalah apabila dia hanya memilih untuk memanjat bangunan yang tinggi (kejayaan). Semakin tinggi dia, semakin tinggi la dia memilih untuk jatuh jika tidak berlandaskan hukum Tuhan.

Kerana dia tak pernah tengok orang2 bawahan yang menyokong untuk dia berada di tempat tinggi itu.

Jadi, kita sebagai manusia ni mestilah bijak"sana" dan bijak"sini"..dalam semua hal.
Perlu bijaksana beerti ingat masa depan dengan mengambil langkah bijak dengan memikirkan kesan tindakan dimsa kini...

Nak dijadikan cerita, Jika satu hari nanti kita berada di tempat tinggi memiliki kejayaan, haruslah Tengok-tengok, jengok-jengok cermin ..untuk ape? untuk pandang dan nilai diri..
Tolong menolong orang yang berada dibelakang..

Kejayaan dan segala apa yang menimpa manusia itu tidak lain hanya lah ujian dari penciptanya;


Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal sedemikian berlaku..

p/s: buat rakan taulan yang sudah berjaya tu, smoga terus berjaya dunia & akhirat hendaknya.

Bora Ombak

Baru baru ni, pegi makan malam.. ada orang belanja.. sangat best sebab tempat ru boleh dikira ekslusif..

Sekali pandang dari luar nampak macam kediaman mewah. Rupanya property tu ditukar menjadi premis perniagaan (restoran). Melangkah masuk je, dekorasi bali menjadi tatapan mata, bunyi air mengalir dari sekeliling hiasan kayu sungguh menenangkan.

Tempat tu agak privacy sebab macam tak ramai orang pun, mungkin sebab baru pukul 8.30 kot.
Kami memilih untuk duduk di luar, so dapat la lepaq dengan fresh air. asik2 air-cond je. Lemas rasanya paru-paru ni...

Bile duduk je, pelayan dah letak makanan, air teh panas dan muruku.. haha lapar punye pasal. Habis licin.

okey-okey nak order dah ni, bukak buku menu... overall mkanan western.. Kalau nk bawak nenek, opah, wan pegi sni makan kene pikir 18 kali sebab diorang tak prefer makanan seperti ini kn. Tentu sekali.


hmm... igat nk try makanan ala-ala baLi as the restaurant name "BORAOMBAK"...
Bora-bora tu kn bahasa indonesia.

Tapi takde pulak dalam menu tu.. kalau ada pon satu dua je..


So aku pon pilih la makanan ni.. Gambar tak clear sebab pencahayaan tak bagus, Romantis je, Angin sepoi-sepoi bahasa, atas meja ada cahaya lilin je. kalau bawak wan+atok ni mesti dah kena komplain.. camane nk makan gelap2 ni.. haha

Ape tah nama makanan ni, Grilled Carribean Chicken..kot..


yang ni Asian fusion session, ala-ala Chicken rice la kot.. makan je laa..




Lpas makan tu, Pencuci mulut ni... teka name ice-cream ni? ...haa nama ni senang nk ingat.. cam lagu...

Love story
Yang ni Black Rose....
Dua-dua fantastic.. sedapppp giler!!..


Alamak, picture senget.. sorry! okey..

Konklusi : Tempat ni kat area penchala.

Loaksi ni sesuai untuk pasangan, kalau yang dah kawin n memang romantis tu, mmg sesuai sgt2.. untuk famili pun boleh cuma tak mesra kanak2.. Kerena

1) Gelap..
2) Hiasan dan Dekorasi yang agak bahaya cth: Tangga dan Kolam air ditengah2 restaurant..
3) mane la tau kan ada pasangan yang tak beretika.. diorang buat aksi tak terjangkau dek akaal.. ermm faham2 jelaa.. so tak sesuai untuk tatapan umum.

Restaurant ni sesuai kalau nak dijadikan annual gathering.. ala, kalau nk buat reunion tu sesuai.. sebab diorang provide as such services.

Lagi satu aritu, kbetulan ada sekumpulan orang buat suprise bufday party untuk member diorang. Meriah. Siap ada kugiran (live band) yang akak nyanyi dari table ke table.. slow song..
Romantis habis.

Rasanya kat belah ampang tu ada satu restaurant camni jgk, tak tahu la adik beradik jgk kot.. BORA-BORA or BORAASMARA...

Makan memang sedap! :)

SoLusi


untuk siapa-siapa yang belum tahu, soLusi ni sebuah majalah agama. Majalah untuk kita semua sebenarnya. Sebagai panduan hidup bersyariat.

Seperti kamu, dia, mereka dan anda, aku juga sangat suka membaca, sangat suka buku.
Buku yang boleh baca la, kalau buku bank or buku lima tu nak buat ape.. :) hehe

ok , begini.. yang menarik minat aku ialah, majalah ni macam manual guideline..

Frankly speaking, ni first time beLi, sebelum ni hanya pernah dengar and pinjam je..

Bile sejak kebelakangan ni, mase tggu lif, pergi surau, naik bus, asik nampak je akak tu baca. Eih macam best je.. kusyuk pulak tu die bace tak tgok kiri kanan.

Isu terbaru kalini, mase dapat Emel promotion, trus order!

buka halaman pertama, Baca isi kandungan & ruangan editor.. Hati dan mata terpikat , terikat sampai melekat.

Pahrol Mohd Juoi..
nama penulis buku Di Mana DIA diHatimu...

Whish i adore his writting.
Die merupakan penulis dan pendakwah bebas.

Untuk first round, hanya selak-selak dan baca tajuk Utama.Antaranya :

  • virus Nafsu
  • ada ruangan Tafsir
  • Sirah
  • Mahmudah vs Mazmumah
  • Perkaitan antara Gender
  • Diam ada Makna
-diam malas, diam marah, diam merajuk, diam terpaksa,diam semulajadi... tajuk menarik, sebab i pendiam haha :)
  • Tunaikan Haji
  • Pendidikan anak-anak
-apabila anak pandai bohong.
  • Bank (muamalat)
-bank islam Mahal? ?? yelaa.. masih diperingkat kecil, tapi kite harus bersyukur, kerana institusi islam ni dah selamatkan kita dari terjebak dengan Riba.
  • Cari Jodoh Online?
-ehem, jodoh!! perkara sntiasa diminda..pening2!
  • Jadilah manusia Hebat
-huishk menarik nye.. pemaafnya rasulullah saw. Hebat!
  • Cinta Yang Hilang
  • Bahagiakan dirimu
  • Yang lama jangan dilupakan..
  • Travel
  • Hati diikat pada masjid
  • Batas
  • kamus
  • Harta
  • Keajaiban Kulit
rasa nak ulas semua.. tapi kna baca dulu.. nanti ada masa saya huraikan lagi.
Secara keseluruhannya, majalah ni ajak pembaca untuk tengok perkara dari semua sudut, atas, bawah, kiri kanan, belakang, hadapan.. secara Total.
Sebab Islam tu syummul. Lengkap!

Selain Editor Ustz Pahrol, ustaz zahazan, ustz zaharuddin,.. pon ada sbagai penulis..
so banyak ilmu yang disampaikan.. kita bolah kutip dengan hanya membeli majalah ni. Bukan baca lepas tu letak tepi , smpai masa jual kt recycle paper.
Majalah ni boleh dijadikan bahan rujukan!..

So, dah tgok webpage SOLUSI.. sy akan beli dari Jilid 1.. harga nya murah RM 2 je.. berbaloi2!

last but not least, suka part respons..
  • Cinta Allah itu fitrah hati
  • Solusi Penguat Hati
  • Baca satu edisi bagai satu Bab
  • Remaja Teruja dengan info
menarik sangat komentar mereka. Apa mereka rasa bila baca Solusi.
Konklusinya, Solusi penuh dengan ilmu sebagai solution atas persoalan yang timbul hari ini. Sebagai Jalan Mujahadah Melawan Nafsu dlm diri. Pengubat hati yang gundah dengan eloborasi menarik.


kpada siapa2 yang belum ada, boleh la dapat dikedai2 buku ye..
Sekian

Senyum..


Selalu tersenyum bile baca emel & sms.. kadang2 kena tangkap senyum sorang-sorang pon ada..

Hehh tak tahu la, apa yang lawak pon tak tahu, bukan lawak pon sebenarnya, tapi baca dgan penuh minat..

Dapat sms dari kawan ajak YM pon boleh tersenyum gembira, adik tanya makan apa pon tersenyum jgk..

Kalau kawan ajak kluar, aku senyum dlu sblom reply sms..apa tah lagi bile ada yang panggil sayang.

Lagi la suka, berbunga-bunga hati ni.Rasa kaki tak cecah bumi.. haha parah parah..

pernah satu ketika dlu, dalam hati ni teringat kt member sorang tu, rndu sgt dah lme x jmpe.. tibe2 die sms..

Hi syg, i miss u so much !! ..mase tu jgk rse nk call member tu haha..

Satu hari tu rase ceria je.. sampai tersenyum sorang-sorang..


Thanks everyone.. Saya pun sayang kamoo..!!


Macam-macam feedback dapat bile Fwd emel n sms.


Teringat satu formula : kalau nk menerima hendaklah memberi.

So Kalau nak gembira hendak lah gembirakan orang.

Terbukti berkesan. Tak percaya? Cuba laa.. hmm


Tapi mungkin aku ni jenis mudah menerima, apa saja,.. apa saja orang bagi, insyaAllah terima.

Jangan bagi harapan palsu dah la ok!


Rasa senang sgt hati bile tahu ada orang ingat kat kita.. smua orang pon camtu kn?! ini baru bahagia sikit, entah macamane rasa nya bahagia bila orang yg dah kawin tu.. entah camane rasa bahagia bila org betul2 in love tu, Entah macamnae rasanye orang yang hari-hari dipanggil sayang tu..


Macamane nak rasa? Kne laluinya. Kena berada dalam dituasi tu.


Lain-lain bahagia


Bukan setakat bahagia bile rasa. Tapi nampak Orang lain senyum pon, aku rasa nak senyum, nampak mak orang lain pegang tangan anak die pon nak senyum jgk.

Hmm.. ape tah penyakit aku ni.

Penah satu ketika dulu, mase study diploma.. buat discussion.. smua dah tak tahu nk pikir ape lagi..

Kami tgok muka masing2.. pastu senyum. Tak tahu sebab ape .. Just smiLe ^_^

Petang-petang tggu bus , tgok burung and pokok pun rasa nak senyum..


Bungkus kuih lepat tak jadi kena tegur dgan ibu pon boleh senyum.. (tak pandai)


Senyum itu sedekah, betul.. kerana ape ye? Cuba kita kaji.. kita jumpe orang hari hari, berselilih, bercakap.. tak kira la cakap face to face or on the phone.. dan kita tak tahu apa yang orang tu dah lalui pada hari tu, apa peristiwa yang orang tu hadapi sblom ni, samada kena marah ke, kena sindir ke, baru lepas kena saman ke, tak makan lagi ke..kerja banyak ke.. kita tak tahu..

Jadi kalau kita bagi senyuman.. sekurang-kurangnya, dia tenang sikit, gembira sikit.. tak gitu?


Relaven betul .


… tapi ada sesetengah orang tak berpeluang untuk sentiasa senyum, dia hadapi hari-hari yang sukar. Hari-hari yang sakit, hari-hari yang payah. Kita yang mampu tersenyum ni, MENGAPA payah sangat nk sedekahkan senyuman..kenapa ye?


Bersyukur! Kerana masih mampu tersenyum.,





Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman..


siapa tak tahu senyum angkat tangan? tgok pacik ni pon tahu senyum.. haha


Beberapa fakta untuk senyum


Smiling Changes Our Mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.

Smiling Is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. Prevent the flu and colds by smiling.


Smiling Lowers Your Blood Pressure
When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home. Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.


Smiling is infectious,
You can catch it like the flu.
Someone smiled at me today,
And I started smiling too.


Rasa macam Insan terpilih

“Rasa macam insan terpilih pulak kerja kat sini” tu ayat farah masa kt kuliah zohor tadi.. aku terdiam, dan akhirnya mengangguk, tanda setuju.

Betul la, betul pada orang yang rasa macam tu, tapi sesetengah orang, mesti rasa sama je macam kerja kat mane2. Sebab apa? Diri mereka yang perlu jawap sendiri.

Kenapa ye boleh terasa begini? die rase hari-hari dia seimbang dan tenang..ada pengisian.

Dalam kes kami ni, Alhamdulillah, kami rasa “terpilih” dan sangat Bersyukur.

All praises to Allah

Tak semua orang mampu cakap benda camni. Bile dah betul-betul yakin. Baru akan diluahkan.

Rasa seimbang,

Rasa tenang,

Rasa silaturahim,

Rasa Selamat,

Semua ni nikmat.

Teringat Ustaz syed smlam cakap berkenaan berkat.. apa maksud berkat yang orang selalu sebut sebut “smoga diberkati” “ambil berkat”

Apa tuu…

Pastu ustaz syed jawap : berkat ni macam, contohnya, smua orang diberi 24 jam sehari, smua orang ada 24 jam, mane ada orang kat dunia ni ada 26 jam, 24 jam setengah… tak ada. Tapi.. setiap orang guna kan masa tu dengan perkara berbeza. Samada bermanfaat atau tidak. Terpulang kepada individu, Bagi yang dapat “Berkat”.. dia akan dapat melakukan pekerjaan seperti biasa, tapi dalam pada masa yang sama, die boleh melakukan solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, baca al-quran, bersedeqah dan lain-lain perkara mendatangkan pahala dan bermanfaat untuk dirinya atau pun orang lain. Itu berkat.

Makanan yang sikit akan cukup & mengenyangkan jika ikhlas dan berkat.. haa camtu la lebih kurang.

Aku faham! Jadi maksud ayat farah “rasa macam insan terpilih” tu.. ada kaitan dengan berkat barangkali…

insyaAllah.

Macamane nak istiqomah dalam perkara2 ni, aku rasa, hanya satu. Minta pada pencipta yang memiliki / memegang hati hati manusia.

Pencipta yang maha berkuasa dalam segala sesuatu. Disamping Berusaha ke arahnya.

Paksa diri untuk kearah kebaikan itu perlu. Sentiasa betulkan kompas.

Koordinat hanya satu. Redha.

Sejak bila aku pandai bicarakan semua ni?

Sejak aku di Kolej islam antarabangsa, sejak aku di Bank islam Malaysia Berhad.

kadang-kadang terlepas pandang perkara-perkara kecil yang besar maknanya macamni.

SMUA NI NIKMAT.. yang jarang kita syukuri..

hmm teringat masa zaman sekolah menengah dulu, member ada tanya cikgu, macamana kite nk pastikan kerja kita nanti berkat cikgu? selain jadi cikgu, yelah kerja cikgu kn mulia, mendidik.. tapi saya nk jadi Lain.. cth: ayah sy piLot, camane nk huraikan berkat tu.. sy tak faham la..

Cikgu senyum and jawap, kerja yang baik-baik, nnt berkat laa.

Aku yang dengar , tak tahu ape mase tu, angguk je. Sekarang 22 tahun baru faham.