saya dah Ok

saya dah sembuh

semalam rasanya masalah akibat banyak makan daging hehe

  • Sup daging
  • rendang daging
  • Daging masak kari

makanan mempengaruhi semua. (HAHA nk sedap kn hati. salahkan makanan.)

semasa menunggu KTM Tadi di Radio pun ada mengatakan, hari-hari jika kita terlupa muhasabah diri sebagaimana yang sepatutnya. Hati tidak tenang. Itu adalah teguran dari yang pemilik Jiwa.
Jiwa kita jiwa hamba. Jiwa hamba kecil dan mudah terRasa.

Maaf. Sorry. 
saya tak sepatutnya Terasa begitu.

Saya ok.


Love you all and I'll catch ya later...

...doakan saya

Terasa

Entah,
tak tahu kenapa tiba-tiba hati tak tenang , tak tenteram , ras left behind , rasa terasing
rasa ada yang tak kena , rasa keseorangan , rasa belum cukup , rasa bimbang ..

Lepas soLat Isyak dan makan malam harini.

Semasa telinga disumbat headphone, Lagu Alhamdullillah dari Maher zain berkumandang..

Mata memandang article di Skrin Laptop klassic Fujitsu Siemens entah tahun bila keluarannya. Saya tak pasti.

Open New Tab untuk membuka akaun Facebook.. Membaca itu dan ini di status rakan-rakan.
Ada yang saya kenal dan ramai yang tak kenal.
saya lebih gemar melihat perkongsian nota dan peringatan & pandangan mereka dari isu-isu terkini.
Selalunya saya tak ambil pusing status yang "Wow"  mereka kongsi.. apa yang mereka beli, parti apa yang mereka hadiri.

Yelah, yang gembira-gembira mereka akan kongsi pada semua.. bila sedih-sedih baru la dicerita pada yang terpilih. Maksud saya; mereka yang boleh dipercayai.

apa semua ni?

oH, bila gembira hendak bersuka ria.. ditinggalkan mereka yang boleh dipercayai? dilupakan mereka yang terpilih kononnya tu?

Saya tak tahu ape difikiran mereka.
Tapi saya terasa.

Maaf, saya tak boleh kawal rasa 'Terasa' tu..
Dia datang dengan sendiri. Itu namanya tindakan reflek .

Rasa dipergunakan.

Mungkin itu yang tepat. Astaghfirullah.. Cepat-cepat buang rasa "Terasa" tu

tapi sebanyak mana saya cuba menafikan apa yang saya rasa.
I know, its there. Just keep quite down there obey to the creature.

Lantas Satu click "X" di tab FB .

Fikiran ligat me"replaced" perkara-perkara tak berfaedah tu dengan perkara besar yang sentiasa menjadi priority de'minda ni.

Rasa jauh.. Rasa tak diterima..

saya nak tanya :
Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?
tetapi tidak lah menghadapi ujian Hebat seperti umat terdahulu.

Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata…

Allah sudah tinggalkan kita.

ya Allah.. Mengapa begini..

mungkin kerana Lagu yang berkumandang.

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you..

"Athirah, awak kena bersangka baik"


Ya, bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?

saya perlu Lihat semula hubungan saya denganNya
:(

Saya rindukan sahabat . Saya perlukannya.
Tak tahu siapa
Tenanglah tenang!~
Manusia Biasa yang punya Rasa
12.01 Am

-masa saya-



masa Lapang saya..
Mood : Membaca!


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan





masa hadapan ..

Entri ini dah 4 hari saya save dalam draft..

Bukan tak mahu di kongsi, tapi saya rasa belum jumpa apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya..
saya tak jumpa perkataan yang tepat untuk apa yang sedang saya fikirkan..

kerana
Masa hadapan, esok, lusa, bulan hadapan...bahkan nanti.. kita tak tahu.

tak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan

sehingga saya takut untuk merencanakan agenda


mungkin orang biasa seperti saya akan mengimpikan sebuah rumah besar, jawatan tinggi, suami hensem+baik, Anak comel+soleh dan pelbagai lagi. Semua yang baik-baik belaka.


Nampak?
Cita-cita, kehendak, harapan, itu semua antara unsur yang mencorakkan peribadi kita. Masa hadapan kita, bergantung kepada apa yang kita cita-citakan, harapan kita, dan kehendak kita.


bagaiman ?
Apa masa hadapan yang lebih indah, bermakna daripada masa hadapan di syurga Allah SWT?

Apa yang kita mahu?

jika kamu mahukan dunia, berusahalah seakan-akan kamu akan hidup 1000 tahun
Jika kamu mahukan akhirat, beramal la seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.

dua ayat diatas merupakan satu destinasi . KESEIMBANGAN

bahagia didunia & bahagia di akhirat.
Bukan perlu buang dunia jika mahu akhirat
Bukan perlu buang akhirat jika mahu dunia..

impian saya

mahukan keamanan dalam diri , institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan negara
mahukan kecukupan dalam kewangan, kecukupan keperluan.
mahukan kesihatan yang baik, hubungan silaturahim yang tertaut kerana kasih sayang illahi
mahukan kebenaran melebihi segala-galanya.
mahukan.. walau susah disini, penghujungnya tetap satu yang terindah.

sedikit perkongsian:

saya dengar kuliah tafsir al quran ustaz zahazan di radio IKIM
anugerah Allah itu ada 2
  • Nikmat- anugerah sementara didunia
  • Naim- anugerah Allah yang kekal abadi di akhirat, keistimewaannya tak terlafaz dengan kata2, tak terfikir dek minda.
-kedua2nya adalah indikator manusia berjaya dunia dan akhirat


With the darkness closing in, I gaze into the light
The darker my past, the brighter my future
The emptiness ahead is filled with my dreams
With my actions

You never know when stepping in the light
If you are blinded by your future
Or skeptic from your past
Tired of your present

You need a change, you need hope
No more darkness in your life
This leap may be one you fear
But now, the future is near



korban pengorbanan atau terkorban

semalam semasa solat sunat aidiladha, khutbah disampaikan seperti tahun-tahun lepas. Tetapi saya rasakan ada kelainan pada setiap patah kata yang diucapkan oleh imam. Saya mula memahami erti eidul adha yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Benar, raya Eidul Adha ini kita sambut setiap tahun,

  • selain cuti umum
  • Dapat daging qorban
  • Solat hari Raya
  • Jemaah membaca Takbir beramai2
  • Rendang+Nasi Impit & pelbagai juadah istimewa

saya terfikir..

tertanya-tanya..

..tidakkah kita tertanya-tanya, Apakah yang membuatkan nabi Ibrahim sanggup merentasi lautan padang pasir semata-mata untuk menyembelih anaknya?

..apakah yang membuatkan Nabi Ismail dengan rela membenarkan ayahnya menyembelihnya?
sedangkan, Nabi Ibrahim tidak membesarkan Ismail..

bagaimanakah KiTA jika berada dalam situasi yang sama?

Mungkin jawapan kita Gila...ini kerja gila.

saya jumpa satu ayat yang konkrit untuk menjawap persoalan saya itu..

“Sesungguhnya Allah itu telah membeli dari orang-orang yang beriman diri-diri mereka, dan harta-harta mereka dengan diberikan kepada mereka syurga…” Surah At-Taubah ayat 111.

Iman

Allah tidak akan perintahkan sesuatu perkara itu sia-sia

Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, kita perlu kan pengorbanan.

Pengorbanan kita??????

saya sendiri masih tidak pasti apakah saya telah berkorban? apa yang sudah saya usahakan?

masa?
tenaga?
perasaan?
wang?
Ke-egoan?

kita tidak sanggup untuk melepaskan walau hanya 10 minit tidur diwaktu malam untuk bangun menghadap Pencipta. Saya masih belum sanggup berkorban waktu tidur yang ini.
ini adalah contoh paling simple yang boleh saya beri.. contoh pada diri sendiri.

apatah lagi jika disuruh pergi ke palastine mengangkat senjata.
meninggalkan keluarga, keselesaan di M'sia..
Belum pasti. Jadi bagaimana harus saya bekorban.
Saya masih mencari..

kini saya memahami erti pengorbanan dari Lembu yang dikorbankan itu.

Akhir,

dulu, dulu.. saya pernah terfikir.. Raya Qurban ini seperti tiada apa-apa.

Kini
jika kita merasa payah sedikit saya tau ini menuntut pengorbanan.
Jika hati dan perasaan kita disakiti, dicalari.. ini juga menuntuk pengorbanan.
Jika wang yang kita usahakan perlu diagih-agihkan.. ini juga merupakan pengorbanan.

Apa lagi yang boleh kita usahakan . supaya kita tidak Terkorban kelak.

p/s: bila agaknya dapat ke Tanah Suci Mekkah



Senyum kambing ni iKhlas =) ehehe

merangkak

saya agak kecewa bila dapat tahu, rakan seusia saya mengata dibelakang..
Ye, berkata yang benar itu dinamakan 'mengata'.

Bila saya ingin mencari perubahan ke arah kebaikan, ada yang kata saya ni cakap je lebih.. padahal saya tak kata apa pun, saya buat diam-diam.
saya hanya mengadu di Blog. Saya berusaha mencari kebaikan yang saya inginkan kerana sebagai insan kerdil yang amat memerlukan segala kebaikan dari Allah didunia ini berterusan di Akhirat nanti.

Mungkin dia jelek bila baca tulisan-tulisan saya yang banyak berbaur ketuhanan.
Knapa harus begitu?
Saya bukan tulis di Blog anda. Agak lucu bila difikirkan kembali.
Saya menulis disini..
  • untuk mengingatkan diri sendiri,
  • untuk muhasabah diri.
  • untuk membina keyakinan diri.
  • Untuk mendapatkan kekuatan disaat hilang pertimbangan.

Jika anda tidak tahu apa yang anda katakan, atau saja-saja ingin berkata.. menambah perasa dalam anggapan buruk anda, saya harap anda buang jauh-jauh andaian negatif terhadap saya itu.

sikit pun saya tak marah jika anda hebohkan di lamat sosial tentang "orang2 yang ingin berubah mencari kebaikan"

nasihat saya:

  • biarlah mereka yang mencari kebaikan itu mencari dengan pelbagai cara yang mereka inginkan.
  • biarlah mereka menulis segala rasa segala pengharapan mereka di ruang mereka.
  • biarlah mereka ke arah kebaikan. Jika anda tidak mahu berbuat baik dan halang mereka dari berbuat kebaikan , saya takut anda tergolong didalam golongan orang yang melampaui batas.
  • Anda inginkan bahagia, begitu juga saya dan mereka. tapi bahagia yang kami cari bahagia dari illahi dan sesama manusia (ukhuwah)

Jadi, biarkan mereka kearah itu..

Kita sebenarnya sudah hilang nilai-nilai yang beharga.
Kita hanya ikut rasa dalam kehidupan, jika rasa nak buat baik ikut mood.. sepatutnya buat baik bukan sekali tapi buatlah berkali-kali..

Buat baik, memberi menasihati bukan untuk bermegah. bukan.. tapi itukan perintah.

Orang sekarang kata, kalau nk buat jahat pikir dua kali, pada saya, pikir la 100 kali..
Kita semakin hilang pedoman.

kita buat apa yang orang biasa buat.. Sungguh!! hal ini terjadi pada saya..
Kebenarannya: kita sayang Allah, Rasulullah hanya jika kita ditimpa musibah..Kita anggap cinta illahi itu second hand. Salah salah salah!!!

Sepatutnya kita letakkan keutamaan kepadaNYa.. Kepada rasulnya.. kita manusia khilaf!!

Teringat beberapa minggu lalu ,ketika sarapan pagi dengan keluarga sebelum ke tempat kerja, Ada pihak yang membuat syilling emas demi memperingati jasa Allayarham P.Ramlee..

antara dialog mereka :
"P.Ramlee telah banyak menyumbang kpada negara, tanpa beliau,Industri perfileman kita tidak mungkin ada pada hari ini"

Ini perkara baik, tapi terlalu ikut rasa.

secara automatik hati terdetik, dimana letaknya jasa Rasulullah yang amat menyayangi kita . umatnya. Yang menangis dan menyebut umatnya di akhir nafasnya. Dimana letaknya penghargaan kita pada insan ulung yang berdoa untuk kesejahteraan kita.Yang berjuang bergadai nyawa untuk nikmat Islam.

Tiada. Terlalu sedikit..itu pun pada maulud nabi..


Saya sendiri masih merangkak, bertatih untuk kearah itu.. saya masih bertatih.. adakala terjatuh, ada kala untuk bangun, saya memerlukan sokongan. masih jauh ketinggalan.. jauh..

Jadi, inilah yang ingin saya katakan kepada anda.. saya sedang berusaha..
saya sedang berusaha dan meminta dari Al-hakim, Ar Rahman , Ar Rahim.. meminta belas kasih disepanjang perjalanan menuju Bahagia.

Saya harap anda faham. Saya nampak anda bahagia . Saya doakan kebahagian anda berterusan.

saLah lagi ke

bukan itu yang ingin disampaikan..

mungkin cara saya lontarkan pandangan, cara saya beri komen agak bermetafora..
mungkin saya agak sinis dalam bergurau.
mungkin...

tapi saya dah letak kan semua kesalahan tu pada diri saya.. bagaimana anda?

anda yang tak memahami apa yang ingin saya sampaikan. Jauh sekali saya ingin anda memahami saya. yelaah jauh kerana anda tak mahu pun ke arah itu. jadi untuk apa?

ye salah saya ..mungkin, tidak memilih perkataan yang mudah, salah juga kerana memberi perumpamaan yang hyperbola.
Huhh banyak betul sastera!

Tapi itu saya~
saya diam salah . kalau berkata lagi la salah . Mana boleh kita diamkan perkara yang bukan pada tempatnya. Mane boleh.

Sudah la, penat nak berbalah dengan manusia yang Tak meletakkan
kefahaman,
saling memahami ,
difahamkan,
kefahaman .........................................pada tempat yang betul..

Jika anda seorang yang berfikiran wajar, cuba letakkan diri anda ditempat orang lain, atau lebih tepat lagi, diri orang yang anda katakan itu.

..saya sangat takut jika tersalah kata, salah kata akan membuatkan banyak hati terluka..
tak mahu.
Tapi jika yang dah kenal tu, bawak-bawak la bersabar ya.. kadang2 pandangan ku terlalu jujur. :)

saya ada cara yang tersendiri dalam menyampaikan ..

(sound abit dissapointed)