Memikirkan Cinta

Kebenaran? 
Kalau dengar je orang kata, "Nak Tahu tak..." semua orang memang semangat nak dengar.
Macam Pengumuman Esok Raya . Takpun, Bonus berganda-ganda. 
Suka kan.

Sebenarnya saya sedang serabut.. Memikirkan perkara-perkara yang sedang berlaku disekeliling ni.
Cuba bayangkan.

Pejamkan Mata. 
Keadaan sekeliling kamu sedang bergerak pantas dan kamu berdiri statik disitu.

Pening atau Runsing 

Saya yang disini bagai setengah jiwa flashback memori Indah. 
Dan kamu sikit pun tak ada refleksi gelombang fizik yang mungkin dihantar.
atau mungkin Line Problem.. akibat keaadaan di Jepun.So Msg tak sampai.

Positive betul. Pura-pura Ok.

Hmm.. Lama berteleku, Jari terhenti di atas keyboard.
Bila agaknya saya akan temui cinta?

Status kawan Di United Kindom  
"Dear heart, please fall in love only when you're READY, not when you're lonely...plz"

Benar bukan? masalahnya, benda opposite dari kemahuan kita tu yang datang.. Menguji Keimanan dan Prinsip.
Eceh, ada prinsip ke saya ni? Prinsip perakaunan atau prinsip Asas Fizik dulu pun tersangkut-sangkut.
Ketawa..

Yang Betul.. Terfikirkan perkara-perkara ni, bila ada yang tak kena dengan persekitaran.
Dah tak nampak Jalan dihadapan. Mula la tengok kiri kanan.

Alihkan perhatian kita. Fikirkan dengan jelas, apakah kita mahu? Adakah kita cukup kuat untuk tidak menoleh kebelakang semula -
menangis kuat menyesali apa kita lakukan tetapi tidak mendapatkan pengajaran apa yang ditinggalkan? 

Kenyataannya, kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Peluang apa yang kita mahukan dalam hidup ini?

Cinta dan Saya?
Oh tidak lah harus di sebariskan.
Siapa lah saya berbanding Cinta itu sendiri. Jauh Jauh.. Teramat jauh jurang antara kami.
Tapi 
Cinta itu tidak terlimit hanya dengan hubungan lelaki perempuan. Tetapi turut mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan. 
Cinta itu bukan perasaan liar tanpa kawalan, tetapi di dalam Cinta wujud peraturan.
Saya rasa gembira dengan Cinta.
Saya senang dengannya.

Sebab itu saya sangat menyayangi Cinta.
Maka dengan cinta ini saya tidak jemu. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak penat. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta. Maka dengan cinta ini saya tidak letih. Saya akan terus mencintai orang yang saya cinta.
 
Walaupun cinta saya dipandang sebelah mata. Walaupun kadangkala dipandang merimaskan.

p/s: Rindu yang teramat
Status di FB sangat spontan. Tepat!!

Telephone work Both Way! You Should Know. I think You Master into it.

Persahabatan itu general dan kadangkala terlalu specific sehingga menyesakkan Minda.

Masalah ke kalau kita tak nak putus asa dengan seseorang tu?
Garu kepala..
Dua Perkara ini sudah cukup besar untuk dibincangkan. Kedunian Betul. Istighfar 3 kali.
Cinta ? Begitulah seperti dinyatakan. Itu dan Ini. Bercakap seperti Pakar.

Saya Minta Allah Jaga Cinta saya. 

Nota Kaki

1) Ingin mengklasifikasikan kereta saya dengan gender dan Nama. Iman. Iman Nama ia.
2) Kerja skolah dah siap. Boleh tidur dengan nyenyak. Ada baki lagi 4 jam sebelum matahari menunjukan diri.
3) Dah la ath, tutup je FB tu...


Tutup or abaikan je...

...in life

some of the best moments in life:


Orang selalu kata masa akan mengubati. Tidak kira ia luka, bengkak, calar, emosi ataupun hubungan sekalipun, masa akan mengubati semuanya.Benar ke? DON'T WANNA SEE..


  • falling in love with the one around you
  • laughing until your stomach hurts
  • finding lots of mails from your friends  
  • driving to a nice place
  • listening your favorite song on the radio
  • laying in bed and hearing the rain
  • getting out of the shower and feeling your warm towel
  • passing your final exam
  • receiving a call from someone you haven't seen in years
  • having a good conversation
  • finding money in jeans you didn't wear since last year
  • laughing about yourself
  • calls at midnight that last hours
  • laughing for no reason at all
  • hearing that someone is saying something nice about you
  • waking up, and knowing that you can sleep for more hours
  • listening to that song that reminds you of that 'special person'
  • being part of a team
  • Waiting your first kiss when u get married
  • making new friends
  • feeling butterflies on your stomach every time you see that 'person'
  • spending quality time with your buddies
  • watching all your loved ones being happy
  • using the sweater of that special person, with their perfume still on it
  • having someone to say 'i love u' to
  • that someone says to you 'i love you'
  • a friend comes when you call, your best friend comes, even though you don't call...

i really gonna miss this and sheding a tears. I Swear.

By the time you begin missing them,
You realize they won’t be missing you anymore.

:( 

Nota kaki
1) Time is ticking my dear.. What should i do to not let you go..
2) Its hard for me when i cannot do anything except watch they go 

Ath : Kawan sejati akan menjaga kita seperti seorang ibu, marah kita seperti seorang bapa, kacau kita seperti seorang kakak, buat kita meluat seperti seorang abang dan akan menyayangi kita lebih dari seorang kekasih. 
Betul eh?

_Radiasi_

Haisk 
Malas betul nak komen benda saintifik camni.
Berkenaan Asic raid yang di gosip akan melanda atmosfera Malaysia atau Asia ni pun jadi isu besar sehingga Menteri perlu bersuara.

Saya pun ada terima 4,5 pesanan ringkas untuk berhati-hati semasa berada diluar atau secara khusus semasa hujan.
Tak salah rasanye untuk spread the news macamni. Sekurang-kurangnya,nampak sejauh mana tahap kepedulian kenalan-kenalan kita terhadap diri kita.
Peduli itu Caring

Kenapa Risau sangat perkara ni tersebar..

Ye saya tahu, isu ini menggusarkan banyak pihak, bila melibatkan kesihatan. Betul lah. Pagi tadi sebelum berangkat ke tempat kerja, sempat lagi Dengar Wardina dan Fedtri di MHI bincang perkara ni.

Fedtri : Sila berikan pendapat anda berkenaan topik yang kita bincangkan ni

Rasa nak je call MHI pagi tadi hehe tapi dah lambat, Hujan pulak tu..so simpan je la hasrat tu. Kat office tadi pun ada bincang perkara ni. Fuyoo rasa macam Ahli sains citer pasal atom la, zarah la.. jadual berkala Kimia la.. 


Jangan tak tahu, Negara kita ni pun dalam proses nak bina SATU Kilang Nuklear di JOHOR kalau tak silap saya.

Saya BANTAH 1000%.
Dengan kapasiti penduduk yang padat dan Land area Malaysia yang kecil begini , Sangat merbahaya.

Untuk apa semua ni? Untuk mencapai Kapasiti Negara Maju ?? Ohh Comeon..
Attitude & minda rakyat masih dalam kelas ketiga.

Akhlak dan ilmu asas yang wajib ni pun belum memuaskan. Satu-satu la Tuan Pentadbir Negara. Kenapa perlu terkejar-kejar? sedangkan kain di pinggang belum diikat dengan sempurna.

Kelak 
Apa yang di kejar tak dapat, yang dipakai?? terburai..

Agenda still agenda. Each and every Gov, do have their Secret Which People like us could not be inform.
Alah, macam dalam Movie yang kita biasa tengok tu la.. kn?

Bercakap atas dasar sayangkan Negara ni dan Keselamatan sejagat.


The majority of high level radioactive waste produced comes from the fuel in the core of nuclear power reactors. Irradiated fuel is the most radioactive fuel on the planet and accounts for some 95% of radioactivity generated in the last 50 years from all sources, including nuclear weapons production. Once removed from the core, irradiated fuel is stored in cooling pools on the nuclear reactor site. Each 1000 megawatt nuclear power plant produces about 500 pounds of plutonium a year and about 30 metric tons of high-level radioactive waste.

Fact : Gempa Bumi dah berlaku sana sini.

P/s :  Tanda-tanda kecil dah banyak. Banyak sangat. Amal belum cukup. Takutnya. Mohon Keselamatan dan kesudahan Baik (RedhaNya)

Sisa-sisa masa yang tidak akan disia-siakan

Kekerapan ayat , berulang-ulang di sebut.. "ketiadaan masa untuk update blog sejak kebelakangan ni" semakin menjadi-jadi.
Tugasan yang semakin menggunung, penat dengan kerja seharian, perjalanan dalam bus yang ,...hmm malas nak sebut plus KTM yang memberi perkhidmatan "terbaik".. semua tu mempengaruhi jadual saya.

Nak set time dengan TV, Bersama famili pun curi2 masa. Tambah lagi nak berdua-duaan dengan Pencipta pun masa perlu dibahagikan.



Semalam Jumaat, seperti biasa ada Kuliah Muslimat di Office, Speaker yang best diemput. Untuk membicarakan tajuk , Wanita & kesihatan. Sayaa tak pasti nama beliau. tapi beliau sering muncul di TV.
Sangat sempoi, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan ceria. Tak berhenti saya senyum ..

Banyak Tips yang saya hanya catatkan beberapa je di Telefon pintar Apple saya.

5 capacity of Family
-Physical
-Economical
-Emotional-Psychological readiness
-Time availability-Companionship with quality time
-Community Support

10 Cardinal right of Children in Islam
-Right to genetic purity
-Right to life
-Right to legitimacy & good name
-Right to breastfeeding,Shelter& maintenance
-Right to seperate sleeping arrangement for boys and girl
-Right to religious upbringing
-Right to education & life skills
-Right to future security
-Right to equitable treatment regardless of gender
-Right to obtain financial support from legitimate resources

Seronok benar dengar celoteh beliau, Soraya , farah, nazira , kak shima & Fadhila pun senyum2 kambing.. 
Yang si Linda dan Eida, cover2 nak gelak. konon serius. Hehe.
Soraya kata pada saya didalam lift, "saya nampak awak suka sangat tadi.."

Waktu2 senggang diisi dengan perkara berfaedah sebegitu terasa kejap benar. Waktu yang bakal dirindui bersama teman.

Dua-tiga hari lepas juga, dengar cerita, Sebahagian Unit & Department akan berpindah untuk first batch. Dan antaranya ialah department Sahabat Ukhuwah saya.
Saya yang mendengar ni , antara ingin percaya atau tidak kata-kata tu.
Bila ada masa fikiran saya melayang, mulala imaginasi detik-detik ketiadaan mereka saya nampak.
Tiada lagi panggilan telefon, ajak saya Turun Lunch. atau bertanya itu dan ini.
semua tu menyedihkan saya.
sumpah.


Tiada lagi ketawa dimeja makan seperti biasa. Tiada lagi usik-usik ,
Air jernih mengenangi kelopak mata

Ya Allah...

Nota Kaki
1) Doakan kselamatan umat islam & sejagat di Jepun.
2) Akan menghadiri majlis perkahwinan rakan PLKN di Selayang jap lagi. 

Fakta : Mereka adalah ex-PLKN klcc 2006

Hati dan perkataan sangatlah perlu dijaga dengan berhati-hati disebabkan apabila kata-kata tersilap dan hati terluka - itu adalah perkara paling payah untuk diperbaiki
manusia yang meninggalkan atau ditinggalkan adalah manusia yang mencari bahagia dan insyaAllah dengan izin Allah, akan menemuinya

just wonder HOW???? :(

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?

Buruk Sangka Vs Baik Sangka, Apa pilihan anda?


Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk



Orang beribadah, disangka riak

Orang yang relax, disangka malas

Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak, disangka pelahap

Orang makan sikit, disangka kedeku
Orang baik, disangka buruk

Orang buruk, disangka baik

Orang senyum, disangka mengejek

Orang masam, disangka merajuk

Orang bermuzakarah, disangka mengumpat

Orang diam, disangka sombong

Orang menawan, disangka pakai susuk

Orang nampak ceria, disangka berlakon saja



mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?

mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?

mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?

mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?

mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?



Jauhi sikap suka bersangka-sangka

kerana ia bakal memusnahkan ukhwah

seperti musnah nya kayu dimakan api.


Satu benda yang kita lihat,

macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,

Ada orang melihat pokok,

Ada orang melihat awan,

Ada orang melihat jalan,

Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,

Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama


Kesimpulannya,

semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.



Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.

Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.


Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.

Berbaik sangka lah dengan sesama kita.


Salam ceria buat semua

Mine & u watch out

Type : Executive
Colour : Cafe Late

Cerita tentang kereta? Apa yang saya tahu? Tak Banyak. selain tahu ianya ada 4 tayar. Stereng untuk kawalan dan???? what else?
haha

Its coming .. Teruja betul.
Nampak macam besar pulak.

Nota kaki yang Panjang

1) Ya betul, tiada siapa dapat menggugat Emosi kita jika kita tak izinkan .
2) What a small world, dalam banyak2 Company Kat Malaysia ni, knapa Bank Islam jugak dia dapat? boleh tak aku harap dia tak dapat Interview esok.Cukup la Fokus aku hilang dalam Kelas Law.. :P
3) Ubah perspektif.. Kalau ada orang look down kat kau, biar kan dia. Sebab, dia hanya nampak Bawah je, Dan Kita nampak Atas yang Luas.
4) Kadar denggupan jantung semakin laju dek kerana FL semakin Menghampiri.
5) Macam dah boleh mulakan step untuk buat esaimen.

Ketawa...

Grow up pls dude. Macam nak gelak guling2 tengok kaw berperangai camtu. Whatever..

Bukan Puitis

Ok fine… orang ada Blog ni puitis!??

I'm so into you. Your Wordz is killing me..
 
Eh puitis tu macam over je gaya bunyi nye.. Tolonglah..haha
Kepada yang berkenaan, sila baca dan baca diam-diam. Tak perlu la sebut kembali ayat yang dibaca tu satu-satu.
Saya kenal la ayat saya.
OMG, rasa cam nak sembunyi je bila dgar ayat tu di suarakan.
 
Untuk pengetahuan ,
Masa saya menulis ni, or menaip ni.. tak ada suara pun yang keluar, so saya tak tahu bagaimanakah bunyi ayat ni.
Haha Kelakar rupanya.
 
Belum lagi baca poem saya. Cuba masukkan irama. Haaha boleh la jadi composer gamaknya.
 
Aduss, salah ke apa yang saya tulis? Salah ke cara saya ekspresikan apa yang saya rasa.
Bukan nya saya conteng dinding jadi vandalism.
 
Nak cakap macamana ye..
*Thinking

Ath : tersenyum kerana itu lebih baik buat diri sendiri. Ya, ini penulisan biasa-biasa, dalam keadaan tergesa-gesa
 
Nota Kaki
1)     Makan Lunch di Office tadi mahal weh .Tapi sedap. Pandai org tu masak.
2)     Puji macamana pun tak ada discount ok, selagi makcik kat kaunter tu kira pakai tenung lama2 haha
3)     Banyak giler esaimen, tak sentuh lagi.