Kebiasaan itu tabiat.

Tidak mudah.
Kadangkala manusia perlu belajar untuk melupakan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan apabila tiba saat dan ketika kita memerlukan untuk berbuat demikian. Anehnya ia bukanlah mudah, tetapi kebiasaan itu boleh dibuang dan dilupakan.

Kebiasaan itu tabiat.
Tabiat boleh dibuang, tetapi ia bukanlah bermaksud buang tabiat yang dicurigai oleh orang. Kalau kehadiran dia sentiasa kau rasa dalam setiap pergerakan, jadikan ia sebagai satu semangat untuk kau terus hidup. 
 
Kalaulah selama bersama dia, kau adalah manusia yang positif, maka, walaupun dia tiada, jadikan bayangannya sebagai salah satu pencetus semangat untuk kau jadi lebih baik daripada keadaan dia ada di sisi.
Boleh?

Bukan Senang.
Aku bukan lah Insan "seseorang" seperti ramai diantara kita mahukan.
Tapi ia nya didalam, yang orang tidak boleh lihat "Semangat, Kesungguhan untuk kearah Yang Baik".

Luaran : Keyakinan yang perlu ditagih.. Di raih.. 
Penat Penat.


Ath : Kadangkala ada yang bertanya, bagaimana manusia boleh menerima semua perkara dengan mudah dan menanganinya. Jawapannya, sebenarnya tidak. Mereka punya topeng yang cukup utuh untuk menyembunyikannya. Apakah kalian dan aku salah seorang daripada manusia tersebut?

Nota Kaki
1) agak Terabai Blog ni sejak kehadiran Iman
2) Penat jugak memandu ni. Boleh stress..
3) Nak tulis pasal riadah @ Cherakah pun berkira-kira sebab tengah buat Video Muvee Maker gne gambar yang disnap aritu, susah nye.
4) Exam dah Dekat. Takut
5) Cuti harini, sempat mandikan Iman. BerkiLat

Isnin yang "Biru Cair"

Penat 
Tercungap-cungap nafas bila berjalan mendaki Bukit yang tak la berapa Jauh dari Tempat Park Kereta ke Office & Perjalanan Balik dari Office ke Tempat Park Kereta.

Nasib baik tak ada orang kiri kanan
Kalau tak malu betul.

Oiitt Stamina mana???
Baru tahu yang Stamina dah Low dek kerana dah lama tak Exercise.

Nak Hiking Konon.
Bukit Damansara tu pun dah tercungap-cungap. Ni nak ke BroGa la, Gunung Tahan la, Gunung Kinabalu pun ada jugak cita-cita.

Opps opps dulu setakat 2 Jam jalan , No hal punye. Ehem Ex-scout & Kadet Remaja Ok.
Lencana Rajawali lagi

Ya ampunnn what happen to me now? cannot be.

Sampai Rumah dalam 6:50 petang tadi... terus terduduk kepenatan. 
ibu & abah terkujat sebab anak sulung dia ni balik waktu matahari masih ada. Boleh macam tu?? 

ok get ready dengan soalan

Ibu : Eh awal balik? 
Ath : cepat kan? tadi drive gi Tempat Kerja
Ibu : Kenapa? Park kat mana?
Ath : KTM Delayed. Park dekat kawasan perumahan tuh. (Jauh sebenarnya)
Ibu : Ok ke tempat Tu?
Ath : Ok InsyaAllah

Lupakan hal Kereta, tempat kerja dan Jalan Raya

Sedang siapkan baki kerja petang tadi ni, dah 7 ekor nyamuk dibunuh. Banyak betul makhluk tu malam ni. 

Tekak dah mula sakit, Sneezing too..
Rasa nak MC je esok tapi kerja ni harus diserahkan. Tanggungjawap kan kan.

So Lusa kot MC. 

Entah kenapa berkira-kira nak MC. Sayang.. tah pape..haha

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku teman.
Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini.
Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya

Kalau kita tidak dapat menjadi pensel untuk menulis kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, jadilah pemadam untuk menghilangkan kesengsaraan dan kesedihan mereka. Bukan sebaliknya kita menjadi kita menjadi pensel mencoretkan kesakitan dan menjadi pemadam menghapuskan kegembiraan mereka

 Ngantok. Nak tido
  • Stylo la Nabila, Picture dengan streng kereta tuh. :)
  • Tak ada update dari kawan-kawan.. Nina Zee & Zarith
  • Sarah Nabila Bestnye di London.  GRE NICH….SIlent ‘w’…tu la cara nak sebut *Greenwich* dgn betul.
  • Farah Nangis . Sebab Apa?

cuma..

Konflik di tempat kerja.
Ketawa kuat-kuat kalau baca benda ni, dah macam Tajuk dalam buku Chapter 11 Kaunseling Industri.

Yelah, Orang kerja, Cakap pasal kerja la. Kalau orang dah kahwin, becerita pasal rumah Tangga pulak.

Hidup penuh dengan masalah betul? kalau tak banyak pasti ada sikit..
Di tempat belajar, di rumah atau dengan kawan, atau lagi dengan acik jual Nasi Pataya pun boleh ada konflik kadang-kadang sebab dia Tak letak timun dan Sos .. macam nak sabotaj je.. hahaha

oppps itu kalau kita nak "terjun" ke dalam masalah, kita yang ambil semua benda sebagai masalah..siapa suruh..

Yang nak diceritakan disini,
Perkara ni terjadi pada Aku, 
Sebenarnya bukan aku yang mengalami Konflik. BUKAN.
Tapi ada sorang ni. Dia melibatkan aku. Dan terkena tempias nya.
Tidak.
Bukan berlagak mulia.
Tidak pernah sekali pun merasakan diri kononnya kuat dan mampu menghadapi apa sahaja.
Cuma, kalau kau tidak pernah duduk walaupun sekejap untuk mengenali diri sendiri, jangan pernah kata kau mampu berbuat apa sahaja. Ternyata itu omongan kosong yang kau sendiri tidak mampu baca.

i know, I know, I know
Where i stand. Orang bawahan je. tapi tak bermakna kau boleh buat sesuka hati.
..Penat la
Sudah la, suka hati la nak buat apa. Masa akan mengubah segala. Illah yang maha kuasa.
What goes around come all the way back around.  
REMEMBER!

OK tutup kisah ni.
Tadi pegi kelas HRD . Sampai je kat Level 2, boleh pulak terserempak dengan Mr. H
Bersidai kat koridor.
Rasa nak tegur, tapi hanya mampu senyum.
Segan.
Malu

Kurang keyakinan sebenarnya, kan kan kan...
Ketuk kepala~

En H berpusing . tengok shiro rasa nya. mesti dia kata, macam kenal budak ni.

Lega Lega Lega. Semester dah berakhir. Tak 1 kelas dengan dia dah. Bukan bermasalah dengan dia cuma Konsetrasi dan Fokus terganggu . Dia dah la duduk depan. Nak pandang Lecturer mesti terpandang dia. Bosan betul. haha ayat cover! poyo.

Agaknya kalau diri ni Comel macam Herliza AF tu tak ada masalah kot.
Masalah ni Ath.

Gambar tiada kena mengena dengan post BUKTI aku sedang didalam Konflik. I NEED YOU. I do.


Konflik yang cuma........................................ bla bla bla..

Ok la . Post Pendek Versi Diari ni suka suki je untuk dibaca nanti.
bubye.

tetapi AKU..

Aneh.
Emosi dia sendiri bercampur baur. Selalunya, ketabahan dia akan bergerak tinggi selaras dengan pertambahan hari. Ketawa riang dia akan menutup celahan yang boleh bawa kecelakaan pada diri. 
 
Tidak, dia menolak untuk menjadi lemah kerana kelemahan bakal membunuh dia dalam diam. Adrenalin laju dan dia senang dengan kepayahan untuk mencapai impian dan mengukir ikhlas senyuman.
 
Emel dari seorang teman membuatkan dia sebenarnya tersenyum dalam menahan tangisan di tubir mata yang entah bagaimana mahu terbit tatkala dia sedang kepenatan. Ah, jiwanya masih lagi mudah tersentuh kalau ada sesiapa yang mengambil berat. Pertanyaan kawan itu tentang emosi dia membuatkan jawapan yang dilontarkan entah apa-apa. 
 
Dia sendiri bahkan pening dan celaru dengan apa yang dia rasa. Cuba meletakkan diri sendiri dalam kasut orang lain kadangkala tidak seindah yang dia cuba terjemahkan. Cuma, mungkin benar, apa yang diluahkan adalah coretan rasa dia sendiri - saat yang paling dalam.

Rungutan demi rungutan dia terima setiap hari membuatkan dia sungguh mengiyakan bahawa manusia tidak akan pernah puas.

Dia membaca dan memberikan pandangan walaupun yang bertanya seperti tidak tahu apa itu penghargaan nilai diri ini. Bahkan menjawab dan menyatakan dia salah pula. Dia ketawa sahaja bila dapat tindak balas sedemikian. 
Dia percaya, manusia tidak layak merungut apabila mereka tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kan lebih enak kalau berikan yang terbaik dan berusaha demi kebaikan diri?
 
Salahkah?

Kasih sayang itu perlu ikhlas dari dalam. You know u mean alot to me.
Bila kasih sayang diragui.. Kini diri tampil menegakkan diri.

Speak No Evil, See No Evil, Hear No Evil. Aku sayang Adik aku...Sebab dia sayang aku  walau aku marah dia .

Diri sendiri sudah jadi yang paling utama, tatkala dia sedar, membiarkan diri diinjak adalah merupakan perbuatan paling curang dan tidak setia yang pernah dia buat pada diri sendiri. Kasihan, hati yang penuh calar dan duka, dia biarkan sakit lagi demi manusia lain.

Diri mengalah bukan kerana dia kalah tetapi lebih kepada menghormati mereka yang dia sayang. 

Baiklah.
Ketepikan segala macam perasaan yang membunuh aku dalam penulisan sebelum ini.

Ya,
bukan anda yang bersalah.
Bukan mereka semua.
Tetapi aku.
Aku yang mencorakkan perkara sebegitu hadir dalam hidup aku

Kamu kata kamu takut aku hilang pada dia.
Tapi kamu perlu tahu, dalam hati aku ada kamu.

Kamu takut aku menoleh pada kenangan lalu.
Kamu perlu tahu, kalau pun aku menoleh ke belakang, aku hanya mahu mempelajari sesuatu.

Ath : If you're expecting to get through life without any trials or hardships then you seriously need a wake-up call! For this world is a test and Jannah is for rest
Keep yourself busy in remembering your faults, so that you have no time to remember the faults of others.
Nota kaki
# Sejak kebelakangan ini dan mungkin sejak azali, diri tak suka kekasaran Yang Melampau
# Friendship is giving to others without thinking. Bila hal kita diceritakan pada orang yang tak tahu apa-apa, dan cerita itu salah pulak tu..ia akan membuatkan orang tu pandang serong pada orang Lain. so carefull.. Fitnah namanya.

# kita semua perlu bezakan yang mana betul dan yang mana salah. Fikir banyak kali.. Diri kita tak selalu betul dan orang lain pun ada betulnya..kan ini positif. ini pesanan ikhlas. jaga Lidah agar tak potong hati orang lain.

“ Kehidupan ini harus dilalui dengan perasaan cinta. Dengan cinta inilah manusia hidup, bangun dan membina kehidupan. Tanpanya, kita bagaikan bangkai yang bergerak melata di dunia tanpa ruh dan jiwa!.



eh eh sebelum sign out FB Tadi ada kawan yang akan balik selayang.. katanya tak sabar nak ketemu diri ni.
Gembira nya.. ada jugak orang yang rindu diri ni .. haha gewdixs ^_^

The Truth Can't be discuss

1:42 a.m Rabu

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Kehidupan terlampau singkat. Menitinya tanpa henti dengan menerima dan memberi kasih sayang, membuang segala kemarahan, menghadapi segala ketakutan dan menghargai segala kenangan indah - menjadikan kita lebih manusia daripada sekadar insan biasa.

Dalam diam, dalam senyuman, kita tahu dan perhatikan yang kita sedang dikhianati lagi. Betapa susah kita mahu menjadi insan tabah, sahabat baik, dan kembali sedar, dan mengerti, manusia akan sentiasa menyakiti walaupun hakikat sebenar tidak pernah dikhabarkan kepada sesiapa. 

saya, kita bahkan mereka membakar segala keyakinan  ke dalam ruang hati paling dalam, membaling sisa kesakitan ke lautan seluas mata memandang supaya tidak ada satu yang akan kembali . 

Bila kita pertaruhkan hidup kita yang kita sayang pada tempat yang salah, kesakitan yang kita terima sungguhlah memeritkan.

Hidup bukan sekali.. yup selepas mati kita akan dihidupkan kembali..
Sebab itu kita harus fikir lebih dari sekali bila nak buat sesuatu.

Jika nak marah atau fikir yang buruk-buruk tu, macam ada penapis automatik dalam diri ni. 
Bila pasang??
Entah..

Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind.

Reminder
Tidak ada satu pun daun yang gugur dibumi ni tanpa pengetahuan Allah.
Maka, jika apa yang terdetik dalam hati pun Allah lagi tahu.

Kawan : Ath, ko selalu tulis tak direct..
Ath : aha, mungkin kot
Kawan : bole tulis terus terang tak.. bikin orang pikior 
Ath : hehe yela den torai.

Terjaga lepas dengar ibu masuk bilik, "banyak nye nyamuk mlm ni"

Terus terbangun teringat Kena siapkan baki Esaimen. tapi until now, belum mula lagi. Idea tak datang alasan baik punya kan? :P

Baca status FB kawan-kawan , dah 3 hari tak online.. tak tahu kenapa, lately berat sangat tangan ni nak pegang Lappie.
Fokus kat Iman lebih.

Telinga disumbat dengan headphone lagu Anuar zain sedetik Lebih..
fuyooo layan la tengah-tengah malam ni kn.
Teringat pesan adik masa dengan Iman malam Sebelum dia Balik USM.

Adik : Long ko drive elok-elok, lagu tengah feeling tu
Kakak : haha memang pun, nak-nak tengah-tengah hujan renyai-renyai ni..
Adik : ko tu bukan boleh.
Kakak : Bukan Boleh ape?? ape yang cuba anda perkatakan ni. Amboi..

oh ini ke gaya penulisan Direct??
Hentam jela ye kawan. :)

Ath : Sentiasa rasa kurang dalam segala segi bila berkumpul . Why should i count every liltle things that i dont have rather to look for what i've got.

Istighfar banyak-banyak. Dosa tu.

Last sunday meeting dua orang kawan. 
Sorang yang sentiasa serabut. Bila tanya, Tak ada apa-apa.. 
Sorang lagi riang-ria macam hari-hari Hari Raya ^_^.

sorang cakap aku drive ok je. sorang lagi dari 5 Markah dia bagi 2.5
Eleh ye la dia drive mmg hebat, siap bole sms lagi.

Korang  i will always miss you. walau ada kata yang menikam, walau ada tingkah yang kurang senang, walau tiada SMS yang berulang.. Thank You.

To your friend - loyalty
To your enemy - forgiveness
To your boss - service
To a child - a good example
To your parents - gratitude and devotion
To your mate - love and faithfulness

Poyo nyeeee ayat. tp kiut.. hak3

now 2:40 a.m
sungguh la, menulis ni bukan senang.
"Alhamdulillah" (All praise is for Allah SWT) and "Astaghfirullah" (I seek forgiveness from Allah SWT). Lailassa'dah Family ( Goodnyte). 


Kita tidak tahu bila kegembiraan dan hidup kita akan berakhir. Sepatutnya, gunalah ia sebaiknya selagi boleh. Kalaulah pada diri kita terpampang tarikh luput, pasti semua orang akan terkejar-kejar lebih daripada biasa bukan?


Nota Kaki

1) tak sabar nak ke riadah erat Ukhuwah
2) Serabut. tp tak reti nak tunjuk
3) Nak beli almari baru..ibu nak beli..plish
4) Sabtu ni kelas terakhir untuk semester ni. Cepat masa berlalu. Percaya la

Jom Sujud
Tell your secrets to Allaah, its gauranteed to stay between you and Him.
   

Ada Waktu kita sedih..

Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya
 
Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

sedih dengan perlakuan manusia yang kasar, yang keras dan menjatuhkan semngat.


 
Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

 
Kenapa saya cakap begini?

Entah.

Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”
“ Saya adalah manusia dan insan yang lemah. Tiada upaya melainkan Allah SWT yang memberikannya.”

Saat ini, saya tiada upaya untuk menukilkan daripada hati dan jiwa. Saya ingin memohom maaf buat semua kerana inilah saya.

Insan dan manusia yang sangat kerdil, hina lagi dhaif. Saya sedar bahawa sebelum ini yang memberikan kekuatan  adalah Allah SWT


yang saya mahu lain.
” Ya Allah, lenyapkanlah dukacita kami, hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami.”

....Tersenyumlah kata hati kecil yang ingin melihat diri tersenyum

” Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan.”

I would love to say YES

Iman dan Ath
7:48 PM Khamis,
Iman dah jadi Milik Ath ^_^

Macam Kahwin pulak

Sbnarnye, Kereta Bank lg.
3 Missed Call dari Dealer Proton Semalam rupanya untuk memberitahu saya yang FL saya dah boleh ambil.

En Yus : Cik Athirah, ok kereta dah ada. Esok boleh datang ambil?
Ath : ok Boleh. Pagi ke Petang?
En Yus : Petang bole, pagi saya ada hal sikit.
Ath : Ok, Emm En Yus, saya nak tanya, No Register Kenderaan tu akan ditulis di Cermin Pintu Belakang kn?
En Yus : Oh yang tu kita tak buat, tapi kalau Cik Athirah nak Tinted skali kita akan buat?
Ath : Eh, macam tu ke? Bukan biasa kereta baru ada kn.
En Yus : tak da.
 
Lepas letak telefon, tanya kat abah yang tengah tgok berita tapi dia kata ada la biasanya.
Di Office,
Call Farah nak tanya kepastian.

Farah : Entah la , tak pasti. Nanti kita check.
Ath : Sebab dealer tu cakap tak ada. Tu yang Musykil. Selalu-selalu tengok kat kereta orang lain ada.
Farah : Pergi dengan Siapa?
Ath : Sorang-sorang la, lepas balik opis
Farah : Eh, ajak la sape2..
Ath : Tak ada la..Jangan Risau
Farah : Bahaya la gi sorang-sorang.
Ath : Tak pe la. Doakan ye. InsyaAllah diorang tak tipu.
Farah : Bukan masalah tu, Awak tu perempuan.Nak kita teman kan?
Ath : Eh, betul ke? Tak Jauh?
Farah : Betul.. tak da la jauh sangat.
Ath : Emm nanti orang call smula ok
 
Senyum,
waa Farah nak temankan. Macam Tak percaya je. Biar betul dia ni.
 
I would love to say Yes to the invitation or offered by Farah. Tapi bila fikir balik. Susahkan dia pulak. Dah la rumah dia kat PJ.
Farah, so kind of you. I wish you stay near at my house. Bole la selalu jenjalan. Hehe so sweet la you farah.

Pagi ni tacink ngn offer farah plak.. Sambil edit Memo pon bole geleng kepala sebab tak nak dia ikut. Jauh la Cik Farah. Awak tahu tak…

Iman

WVD 2749