Lintasan hati

Assalamualaikum

Dear Blog. Howdy? haha giler Hip Hop...Wassup wassup..

Dah lama tak cerita pasal member-member semasa kolej dulu.. Jarang dah hang out dengan diorang. 

Tapi masih mengikuti perkembangan mereka di alam maya.

Aku ada kongsi Video program " A Moment to Remember " dan aku tag kawan-kawan aku.
Mula-mula agak keberatan nak kongsi di wall.. Tapi bila aku kuatkan hati, nak kongsi benda-benda baik, aku post jugak. Aku harap sangat diorang "Click" link tu, and dengar.. bukan apa, kalau boleh aku nak dorang pun berkongsi sama-sama ilmu yang aku dengar malam tu..

Macam-macam cara Allah bagi, kalau tak boleh datang, ada yang rakam.. so tak salah rasanya aku Share link tu.

Biar lah orang nak cakap apa.. sebab, apa sahaja kita buat orang akan mengata, lebih-lebih lagi kalau benda baik ni. Even kita duduk diam pun.... orang akan cakap jugak.

Semoga ada manfaatnya buat kita semua. Walau tak 100% kita dapat kutip and follow dari apa yang kita dengar. at least, ada cebisan-cebisan ilmu and pengetahuan tersangkut di fikiran dan hati kita.

 Pepatah Arab mengatakan,
"Man Lam Yazuk Lam Yadrik"
Maksudnya :
 Orang yang tak merasai takkan mengetahui kemanisannya.

Takut dan tak sabar nak habis exam. Study nya tah ke mana...

 Ya Allah permudahkanlah jangan kau susahkan.



Sebenarnya sebab ego maka kita masing-masing rindu. Tiada siapa nak mula tegur dulu.
I hate   unlike when you talk to someone every single day, then all of a sudden it just stops. Then neither of you say a word to each other.
Buat diri ini
Kenapa hati resah gelisah?
Badan rasa sakit dan berat
Semuanya jadi tak selesa

Buatkan hati rasa sakit
Buatkan hati rasa sedih
Buatkan hati rasa marah

Kenapa hati rasa gelisah?
Hmm.. Cuba periksa semula amal ibadah

Kenapa tak amal benda yang selalu dibuat?
Kenapa tinggal-tinggalkan surah yassin?
Kenapa tinggal-tinggalkan bacaan al-Quran?
Kenapa buat-buat lupa sembahyang malam?

Sebab itu ALLAH lupakan hati kita.. 
:'(
 
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Moga kau juga mengerti
Aku rindukan kisah kita

SAHABAT~

to Remember

Syukur Alhamdulillah. segalanya dalam aturan Allah. Allah tak janji Hidup ni sentiasa senang tanpa ujian, tapi Allah sentiasa ada dengan hambanya di setiap langkah dan di sisi hambanya. Doa banyak-banyak.
 
Lame betul tak update blog ni dah berabuk.. malas betul nak menaip. sebab dah banyak menaip di opis. haha 

Diri ni banyak silap. Banyak Dosanya.. Ampun dan Maaf untuk segalanya.
 
Tak mahu cakap apa yang terjadi sejak kebelakangan ini. Biar semua tu disimpan rapi dalam hati.
 
Minggu lepas, berpeluang mengikuti satu Majlis ilmu untuk muslimah sahaja. “ A moment to Remember ” bersama Wardina Saffiyah & Oki Setiana Dewi.
 
Saya dengan niat mengajak teman Kolej ke Program ini kerana ingin sama-sama berkongsi nikmat majlis ilmu yang pernah saya rasai. Kalau boleh saya nak apa yang saya rasa, mereka juga rasa.. perkara yang baik kan, biar dikongsi bersama. Itu pun setelah mengambil beberapa pandangan akal dan hati.
 
Takut juga, kita ni beriya-iya hendak dia ikut kita ke program Ilmu, plus kena bayar lagi tapi nanti dia rasa terpaksa buat apa.
 
Saya pastikan dia betul-betul nak ikut. baru saya daftarkan. Alhamdulillah saya ambil dia di Rumah (UK Height) dan hantar dia pulang semula. Semoga Allah buka kan pintu2 kebaikan buat kami. Tiada lain yang kami inginkan melainkan Keredhaan Allah.
 
Jam di pergelangan tangan Kanan di kerling cemas. Sudah pukul 8 tepat. Selesai solat Maghrib di Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa saya menunggu kawan di dalam kereta. Dia nak pergi sekali katanya.
 
Seakan-akan tersepit, Farhana (f2) dah sampai di dewan dan saya memegang tiket masih di Masjid. 10 minit kemudian baru kami bergerak.
 
Terkejut betul bila Wardina Safiyyah bersama anak sedang menunggu Lif. Hanya sempat bersalaman. “Cantik” itu je yang mampu saya katakan.
 
Selepas mendaftar, kami mencari tempat duduk. Kerusi baris belakang yang kosong. Agak kesal. Namun, Redha.. semuanya sudah tercatat.
 
8:45 kata-kata Aluan dari penganjur One Heart Management. Namun, majlis masih belum ada tanda-tanda akan dimulakan. Nampak seseorang membisikan sesuatu pada emcee, kemudian beliau mengatakan ada gangguan teknikal sedikit dan majlis tidak dapat dimulakan lagi. Semua penonton berasa hairan dan tertanya-tanya.
 
emcee meminta siapa-siapa yang nak volunteer buat persembahan sementara menunggu Panel naik. semua hadirin yang ada kat situ memandang sesame sendiri.. saya mencuit rakan disebelah, mengusik dia untuk mengangkat tangan.
 
Tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang berniqab dari belakang mengangkat tangan. Kami semua kagum. Agaknya apa la persembahan dia. Dia berjalan Pantas sambil memegang sebuah buku.
 
Bila dia berjalan je, Terdengar suara penonton mengatakan itu Oki. Saya hanya Tenang di tempat duduk menanti sahaja apa yang bakal terjadi. Being in the crowd was a bless. Pandangan dihalakan tepat ke hadapan penuh konsentrasi.
 
Kalau boleh nak duduk Depan.
 
Oki membuka Niqab yang dipakainya dan memberi salam, ada sendu pada suaranya.. Ya dia mengaku yang dia menangis di belakang tempat duduk penonton sebentar tadi. Melihat muslimah yang hadir. Ramai orang mahukan kebaikan sebenarnya.
 
Sebuah Puisi di bacakan. Which I cannot re call definitely.
 
 
I have no idea who is Oki actually.. sehingga la saya search di Internet. Dia merupakan seorang Pelakon KCB ( Ketika Cinta Bertasbih)
 
Cerita tu pun saya tak tengok. Memang tak kenal la. Tapi malam tu. terus admire dengan dia. Cerita dia penuh Humor. Katanya memulakan bicara.
 
Oki
 
Dulu masa umur saya masih kanak-kanak, di sekolah jika orang tanya mahu jadi apa bila besar nanti.. kawan-kawan akan jawap “ Doktor” , Peguam “, “Cikgu…. tapi saya mahu jadi artis.. saya sudah suka make up masa sekolah rendah. sering berangan di depan cermin sambil pegang botol mineral… yang gayanya seperti menang Award.
Jika jalan-jalan ke kedai.. nampak ada camera, terus saya ber posing.. hendak masuk TV. Rupa-rupanya itu orang tengah ukur Jalan.
 
Saya tersenyum lebar mendengar bicara dia yang satu tu.
 
Saya lebih mengingati butiran ayat dari Oki berbanding Wardina..
 
Beliau ke Jakarta pada usia muda dengan harapan untuk glamour. Yup dia berjaya dalam bidang Modeling. dan berjinak-jinak dalam Drama. Cuma rezekinya tiada. Sudah puas dia casting, Cuma watak kecil yang diperolehi.. sehingga satu hari, mendapat panggilan telefon dari Kampung. Emaknya sakit tenat. Nama saintifiknya tidak la sya ingat tapi ia merupakan sakit kulit. Kata Oki, jika orang lihat seperti Monster . Enaugh said. Dia sedih dan memerlukan wang yang banyak untuk kos rawatan emaknya.
 
Pada ketika itu, dia mencari Allah. Dia meletakkan sepenuh-penuh harapan hanya pada Allah. di dalam doanya, “ Ya Allah, aku akan memakai tudung, mudah-mudahan emaknya sihat”. dia nekad. Baru 2 hari dia melakukan perubahan itu, dia mendapat tawaran berlakon filem. memegang watak Utama dengan bayaran Lumayan. Disaat dia betul-betul memerlukan wang. Ujian datang.
 
Antara Allah dan Dunia.
 
Orang megatakan yang Oki sudah sombong. kerana tidak menerima tawaran berlakon. Dia menolak kerana dalam watak itu dia perlu membuka tudung.
 
Dia Pasrah. Teguh pendiriannya.
Dia hanya muncul di TV pada bulan Ramadhan sahaja. kerana dia amat teliti dalam tawaran yang diterima. Pada dia, biar hanya sekali sekala tetapi membawa kebaikan pada yang menonton.
 
Dia melanjutkan pelajaran dan berkawan dengan orang-orang yang hadir ke majlis ilmu. Seminggu sekali Pasti diisi dengan “Usrah”
 
Pada dia, Usrah sangat penting untuk mengingati diri dan meningkatkan iman. Iman itu sifatnya naik dan turun. Oki kata “ oleh itu jangan dibiarkan imannya turun terus sehingga ke bawah” kita harus sentiasa berusaha . I
Iman ni susah nak dapat dan jika ada sedikit, payah dijaga.
 
Buatla sebanyak-banyak kebaikan. kecil atau besar. mudah-mudahan Allah kira. Kita tak tahu, amal mana yang di terima Allah. entah-entah yang sedikit itu lebih ikhlas kita buat.
 
Perubahan itu ialah Proses. tidak boleh sekelip mata. Kini dia dalam proses menghafal Al-quran. sekarang dah 6 Juzuk di hafalnya..
 
Kitaaa???????? bila dengar yang ni, rasa malu nyaa.. sebab tak ada inisiatif di ambil . Kita selesa dengan apa yang kita ada. Malu nya.
 
Bagaimana tak nak Riyak

di saat kita fikir adakah kita riyak, tak mahu riyak… itulah riyak. oleh itu harus sentiasa Beristighfar. memohon pertolongan dari Allah supaya hati ini niat yang baik2 sahaja.
 
Usaha tu penting.
Berkenaan Hijab atau bertudung.
Jangan tunggu hendak ubah hati baru ubah fizik.. biar ubah fizik dulu, InsyaAllah Allah buka kan Jalan untuk betulkan hati.
Biar mula-mula terpaksa.. nanti2 biasa la..
emm wardina pula dalam penyampaiannya
Dia mengatakan hendak berubah itu, kita perlu “Aware”, “Alert”, “Consious”.. macamana nak dapat? dengan Ilmu.
 
Dia kata, kita jangan tinggalkan Al-quran. baca lah walau satu ayat sehari. sehelai sehari.. bawak Al-quran sentiasa.
 
anak saya Amna akan dapat kesan jika sehari saya tak baca Al-quran kerana mood saya dan Tone suara saya akan tinggi. Dia member insprasi kepada kami dengan menyebut nama-nama Bidadari yang perlu dikagumi antaranya
 
  • Siti Aaisyah r.a
  • Siti Fatihah r.a
  • Balqish
  • Siti Khadijah
 
dan ramai lagi.. betapa hebat contoh-contoh wanita yang boleh di ambil. sedangkan kita pada hari ini mengambil artis sebagai role model. Boleh katanya Cuma, perlu ada tapisan. yang mana Perlu dan Tidak. Yang mana ditegah dan yang mana dibolehkan.
 
 
Sungguh, rasa kehilangan itu semakin hampir.. ‘jiwa’ yang dulu nya penuh terisi dengan rasa bersamaan kini hampir pudar.

Macam tayangan HD dan TV biasa.  HD lebih menarik kan?

Kalau dulu macam bau Durian. Kuat sangat. Sekarang macam bau-bau bacang

overwhekm


Hate me for I’m just being me… and I want to have you like before..

Mungkin ini ungkapan jauh hati. Hati yang satu punya rasa yang beribu.
Sangat serabut sejak kebelakangan ini. Antara kerja dan diri sendiri. Berperang untuk menjadi OK dalam keadaan KO. Camane tu?

Sampai tertinggal purse di Meja office.

Sister..
Diri ini pernah gembira sangat ada sister yang selalu walk beside . Feeling ada someone to share.

Suara tertahan di kerongkong.


I just want the old you.
Just look at me.. not for blaming me coz I am not coming with you.
But I was stood still for you to stay here.
I swear
I like you.

Jika diri ini datang dekat pun, dia tak pernah pandang.. compared to orang lain..

I never stop to fight for..

Gembiralah wahai sister, I just don’t deserve seat next to you. Kita akan jauh…  ( silent tears )

Hidup ini penuh dengan dugaan. Tidak akan pernah sunyi dari ujian demi ujian. Tidak akan pernah diam dari menghadapi cubaan. Semuanya itu, akan tetap ada dalam kehidupan ini. Masalah yang timbul akibat banyak perkara, akibat perkara yang remeh dan masalah yang datang atau terjadi secara mendadak sangat menyesakkan jiwa.

Membuat jiwa sesak. Sangat.

Menerima dan Memperbaiki

Kadang-kadang akal tidak dapat menerima.

Dan pastinya, ALLAH Ta’ala mahu kita lebih kuat mengharungi kehidupan ini!

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 155

Antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan hilangnya orang yang disayangi.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi Muslim.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada sesuatu yang diri ini dambakan daripada kasih seorang sahabat,
Tiada sesuatu yang diri ini pintakan daripada ketulusan dan kejujuran daripada seorang sahabat,
Tiada sesuatu yang diri ini harapkan melainkan secebis perkongsian kehidupan dan kenangan bersama seorang sahabat.

Oh I just miss the old you too much..

Selasa yg biasa



Dear Blog


Minggu ni terasa pantas berlalu, mungkin kerana aku sedang menghitung hari..

Bukan hari perkahwinan atau pertungan. Belum lagi. How I wish hehe

Menghitung hari hendak pindah Office. Its gonna be hard for some people, and ease for the other. Lumrah la tu. Hukum alam, bila kita dah sayang sesuatu tempat tu, kita terpaksa tinggalkan nya.

Semalam isnin, tak ada la sibuk mana, sebab kerja minggu lepas dah di siapkan. Lagipun semalam bos kecik half day. Dan harini dia cuti. Al-maklum la nak siapkan majlis bahagia dia. InsyaAllah semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ameen.

Pagi ni dapat SMS dari Boss, dia ada meeting di Am bank dan akan masuk lewat sikit dalam pukul 10 katanya. Cam tak pecaya je, memang betul, tepat jam monitor PC ni pukul 10 dia masuk. Serius! Huhuhu ker boss dah siap2 tunggu kat luar ni. Aishh. Musykil sebentar aku dibuatnya.

Hmm harini 1 rejab. Semangat betul bangun sahur tadi. Habis semua orang aku kejut bangun. Pukul 4 pagi hidupkan api goreng keropok lekor dan bancuh air milo.

Macam tak percaya je dengan diri sendiri  bila pikir balik dalam KTM tadi rasa nak tergelak. Hehe.. Alhamdulillah Preparation Ramadhan. Lagi 2 bulan ja. Allahumma barikhlana fi rejab, Allahumma balighna fi ramadhan.

Majalah Al-ustaz menemani pagi. Harini aku pilih untuk tidak mendengar sebarang Muzik. J tapi dalam bus Sogo, lagu zapin menusuk telinga. HAHA adibah Noor ft Senario. Ape tah tajuknya, tapi fananana tahu la. Suprisingly, dia tahu almost lagu2 lama. Giler kentang! Opss puasa. Teringat cheezy wedges.

Cerita kat dia apa yang aku baca tadi mengenai “mengangkat takbir sebelum sujud” dalam majalah tu ustz cakap, nabi tak buat. Kalau ada pun hadis, ianya lemah. Nabi Muhammad s.a.w yang amat dicintai dalam sepakat Mazhab syafie dan hambali untuk mengangkat takbir pada 4 tempat:-

·         Takbiratulihram
·         Ketika rukuk
·         Iktidal
·         Bangun dari tasyahud awal

Hmm musykil sungguh ni, kena tanya ustaz.

Dalam cakap2 pasal ustaz, Farhana sempat lagi suruh aku tanya ustaz sallehudin. Senyum2 ada makna. Gedebushhh~

Ath : hey, orang tak tahu pun mana satu ust sallehudin tu
Fana : sama la, xpenah Nampak.
Ath : dia dah kawin ke. umur berapa..
Fana : ui ui… lain macam ja.
Ath : hehe alaa tp for sure dah kawin. Ustaz ni kawin muda.
Fana : haa ni nama ust sallehudin ( sambil dia menunjuk ke satu laman di majalah Al-ustaz )

Dengan sebelah tangan aku tolak, eh eh dan dan je dia. Tu sallehudin lain.

Lepas ketawa, kami sama-sama tengok page yang ada gambar penulis tu, Mohd Sallehudin Abu Samah.

Eh, yeee laa… Ya Allah. Baru sebut. Panjang umor. Haha

Ath :Tu la, siapa yang mencari, dia akan jumpa. Hehehe insya Allah

Tak ada ape pun yang kami sembang dalam bus tu. Hanya biasa-biasa..

#Kami puasa harini. Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Ameen .



Nota Kaki

Birthday Tahun ni, semoga aku akan jadi lebih baik dari sebelumnya.
p/S : Xmo la set make Up basic ke hape ke farahhh oi. Serius membazir. No No No

flee

Duduk sorang-sorang.
 
Sunyi.
Macam-macam perasaan menerpa.
 
Sangat merbahaya. Istighfar banyak-banyak. Kadang-kadang rasa senyuman, gelak ketawa harini 40% adalah palsu.
 
I just cannot think.
 
There was happiness all around,
But I was feeling blue,
There was sunshine all around,
But I felt the sky crying tears although few.


 
I don't know what was happening to me,
i wasn't able to smile and just wanted to flee ,

The emptiness
 
Attention perhaps.
 
Oh gosh !
 
Wake up. If a broken heart Needs a mend, how was it suppose to be..
 
I just here, standing, begging for you. To be truth.
 
Ya Allah, letakkanlah dunia ini hanya di tangan bukan di hati.
 

KLIBF 2012

Dear Blog,


Untuk 2012 KLIBF, 
Hari terakhir baru kaki ni dapat melangkah kesana. 
Keseorangan.




Seawal 10 pagi.
Manusia sudah mengerumuni kawasan PWTC.


Smell of the Books


Just aim 2 or 3 book.


Sedang belek-belek buku, tiba-tiba Pahrol Mohd Juoi berdiri disebelah.


Tekejut, tapi takkan nak pi salam pulak kan. haha


Snap 2 ,3 gambar yang tak boleh nak masuk transfer as my phone still in problem. The memory card perhaps.
Dia bersama anak-anak, singgah di Booth Galeri ilmu, untuk promosi buku sahabat dia, Ust Awalluddin. Merindui Syurga.


Nampak Suami Wardina bersama 2 orang anaknya. MasyaAllah a very good husband & Father.


Tak sempat nak tunggu Irma Hasmie, sebab penat semalam dari Penang pun tak habis lagi.. 


My Iman first trial . Long distance to North. :)


So, this is it.


Lets


Read between the lines, outside the pages, and beyond the covers.


Books of mine KLIBF 2012 ( Discount )


Cinta Untuk Allah -Pahrol RM27
Rahsia Air Mata Khusyuk -Mohd Hassan Al Basri RM14
Istikharah Cinta -Ummu Anas RM10
Art of Deception - RM15
5 Tokoh penggugat Zaman 


2 CD ceramah Ust Azhar Idrus untuk Farhana  :)


Sebenarnya nak beli buku SMILE irma Hasmie tu, tapi takut tak terbaca.




Sebenarnya nak beli buku Cinta High Class Dr Fatima Sharha tu tapi takut tak terbaca.




Sebenarnya nak beli buku ust Zaharuddin yang dah pegang dan diletakkan kembali.. kerana takut tak terbaca.


Ingat nak beli buku resepi untuk Besday K.shuhana. Tapiiiii.... dia suka ke??




Yess Pahrol Mohd Juoi Sign buku aku..
Alhamdulilah :)


Tak sabar nak jumpa dia 19/5 ni di Etiqa Bangsar

Jadi pun

Dear Blog,
 
Theres always something yang aku nak tulis kat blog ni when it come about people around me…
 
Harini aku gi keje, lambat.. sebab naik kereta. Dah lama tak memandu ke Office. Selalunya aku akan memandu pada hari-hari terpilih je.
Contohnya Jumaat. :)
 
Sempat sarapan di Rumah, Nasi Goreng cili Api ibu is the Best. Makan sambil bersila. Masin sedikit tapi telan je. Betul la kata orang, kalau kita sayang orang tu, dia masak masin ke, manis ke, kurang apa-apa ke, kita akan Okey je. Sebab dah sayang kan. Allah campakkan rasa kasih sayang yang banyak dalam diri ni. 

(buat gaya mendepangkan tangan tanda banyakkkk sangat ..hihihi)..
Alhamdulillah.
 
Semalam, lepas je solat mghrib dalam pukul 7:45, bergegas ke OldTown Danau Kota, ada discussion Assignment . Tak habis-habis bincang.
 
Order air Lemonade je.
 
Tunggu kawan habis makan dalam 8:50 baru start bincang.
 
Datang makcik jual kerepek.
 
Nurul : tak pe makcik, kami tak nak. TQ
Fifi : haiyaa kacau daun je. 2 kali dah datang awak.
 
Aku nak pandang pun tak sampai hati sebab, purse tertinggal.
 
Nurul : fifi, Athirah pandang pun tak nak kat makcik tu.. tak nak sangat la tu.
Ath : eh, mana tahu ni, alaa kantoi.. bukan la kita tak sampai hati kalau pandang, dah la tak beli.. cian la dia bawak beg plastic besar-besar tu.
Fifi : ala wak, dah selalu dah. Tak larat dah nak beli, tiap hari ada.
Ath : lepak sini hari-hari ke? hehe
Fifi & nurul : tak la.. :)
 
 
Ok habis cerita pasal malam tadi. Nak sambung cerita Jumaat pulak.
 
SMS berbunyi daripada K.shima
 
|"Nur, jom teman akak breakfast"|
 
Cakap sorang-sorang dalam kereta.
 
Aik, semalam kan aku dah bagi tahu aku nak cuti, lupa ka kakak sorang ni? Ke eida xde? Ke eida bocor rahsia
 
SMS di hantar kepada Eida
 
|"Eida, kak shima ajak tirah breakfast, dia tahu ke tirah x cuti? Eida kat mana?"|
 
Eida reply  
| eida MC arini…tirah teman la k.shima makan ye.|
 
Lepas bace SMS tu HP diletakkan di tempat duduk sebelah. Focus kepada pemanduan.. a bit down la, coz kita dah well plan nak sambut birthday Aprilian, duit pun dia dah bayar.
Puas otak ni proses segala kemungkinan..
 
Mengiyakan : yela dia ni cepat demam, teringat dulu, lepas beberapa hari MC, dia MC lagi… mungkin betul dia Demam, semalam hujan.

Menafikan : eida takkan bohong, dia tak pandai kot pusing-pusing ni..no no no
 
hmm
 
Handphone dicapai, menyatakan kekecewaan
 
|“ eyh, alaa, kan nak celebrate beday harini…demam teruk ka? 
Jgn lpe makan ubat,ok~|
 
Lambat baru dia reply,
 
|“InsyaAllah …..makann…” |
 
Hmm, dalam hati ni dok 50-50.. sape nak kenakan siapa ni? Ada segaris senyuman..  Tapi tak pasti hihihi macam drama thriller pulak.
 
Lagi 5 minit sebelum pukul 9 dah sampai ofis. Lega sebab Jalan boleh dikatakan ok .
 
Emel dari Eida menyatakan yang dia ada harini.. membuatkan senyuman yang segaris tadi menjadi besar. Can u imagine? I always got the biggest smile kn? haha
 
Bukan apa, kalau sorang tak ada. Tak complete rasanya..
 
Hari Jumaat yang disangka “Leisure” rupanya  “ haywire
 
Emel yang bertubi-tubi dari kawan-kawan.. cakap itu dan ini. Oi pening la.. Mana satu plannya ni.
 
Plan Angan-angan and Macam-macam
  • ·         Nak gi Karoke la ( K.eja Request)
  • ·         Nak gi The Curve la,
  • ·         Jalan TAR la
 
Tak larat nak layan haha
 
Phone office berdering,
Tiba-tiba farah cakap, K.shima nak balik awal, husband dia dah tunggu.. Kelam kabut semua orang. Kak Shu yang biasanya memerhati mula shoot emel.. haha sah keadaan menjadi tak terkawal.
 
Dah rasa nak pecahkan plan sebab memang sejak awal plan tu macam tak jadi je..
 
Final emel, diorang dah sepakat, nak buat kat pantry je.. asal orang yang nak diraii tu ada.
 
Tapi Kan Jumaat lelaki solat. Mane pulak datangnya Husband dia?? Ni macam lain je.. dia nak elak kan diri.
 
Bila turun je ke Lobi Nampak yaya.. Kak Shima di luar pintu nampa muram. Tak berani nak pandang! Haha..
 
Bila sampai je kat Pusat Bandar, Farah kata Kak Eja nak makan Nasi Kandar. Oh No.. yaya & I dah redha je..
 
Yaya : ok boleh la boleh la. Sambil gelak-gelak, dia mengomel, kan lagi ok kalau buat kat Mutiara Damansara.
Ath : haha tak habis-habis..Kalau betul nak pegi, u the mastermind buat la proposal ya.. haiya.. I mane tahu sane tu.
Yaya : hehe gurau je.. karang kita nyanyi tau, aritu tak ada pun
Ath : oo mase beday u tu u nak nyanyi ek.. hehe tapi malu-malu. Konon..piiiiraaahh
 
VIVA putih kepunyaan Soraya dinaiki oleh 6 orang gadis..err tapi sorang tu bakal mak orang.
 
Kami terus ke KFC. Diorang yang lain dah beratur..Aku ke tempat Kak Shima duduk, Kak Shima memang moody. Serius tak tau kenapa? Sebab aku ke? tak reply SMS dia pagi tadi?
 
Takkan la, sebab aku?? Ramai lagi and banyak lagi sebab lain emosi dia terganggu.. aku ni antara ramai-ramai manusia yang ada dalam kotak hati nya yang boleh membuatkan dia terkesan ke?? if that so, Syukur la
 
Duduk depan dia macam seorang persalah menghadap Tuan Hakim. Tapi Hakim yang mendiamkan diri lebih menyiksakan diri pesalah yang ada dihadapan minta dibicarakan.
 
Rasa nak balik je waktu tu. Semua orang ada. InsyaAllah K.shima ok. Tengok muka farah, Cool je.. dia memang seorang yang Meneutralkan keadaan.
And I’m not. Dia langsung tak pandang aku. Itu satu hukuman yang amat berat ok.
 
Aku memilih tempat yang paling Hujung, maybe kak shima tak selesa aku ada kat situ.. Seketul ayam pun tak habis.. Kenyang. Sebolehnya aku nak jadi pemerhati je pada hari yang gembira ni huhu..
 
Ath : Yaya nyanyi cepat.
Farhana : kami chorus je.. cepat la
Yaya : Ok, cepat u ols follow k, I nak balik dah jap lagi..
 
Dia nyanyi, and kami semua follow, aku tak dapat tengok reaksi K.shima & K.eja. Tapi Yaya cakap k.eja terkejut… HEHE yea!! Surprise. Dia memang tak sangka.



After all, I admit.. I am not a Good Organiser. There are some people who born to be ..yang boleh buat semua ni.
 
Yang aku sempat tengok dari Hujung, semua orang Happy. Alhamdulilllah. Terima Kasih banyak-banyak kat semua kawan-kawan. Sayang Fiza tak ada. Tapi Hadiah dia, kami simpan dah.
 
:)
 
Dapat tahu dari Kak Noris di surau tadi, K.shima merajuk pasal kita semua tak ajak dia pergi The Curve.
 
 K.shima yang kami sayangi,
 
Ketahuilah, kalau ada plan yang kami nak pergi, mesti semua orang tahu, lain la Pergi Jalan TAR, Kak Shima tak ajak pun kiteorang… sampai hati
 
Ni kes nak merajuk balik.. Takpelaa….apa-apeee je lah~ :P
 
Tadi gurau-gurau kat surau,
 
Ath : Korang, nnt saya punye birthday buat kat café je.. senang habis cerita haha
Kak Noris + Farah : ahh takde, takde, mane boleh bagi tahu.. tak ley bagi idea la orang punye suka la.
Farhana : -Smile- 
(Gelak paling sweet. She just got a very sweet smile. Jeles. Hmm nape la lelaki tak Nampak kelebihan yang ada pada kawan-kawan saya ni)
 
Lepas ni birthday Kak Shuhana.
 
Aku nak Follow je, bagi mandate Organiser ni pada Kak Shima. Huhuhu surrender. Ada 10 kepala, 10 -10 macam-macam ragam.. kreatif sangat.

Tah kenapa aku rindu "rasa" yang dahulu.. heart attached yang dulu..

Mungkin aku ni terlalu klassik kot. salah ke?
 
Hidup adalah pilihan. Baik atau jahat adalah pilihan. Sesat atau lurus adalah pilihan. Redha Allah atau murka Allah adalah pilihan. SO, choose it wisely. 

Kita tidak tahu laut itu
seberapa DALAM,
tapi kita harus
tahu,seberapa DALAM
kita MENGENAL orang
yang kita syg.
Kita tidak tahu langit itu
seberapa TINGGI,
tapi kita harus tahu,
seberapa
TINGGI kita
MENGHARGAI orang yang
kita syg.
Kita tidak tahu bintang itu
seberapa BANYAK,
tapi kita harus tahu
seberapa BANYAK
PERHATIAN
yang kita beri untuk orang
yang kita syg..
 
Noted

Walau apa pun terjadi, wanita/gadis di depan saya ni, sentiasa mengukirkan senyuman. Tenang dalam setiap situasi. Lembut dalam bicara. Which is I respect the most. Love ya.
 
Sincerely,
 
Me, Nur