Assalamualaikum Wbt.
Dikesempatan ini, Entah bagaimana jari ni boleh menaip untuk ke sekian
kalinya. Sambil menguap belakang tangan kiri menutup mulut.
Jumaat yang berkat. 14 December 2012 merupakan tarikh pernikahan seorang
rakan di tempat kerja. Pada tarikh yang sama juga , Hari Lahir Eida.
Elok la tu, Farhana Tunang Birthday Ath, Dia Nikah birthday Eida.
Lepas solat Maghrib, aku amik Eida di stesen KTM Batu Caves. Kesian dia,
ketakutan sebabnye kat sana sunyi. Kalau ada pun manusia, bangsa yang lain
kaler ;0 – Cuak jugak bila tak nampak kelibat Eida kat Stesen KTM ,
rupa-rupanya dia salah tunggu.
Aku pun salah bagi arahan sebenarnya. Masuk je kereta, dengar suara dia
“pot pet pot pet” haha yelah, aku mengaku salah. Plus dia agak demam, batuk dan
selesema.
Kereta meluncur laju melalui MRR2. Berpandukan GPS. Setelah mengharungi
Jalan Maha Jem semasa susur masuk ke Ampang.
Like always. | 30KM – Selayang – Taman Saga, Ampang.|
Dalam Kereta
Ath : Majlis lepas Isyak kan?
Eida : Yup. Sekarang pukul 8:15, InsyaAllah sempat..
Ath : Ins Sha Allah. Huhu Jem teruk ni…daripada Zoo dah slow moving.
Biasanya dekat nk masuk Ampang point tu yg Jem.
Eida : Takpe, positif. J
Ath : Tu la, sapa suruh datang lambat. Kata pukul 5 nak gerak. Ni pkul 6
baru keluar rumah.. tau la tak nak dduk rumah tirah yg kecik tu.. :p
Eida : eee bukan la, Eida pengsan tadi lepas makan ubat..
Ath : kesian Eida tak dapat tgok Kwn baik Nikah. Tu je yang tira
risau. Nanti nangis. He he
Eida : Kesian tirah, jalan jem
Ath : erk.. abis tu dok kesian kesian kesian…. Kita patah balik la. Haha
(saje mengusik)
Eida : alaaa…
Ath : hehe tak la , takpe kita gi je. Lepastu kita celebrate birthday
org tu nak? .. hehe
Eida : nak~ haha Athi dah beli hadiah? Dua hadiah kn?
Ath : dah, dah siap balut, satu senyuman, satu lagi hadiah betul untuk
Farhana esok.
Bila sampai je kat Hospital Ampang. GPS digunakan dengan cermat. Sebab
aku memang tak tahu langsung jalan kat sana.
Ath : Eida pernah tak baca buku “ Women read maps, lets Men Drive” ?
Eida : Tak.
Ath : Nanti kalau nak kawin dah, gi cari buku tu.. hehe
Banyak kali jugak la salah jalan, semua tu salah GPS, haha padahal Eida
yang salah bagi arahan masuk simpang. Hehe malas nak argue. Nanti suara dia
yang nyaring dan halus keluar. Eee seram.
Ath : Eee Eida tgok betul-betul ke tak ni? Bukan simpang ni laa..
simpang depan.. tengok tu arrow dalam GPS ada kereta jugak kan dalam tu.
Eida : yelaa betul la Eida cakap.
Ath : Yeee Yeela Betul Eida cakap. Haha Eida sentiasa betul
(Sambil aku memulas stereng membelok ke arah simpang di hadapan ,
kedengaran suara Eida ketawa macam kelakar sangat je peristiwa salah jalan ni)
bawak kereta ni penat tahu~ haha
Sampai je Taman saga, masing-masing teruja. Parking kereta dan mendaki
ke rumah pengantin. Kami nampak ramai orang duduk di dalam khemah.
Ath : Eida, nampaknye dorang dah makan. Macam dah selesai je majlis. Dah
pukul 9:36 pun. Tak pe la kan.
Eida : Ok jom.
Masuk je rumah pengantin, nampak Helmi masih di atas Kusyen menunggu Tok
Imam.
Eida : Athi, belum mula lagi laa…
Ath : Alhamdulillah.. jom jumpa Farhana jap. Dia dekat Atas kot. Kami
bersalaman dengan Ibu Farhana, dan adik perempuan beliau.
Terpandang sahaja susuk tubuh Pengantin di atas, Wow, SubahanaAllah
Cantiknyee Farhana. Baju putih bersulaman manik yang sederhana, dengan Make up
tipis membuatkan dia yang comel lebih anggun berbanding biasa.
Farhana : Eeh korang datang? Tak sangkanyee.. terharu lah.
Ath : lambat start ? hehe kami sampai juga ke majlis anda. Farhana
Cantinyee …hehe
Eida : Nak amik gambar bersama pengantin. Jom.
Lepas 4, 5 kali snap shot. Kami decide menunggu di ruang bawah. Kerana
ramai lagi ahli keluarga, rakan-rakan beliau hendak mengucapkan Tahniah.
Lebih kurang pukul 9 :50, baru muncul Tok Imam. Aku mengambil
tempat di satu sudut bersama Eida. Boleh nampak dengan jelas pengantin lelaki
dan tempat pengantin perempuan.
Farhana kemudian turun mengambil tempat yang telah di sediakan untuk
mendengar Tazkirah Tok Imam, rukun-rukun dan sebagainya.. Dia nampak eksaited.
Tersenyum ceria memandang camera. Pusing ke kiri dan kanan.
Eida : Macam Artis Farhana harini.
Ath : mestilah.. cantik, Raja sehari dua. J
Eida : nak ambil banyak-banyak la gambar.
Ath : yelaa orang ada SIII HEHE
Aku hanya memerhati.
Menyerap semua bunyi yang boleh. Suasana majlis pernikahan.
Cuba menyelami rasa “gementar pengantin”
Keseronokkan hari bahagia mereka. Dan bertanya pada diri.. sambil berdoa
pada Illahi
“When my time will be”
Semuanya sempurna.
Pandanganku di halakan pada Farhana yang tersenyum dan sesekali dia
terpandang kami. Dikesempatan itu, aku membuat isyarat “calm down, istighfar
banyak-banyak”. She read my lips. Kemudian mengangguk dan menundukkan
pandangan.
5 minit selepas tu, Tok Iman mulakan acara Ijab dan Kabul. Ayah
Farhana sebagai Wali yang menikahkan dia.
Tepat jam 10:12 pm. Dengan Lafaz Alhamdulillah dan Doa. Mereka sah
menjadi Suami Isteri yang sah.
Helmi naik ke atas untuk solat sunat syukur. Kemudian turun untuk acara
membatalkan air sembahyang dan menyarung gelang tangan kepada pengantin
perempuan.
Tersentuh. Bila dapat merakamkan momen – momen mereka membalas
pandangan. Duduk rapat-rapat berlaga lutut dan bersalaman. Hehe, last but not
least . The favorite one, Husband kiss her forehead ;)
This is crazee. Sangat indah bukan?
Banyak yang di lihat.
Namun, sejak dari kaki melangkah masuk ke rumah pengantin. Mata ku
memandang penganting lelaki berbaju putih segak bersongkok, saling tak tumpah,
macam melihat Abah di situ. Muka Helmi pakai songkok tu macam dalam gambar Ibu
dan Abah Nikah.
J Approved
by Eida masa dia tengok gambar Kahwin Ibu dan Abah.
Rindu terhadap mereka menambahkan sebak dalam hati. Ketiadaan mereka
untuk 4, 5 hari ni tiba-tiba memuncak. Sunyi rumah. Oh..
Ya Allah janganlah kau biarkan aku bersendirian di dunia ini. Janganlah
kau biarkan aku melangkah sendirian tanpa petunjuk dan kasih sayang Mu.
Lepas Makan Nasi Lemak pukul 10:30 malam kami balik ke selayang dan
Tidur.
Nothing much to say pasal kenduri Besar hari Sabtu.
Aku, Eida, Farah dan Farhana pergi sekali. Abg Jem pun nak konvoi.
Kesian dia sorang-sorang.
Farah looks marveles dengan baju Merah. Eida pulak pakai kebaya. Farhana
lagi gojes . Baju mereka semua cantik. Aku pakai baju kurung biasa je yang dah
3 tahun dalam Almari. J hehe..
Overall majlis resepsi Farhana ramai orang. Tak putus-putus. Ramai
kenalan agaknya. Bayangkan pukul 3 pun orang still datang dan meja agak penuh. J Barakallahufik
Sempat la sesi fotografi sikit. Then balik kerumah masing-masing.
Aku hantar Farhana & Farah terus ke rumah. Kemudian Hantar Eida
di KTM kepong, so dia takyah tukar KTM untuk ke Bangi.
Ath : .. Eida, Sorry tau kalau ada kekurangan. Emm memang banyak pun,
Eida mesti tak selesa dduk kat rumah Tirah. Sorry ye, tu je yang termampu.
Nanti datang lagi k.
There are some days when I cry in my prayers.
Talking to Him about everything.
And the most beautiful thing is, He listens