MaLu

Malu giler..

salah hantar msg petang tadi.
Hntar kt aunty sndri plak tu.. sah sah kne bahan jumpa nnt!!adoiii

rse nk hantuk2 je kpala ni, haha apelaa laju sgt tekan keypad HP tu.
Bukan pakwe pon. kawan je!

alaa sekali kalaHP berbunyi, layan laa.. bukan salu pon,

Hehh lupakan yang lain..

Serabut kerja + Assignment yg tak reti nak buat.
Ouh No.. misserable..
Terrible..

Hishk fokus athirah, fokus satu satu ok..
u can do it.

cakap-cakap

Niat dah pasang Lpas solat isyak arini, nak terus mghadap esaimen, pastu terlupa nk print Item yg member sent thru emel... so "terpaksa" la online.. ceyyy terpaksa konon! haha padahal dgan rela tgan swith on lappie haha ^_^
Tau jela bile dah online, tgn wajib search Facebook.. eeee berantu btul kn bnda ni.

Bile dah bkak, msti la nk scroll status orang, mne yg best...nk tau gak skit sbyak ape aktiviti dorang weekend ni..

ternampak satu ungkapan mamat ni..
Ya Allah, pernahku terleka merindui makhluk ciptaanMU...namun aku sedar aku tak layak merinduinya, sedangkan rindu dan cintaku padaMU masih belum sempurna...sesungguhnya, aku benar-benar tak layak merinduinya, lalu bantulah aku Ya Allah, peliharalah hatiku hanya untukMU, jangan biarkan aku mencintai dan merindui seseorang andai cintaku padaMU masih kabur...tanpa cintaMU aku lemah, tanpaMU,aku mati...
Sangat benar kata-kata diatas, sememangnya aku amat menyukai ayat2 sebegini.
Tersentak, Terjaga dari leka ..

Kita manusia sememangnya ada turun dan naiknya... tapi kbanyakannya turun..
tau tak apa yang turun dan naik?
bukan harga barang , harga minyak, naik tangga ke okey :p... tapi iman kita sbagai org islam.
saya sgat mgaku, saya sendiri terkadang kalah dengan rayuan nafsu diri...
Leka dengan hal2 dunia yang sementara ni, risau sampai memburukan diri...
Tolong lah tolonglah.. Diri ini sangat lemah . sgat lemah dalam menerima diri seadanya, dalam mensyukuri apa ada nya..
Leka dalam membandingkan diri dengan mereka yang lain.

Perlu, perlu ada orang-orang disekeliling kita yang selalu ingat mengingati tentang fakta ini.
Supaya kita tidak tergolong dlm org2 yg "kufur nikmat".

Saya bukan la seorang yang tahu scara mendalam mengenai agama. tapi sy cuba ambil tahu, dan nak tahu.. Jika tidak boleh melakukan nya scara total, saya cuba, cuba untuk buat apa yang termampu.

OK, fasal rindu merindui sesama makhluk , sy sokong.
TIPU, jika ada yang menafikan, tidak rindu ibu mereka, rindu sahabat mereka, rindu pacar mereka.
Kerana, fitrah manusia yang dilahirkan lengkap dgan hati+perasan pasti merasakan perasan halus itu.
Saya juga seorang perindu, tapi terkadang rasa tidak layak untuk merindu mereka, kerana mereka lebih bagus jika dilihat dari mata kasar, terasa diri amat lemah amat kecil, "nobody"
compared to them...
Walaupun pada hakikatnya tidak, ia cuma perasaan, ingin menjadi setanding, sehabat mereka untuk layak dirindui dan merindui...

Kata-kata halus dalam diri, yang bersangka negatif menambahkan lagi ketakutan untuk menunjukan kerinduan , apabila kita bersua muka. apabila masing-masing yang lain, excited meluahkan rindu, aku terdiam..
kenapa aku tak excited ?? aku tak happy ke?
BUKANNNNNN.. bukan. aku terlampau gembira smpai tak terluah. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Sungguh.
Glad to know there is sumone miss us back like we miss em..
We can sense thru their hug. Dia bukan selalu peluk orang. Yes die pon rindu. ^_^ jgk.
Cuma tahan air mata je.. Ouh sgat dalam perasaan rindu saya terhadap sahabat.
"Sampai syurga "insyaAllah.. (berharap)
Dia tak nak mengaku.. dia tak nak cakap.. itu istimewanya kami.. faham melalui diam. Insyallah kami memahami antara satu sama lain.

Tapi bile smala pergi open hse member,
soalan yang diajukan, why u look stress.. what happen...
OMG... bukan "Oh menarik gila".. ok hehe
tapi..Real OMG, oh my God (Allah)
Aku sedar, aku dah abaikan diri aku lately... aku mengabaikan diri tanpa aku sedari.
Astaghfirullahalazim.. Berdosa.

What should i do?
am i really stress? mungkin aku tak sedar.. mungkin terlau banyak tgok orang smpai lupa nk tgok diri sendiri. Lupa untuk menjaga diri pinjaman Tuhan ni.

Stress..
pasal kerja? study?Life? relationship? .......aku tak pastiii.
Yang aku tahu aku rindu..!!
hehe poyo.

weekend ni best sangat, disampaing ada discussion and perlu kejar date line hntar assignment. I admit, admit sgat2.. I'm happy. walau dapat jmpe skejap.. sahabat2 yang sntiasa ceria.

okla.. kalau nk suruh merepek,mmg boleh berpage2.. kang tak siap kerja.. saya nk siapkan calculation yang sgat complicated ni.
huhu yelaa orang tak pandai, so kne la merangkak2..


-end-

Memahami jodoh, sila baca


Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka

eh Gelak je

eh, npe pulak tak boley gelak, gelak je, sebab saya pun nak tergelak baca posting saya lately ni..or maybe overall kowt

thah camane boleh "Karang" smua tu, Percayalah smua tu spontan.

betul la kate orang, Hati dan minda ni besar fungsinya..

Tapi boleyh tahan hebat ayat kn?
tak tau belajar dari mana,
dulu study tak ada pon amik aliran sastera,. sains tulen lagiiii.. harap maklum!

but ya, sekeras mana pon kita ni manusia nak menafikan "rasa" yg terdetik...
kita mempunyai perasaan.. dimana perlu dikawal oleh hati dan minda.

Ehh segan laaa, segan pulak bace blog sendiri.
HEHE (TUTUP MUKA..) poyo je kn... ^_^

Bukannya pernah bercinta bagai nk rak pon.
hmm implikasi novel la ni hehe..

BTW : enjoy reading..
tempat meluahkan rasa..

Diam_Quiet

Saya letih melayan perbalahan dalam diam. diam yang kita ciptakan sendiri.
Disini saya cuba menjelaskan keadaan, entah dimana hujung pangkalnya.. saya tidak tahu, mungkin situasi yang senyap susah untuk diterjemahkan.
Jika berbunyi atau bising , senang untuk ditafsirkan sebagai bising, meriah, ceria, gembira, kecoh, pasar dan sebagainya..

Dimana saya ingin mulakan,kerana saya hanya membuat andaian..
"hentam saja laa labu.."
saya setuju jika Diam antara kita dijelaskan dengan cerita santai seperti selalu kita bualkan.
saya setuju jika kita gunakan segala kecanggihan teknologi untuk berkomunikasi seperti dulu. Amat setuju. Mengapa kamu tak setuju dengan berdiam diri?

Ya semua yang saya lakukan, selain untukNYA.. tak terlepas ada kamu..
Segala kesukaan, segala apa yang pernah kita lalui, sering menghimpit memori entah berapa giga yang Dicipta oleh yang maha Esa. Terlalu banyak, itu masalahnya.

Saya harap saya tak akan bertindak sendiri dalam mencari titik benar dalam diam antara kita ini.

Saya bingung, saya buntu, saya tersepit dalam diam dan andaian diam kita ni.

saya tak mahu salah. saya tak mahu salah dalam mentafsirkan diam kamu itu.

Kamu nak saya diam kerana apa? kerana apa? Diam melihat kamu bermain api tanpa sepatah kata? JANGAN~

diamm itu memang tenang.. tapi jika ketenangan sehingga sepi.. apa lah maknanya..
Diam saya pada tempatnya. Kamu diam Kerana apa? saya tak faham

*
Smash the Pumpkin as you wish.. I wanna see..
Dear, please.. i wanna hear you..
__waiting..

Be quiet.
Don't talk.
Listen.
And in the quiet
I heard whispers
Of ways and paths.
In the quiet
Direction given,
Hope shown.
In the quiet
Faith built.
On quietness.
The stillness of the wind
As it moves around
Not through
The path of trees
That stand firmly in the way.
Eyes open wide
To see,
Ears to hear
The Truth.
Spoken quietly
From a quiet heart.



kau tahu tak


kau tahu tak?
aku rasa kau tak pernah tahu...
kalau kau tahu pon , kau buat-buat tak tahu.. kn?~

aku r i n d u kat kau.

aku tak suka sbnarnya nk rasa bnda remeh camni,
rase macam the clock is stuck on thoughts of you and me A thousand regrets unraveling...


aku dah cuba, aku dah cuba dekat dengan kau.. tapi kau diam macam batu..
yelah aku tau, mase sblom kite jumpa aritu.. ko rindu aku jgk kn.. tpi lpas tu, dingin KNAPA? Sbb kau dah advance dari aku, dari kami semua? dah ada yg baru? haha mungkin juga.
aku nak kau tahu, aku dah cuba, cuba sehabis baik untuk avoid fikir or amik tahu tentang kau,..

but
I fall in love all over again each time I lay my eyes on you ...

aku cerita tentang kau dekat adik aku, tentang ape yang aku rasa, die kate
"aku sayang kan kau, sbb tu aku rasa camni"

hehe nak tergelak dgar dakwaan matang adik aku tu..

tp aku tahu tu benar.. bodoh betul!

aku sayang kau tapi kau tak pernah pon rasa camtu, sekelumit pon tak pernah!

kalau pernah , cakap la, sekali je cukup!

bnda ni membunuh aku kau tau tak, aku nampak kau online tapi kau tak cakap sepatah pon dengan aku! mmg ramai yang online tapi knapa kau sorang yang aku pertikaikan? mmg pelik dan hairan.

aku hairan dgan diri aku, betapa aku cuba untuk menidakkan sgala sangkaan buruk terhadap kau.
kau??? bergembira dengan orang lain? How could u?? It takes a piece of me ,each time you leave


urghhh but still somehow you keep on surprising me , when u say "Hi" rasa cam nak lompat-lompat, rasa nk mgadap laptop ni 24/7 .

jangan cakap kau pon tunggu aku tegur kau dulu? hoho kerana itu tak mungkin kan? kau tunggu aku? hey hey.. kalau dlu kau boley SMS aku suruh online.. kenapa sekarang tak?
kenapa? Aku tak biasa menyumpah... tapi bile rasa camni, teringin plak... the emptiness inside of me starts to beat ... aku rindu kau macam dulu.

aku nak macam dulu.. tanpa rase hessitate.. me still me.. come on.. Buang rasa tu jauh2..
aku tahu kau ego, aku tahu.. tp aku dah amik 1st move tegur kau.. take the next step to move forward ..

aku harap ko pon rse bnda yg sama, walau sebesar zarah sekali pon,.. be fair.

kalau orang tanya aku rindu kat sape, camane aku nk jawap sbb orangnye kau..
segan tahu tak.. segan!


btw : take a hint from my status because i'm talking about you.. :)

P/s : kangen cengeng!

i miss u more than word can say.

ro alif ya

raya 2010.. cam biase, cme excited lebih skit, x tau npe.. mgkin sbb dah mula memberi, so me start to calculate here and there..

  • duit raya
  • kueh raya
  • baju raya
  • apee lagi raya? jalan raya? bunga raya? haaha out of list :) smua ni Sendirian berhad.

bukan tu je, lbih excited sbb input lebih.. so bile ada lebih input.. output pon SEMESTINYA lebeyyyyyyyyyy... ada je yg nk mnambah... klu tak dri sndri, famili.. adoi~

raya taun ni, slain baju kurung 2 pasang (ibu decision)
aku pi beli jubah hitam.. ^_^ mmg dah hajat dari dlu teringin sesangat.

yup dah pakai mse 1st raya. sgt suka,


sehari before raya, balik nun ke utara tanah air... merentasi laut ape thah ke langkawi...\
phew jauh.. +best!

HIGHLIGHT : HAMBAR sbb xde yg east_tea_may_wa .. Sy mgaku, sepi! huhu



Kullu ‘am, wa antum bi khair

Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan"


smoga bertemu lagi dgan ramadhan al-mubarak tahun depan. MENGHARAP!


Aku rase aku tak buat yg terbaek :(

maafkan diri kerana tak jujur


tajuk yg paling panjang dan sgt skema kot.. yup.. minta maaf kat diri sendiri, kerana selama ni tak 100% jujur..
sejujurnya amat myukai pemandangan laut, Bukit-bukau.

Sejujurnya amat meminati majlis-majlis ilmu,
sejujurnya amat mengasihi orang-orang disekeliling. amat.
sejujurnya terlau rindukan Masa-masa lapang antara kau dan aku. kau kau kau...kau.. Sejujurnya aku sangat suka akan ayat-ayat tarbiyah, by all the meaning of the wordz. fhm2 la. dikala lapang, kalau tak study buku, suka study orang . Tak salahkan.. Plain~
Maaf kerana selalu menafikan ape yg ku rasa, maaf kerana begitu berat untuk meluahkan apa yg sepatutnya.. maaf kerana terkadang bicara yg dilontarkan agak keras dari maksud yang hendak disampaikan. maaf kerana tidak bersungguh dalam banyak perkara. Menyesal~ Maaf kerana tidak suka mengucapkan "good bye".. there is no good in goodbye btw.. Maaf kerana hati sgt mudah "attached" maaf kerana kadang2 kemalasan meebihi rajin. maaf kerana susah untuk menunjukan air mata di depan mata-mata yg melihat.
maaf kerana takkan pernah berhenti menjadi Nur Athirah..

dan akan terus mencuba untuk menjadi lebih baek..
maaf kerana terlalu lambat mengakui kesilapan ini
maaf kerana banyak lagi salah dan silap yang belum dikenalpasti atau put in wordz.. ..........
maaf, sbb saya akan smbung lagi tajuk ini lain kali..