cakap-cakap

Niat dah pasang Lpas solat isyak arini, nak terus mghadap esaimen, pastu terlupa nk print Item yg member sent thru emel... so "terpaksa" la online.. ceyyy terpaksa konon! haha padahal dgan rela tgan swith on lappie haha ^_^
Tau jela bile dah online, tgn wajib search Facebook.. eeee berantu btul kn bnda ni.

Bile dah bkak, msti la nk scroll status orang, mne yg best...nk tau gak skit sbyak ape aktiviti dorang weekend ni..

ternampak satu ungkapan mamat ni..
Ya Allah, pernahku terleka merindui makhluk ciptaanMU...namun aku sedar aku tak layak merinduinya, sedangkan rindu dan cintaku padaMU masih belum sempurna...sesungguhnya, aku benar-benar tak layak merinduinya, lalu bantulah aku Ya Allah, peliharalah hatiku hanya untukMU, jangan biarkan aku mencintai dan merindui seseorang andai cintaku padaMU masih kabur...tanpa cintaMU aku lemah, tanpaMU,aku mati...
Sangat benar kata-kata diatas, sememangnya aku amat menyukai ayat2 sebegini.
Tersentak, Terjaga dari leka ..

Kita manusia sememangnya ada turun dan naiknya... tapi kbanyakannya turun..
tau tak apa yang turun dan naik?
bukan harga barang , harga minyak, naik tangga ke okey :p... tapi iman kita sbagai org islam.
saya sgat mgaku, saya sendiri terkadang kalah dengan rayuan nafsu diri...
Leka dengan hal2 dunia yang sementara ni, risau sampai memburukan diri...
Tolong lah tolonglah.. Diri ini sangat lemah . sgat lemah dalam menerima diri seadanya, dalam mensyukuri apa ada nya..
Leka dalam membandingkan diri dengan mereka yang lain.

Perlu, perlu ada orang-orang disekeliling kita yang selalu ingat mengingati tentang fakta ini.
Supaya kita tidak tergolong dlm org2 yg "kufur nikmat".

Saya bukan la seorang yang tahu scara mendalam mengenai agama. tapi sy cuba ambil tahu, dan nak tahu.. Jika tidak boleh melakukan nya scara total, saya cuba, cuba untuk buat apa yang termampu.

OK, fasal rindu merindui sesama makhluk , sy sokong.
TIPU, jika ada yang menafikan, tidak rindu ibu mereka, rindu sahabat mereka, rindu pacar mereka.
Kerana, fitrah manusia yang dilahirkan lengkap dgan hati+perasan pasti merasakan perasan halus itu.
Saya juga seorang perindu, tapi terkadang rasa tidak layak untuk merindu mereka, kerana mereka lebih bagus jika dilihat dari mata kasar, terasa diri amat lemah amat kecil, "nobody"
compared to them...
Walaupun pada hakikatnya tidak, ia cuma perasaan, ingin menjadi setanding, sehabat mereka untuk layak dirindui dan merindui...

Kata-kata halus dalam diri, yang bersangka negatif menambahkan lagi ketakutan untuk menunjukan kerinduan , apabila kita bersua muka. apabila masing-masing yang lain, excited meluahkan rindu, aku terdiam..
kenapa aku tak excited ?? aku tak happy ke?
BUKANNNNNN.. bukan. aku terlampau gembira smpai tak terluah. Dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Sungguh.
Glad to know there is sumone miss us back like we miss em..
We can sense thru their hug. Dia bukan selalu peluk orang. Yes die pon rindu. ^_^ jgk.
Cuma tahan air mata je.. Ouh sgat dalam perasaan rindu saya terhadap sahabat.
"Sampai syurga "insyaAllah.. (berharap)
Dia tak nak mengaku.. dia tak nak cakap.. itu istimewanya kami.. faham melalui diam. Insyallah kami memahami antara satu sama lain.

Tapi bile smala pergi open hse member,
soalan yang diajukan, why u look stress.. what happen...
OMG... bukan "Oh menarik gila".. ok hehe
tapi..Real OMG, oh my God (Allah)
Aku sedar, aku dah abaikan diri aku lately... aku mengabaikan diri tanpa aku sedari.
Astaghfirullahalazim.. Berdosa.

What should i do?
am i really stress? mungkin aku tak sedar.. mungkin terlau banyak tgok orang smpai lupa nk tgok diri sendiri. Lupa untuk menjaga diri pinjaman Tuhan ni.

Stress..
pasal kerja? study?Life? relationship? .......aku tak pastiii.
Yang aku tahu aku rindu..!!
hehe poyo.

weekend ni best sangat, disampaing ada discussion and perlu kejar date line hntar assignment. I admit, admit sgat2.. I'm happy. walau dapat jmpe skejap.. sahabat2 yang sntiasa ceria.

okla.. kalau nk suruh merepek,mmg boleh berpage2.. kang tak siap kerja.. saya nk siapkan calculation yang sgat complicated ni.
huhu yelaa orang tak pandai, so kne la merangkak2..


-end-

No comments: