Kebaikan tu Allah balas dalam pelbagai cara


Salam,

Kebaikan tu Allah balas dalam pelbagai cara

Kenapa sy berkata begini? sebab, td mase makan sy terdengar ada seorang hamba allah ni complain yang dia kena tipu mase beli barang.. katanya " aku rasa aku tak de la nk buat jahat dgn org, tp knape begini balasan nye.tak adil!, tak adil betul..lpas ni, taknak buat baik dah.."


Sy senyum je..


Dalam hati, ye sy faham dia ingin meluahkan rasa, kite smua hadapinya. sy percaya!



BalAsan..


saya tak berapa setuju dengan keluhan dia kerana semua orang pernah rasa pedih di hati kan? pernah rasa sakit sangat dekat hati ini sampaikan tak dapat nak berkata-kata..hanya Allah yang mengetahuinya..saya juga begitu..

Tapi, apa yang menyebabkan wanita itu tidak bahagia adalah cara penerimaan nya terhadap setiap apa yang berlaku di dalam hidupnya..
Macam saya, tipula ye kalau sy tak pernah sakit,tak pernah bengang, tak pernah bosan dan banyak lagi la..
Semua saya ada rasa tapi sy masih ingat pintu kebahagiaan Allah itu terlalu luas..
Yang penting adakah kita kuat untuk melupakan apa yang berlaku...

Mungkin ramai orang berkata, "tak semua orang fikir macam tu..Kau cakap senangla"

Ya..sy tau itu tapi tidakkah kita semua sama..
Menyedut udara Ilahi yang amat nyaman di dunia ini..

Kenapa orang lain boleh bahagia tapi tidak kita?

sy cukup yakin dengan janji Allah..
"Perbuatan yang baik hanya akan dibalas baik"
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Niat yang baik akan sentiasa mendapat pahala dan kebaikan"


Dalam surah alam nasyrah ayat 5 & 6 kalau tak silap ,dua kali allah menyebut, sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kmudahan.

Jadi kite harus berdoa & berdoa & bersabar.

Sy terbaca verse ni

Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW :

“Tidaklah seseorang Muslim berdoa kepada ALLAh sesuatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan hubungan ‘rahim’, melainkan ALLAh akan memberikan kepadanya menerusi satu dari tiga cara, iaitu ; diperkenankan apa yang dimintanya atau disimpan-Nya untuknya di akhirat kelak, atau Dia menghindarkan dirinya sesuatu keburukan yang setimpalnya. Para sahabat pun berkata : ‘Kalau begitu kita perbanyakkan berdoa!’ Nabi SAW menjawab : ‘ALLAh SWT lebih banyak memberikan ganjarannya.’” – HR. Bukhari

Jika direnungkan dan difahami ayat diatas, maka tiada doa kita yang ALLAh tidak kabulkan. Wahai saudaraku! Doa kita sentiasa dimakbulkanNya. Pengajaran yang dapat kita petik daripada hadis ini, ALLAh SWT menerima doa kita dan dengan cara-NYA, DIA menerima doa kita dengan tiga cara :

1 – Diperkenan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

2 – Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak.

3 – Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Subhanallah! ALLAh juga memakbulkan doa kita semua dengan cara mengurniakan kelapangan dada, kegembiraan, ketenangan dan redha atas kurnia-Nya. Doa orang Mukmin sentiasa dimakbulkan oleh ALLAh, cumanya kita perlu bersabar dalam berdoa. Pilihan ALLAh, percaturan takdir yang DIa sediakan, adalah yang terbaik buat diri kita.




Tidakkah kita boleh tersenyum dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?

Kepada diri saya,sahabat, dan wanita berkenaan ..walaupun sy tak tahu siapa anda dan apa pun masalah anda..sy harap anda ingat sesuatu...
Jika tiada cinta untuk kita di dunia ini, ingatlah bahawa Allah itu sangat-sangat mencintai hambaNya..
Jika tiada kasih untuk kita di bumi ini, ingatlah Rasulullah yang sentiasa kasihkan umat-umatNya...
yang menyebut kita di akhir hembusan nafasnya..


ada 3 doa yg penting dalam kehidupan

  • ya Allah ampunkanlah dosaku yg telah ku lakukan dan dosa akan datang yg sgaja atau tidak sengaja aku lakukan
  • Ya Allah berilah kefahaman kpada ku dan org2 disekelilingku tentang kebaikan agamamu. Peliharalah kami dalam lindungan hidayahmu.
  • Ya Allah masukanlah aku & keluarga serta saudaraku ke dlm syurga firdaus mu. dan terimalah permintaanku didunia dan akhirat

No comments: