Terasa

Entah,
tak tahu kenapa tiba-tiba hati tak tenang , tak tenteram , ras left behind , rasa terasing
rasa ada yang tak kena , rasa keseorangan , rasa belum cukup , rasa bimbang ..

Lepas soLat Isyak dan makan malam harini.

Semasa telinga disumbat headphone, Lagu Alhamdullillah dari Maher zain berkumandang..

Mata memandang article di Skrin Laptop klassic Fujitsu Siemens entah tahun bila keluarannya. Saya tak pasti.

Open New Tab untuk membuka akaun Facebook.. Membaca itu dan ini di status rakan-rakan.
Ada yang saya kenal dan ramai yang tak kenal.
saya lebih gemar melihat perkongsian nota dan peringatan & pandangan mereka dari isu-isu terkini.
Selalunya saya tak ambil pusing status yang "Wow"  mereka kongsi.. apa yang mereka beli, parti apa yang mereka hadiri.

Yelah, yang gembira-gembira mereka akan kongsi pada semua.. bila sedih-sedih baru la dicerita pada yang terpilih. Maksud saya; mereka yang boleh dipercayai.

apa semua ni?

oH, bila gembira hendak bersuka ria.. ditinggalkan mereka yang boleh dipercayai? dilupakan mereka yang terpilih kononnya tu?

Saya tak tahu ape difikiran mereka.
Tapi saya terasa.

Maaf, saya tak boleh kawal rasa 'Terasa' tu..
Dia datang dengan sendiri. Itu namanya tindakan reflek .

Rasa dipergunakan.

Mungkin itu yang tepat. Astaghfirullah.. Cepat-cepat buang rasa "Terasa" tu

tapi sebanyak mana saya cuba menafikan apa yang saya rasa.
I know, its there. Just keep quite down there obey to the creature.

Lantas Satu click "X" di tab FB .

Fikiran ligat me"replaced" perkara-perkara tak berfaedah tu dengan perkara besar yang sentiasa menjadi priority de'minda ni.

Rasa jauh.. Rasa tak diterima..

saya nak tanya :
Pernah rasa ditinggalkan? Pernah rasa tertekan sehingga kadangkala terasa seperti terkorban? Pernah rasa sempit sehingga menyesakkan? Gagal dalam sesuatu perkara kemudian tenggelam dalam kekecewaan? Diuji hebat sehingga rasa kesesakan?
tetapi tidak lah menghadapi ujian Hebat seperti umat terdahulu.

Kita rasa seakan sendirian. Tiada siapa mahu mendengar cerita kita. Kita rasa tiada bantuan. Tiada siapa mahu menghulurkan tangan. Lebih buruk lagi, sehingga satu tahap, kekecewaan kita sampai kepada kehilangan kepercayaan kepada Allah SWT. Kita kata…

Allah sudah tinggalkan kita.

ya Allah.. Mengapa begini..

mungkin kerana Lagu yang berkumandang.

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you..

"Athirah, awak kena bersangka baik"


Ya, bersangka baik dengan Allah yang mengatur segala-galanya. Tahukah kita bahawa, apa sahaja yang Allah aturkan dalam kehidupan kita, adalah baik untuk kita?

saya perlu Lihat semula hubungan saya denganNya
:(

Saya rindukan sahabat . Saya perlukannya.
Tak tahu siapa
Tenanglah tenang!~
Manusia Biasa yang punya Rasa
12.01 Am

No comments: