Hidayah

Dah rasa macam saya update diary pulak kat blog ni.. Yela mana taknye.. hari2 macam bagi laporan pulak.
Apa yang jadi, apa yang saya rasa. Tapi saya rasa tak pe kowt. Ni space saya..Berjuta-juta orang yang ada blog pun mungkin melakukan perkara yang sama..
Blog saya kan. Hehe.. saya suka nak share tentang apa yang saya baca harini.. apa yang saya Nampak juga sebenarnya.
 
Rentetan peristiwa begini, saya baca dulu, baru perkara tu terjadi.
 
Mula-mula di pejabat tadi, saya dapat E-mel berkenaan salah seorang Guitarist dari band SO7 . I’m sure everyone of you heard about it.
Personaly, saya tak kenal beliau ni. Maksud saya, saya tak tahu pun dia wujud dalam band tu, sebab yang saya tahu Vokalist utama saje. Tu pun, namanya saya tak tahu. Haha sorry la. Dengar lagu je..
 
Emel tu tentang perubahan Sakti..
Sakti tu nama beliau..
Perbualan wartawan bertanyakan Perubahan mendadak beliau
 
“Saya tidak mahu menyesal di akhirat kelak dan tidak terbayang panas api di sana,”
Dia membaca sebuah buku yang berjudul “menjemput sakaratul maut bersama rasulullah” buku ni dia baca semasa dilapangan terbang Yogjakarta.
“Saya bayangkan kalau kapal terbang saya terhempas dan saya mati, apa bekalan yang saya ada? Saya tiada apa-apa.
Tapi saya percaya mati tetap akan datang kepada saya pada bila-bila masa”
 
Dan beliau menyatakan yang dia tidak menyesal melepaskan kemewahan, kemasyuran di zaman kegemilangan band itu. Dia kini kerap menangis mengenang dosa silam. Usai rasmi keluar dari SO7, anak kedua daripada tiga beradik ini berangkat ke Pakistan (menuntut di sebuah masjid di Rewin) dalam usahanya mendasari semula asas seorang Islam sejati selama dua bulan sebelum kembali ke Indonesia dan menimba ilmu daripada para ulama di negara sendiri. “Di Pakistan saya diajar menyayangi agama Islam sebagai sebuah agama yang indah.”
 
sebaik mendapat hidayah dan memahami disiplin kehidupan yang telah ditentukan Tuhan, dia cukup takut untuk meninggalkan solat. Apa lagi saat mengenangkan kalau tiba-tiba dirinya dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan.

Tambah beliau, “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya. “Apa yang saya bimbangkan kini jika Tuhan menterbalikkan hati saya seperti dahulu. Nauzubillah, kerana saya mahu terus berada dalam hidayahnya sehingga saya mati.”

Itu semua antara bait-bait dialog beliau dengan wartawan.
 
Yang saya ingin tekankan disini ialah.
Hidayah boleh datang dalam pelbagai cara. Pada sesiapa yang Allah kehendaki.
 
Bahasa yang digunakan cukup indah seumpama HAMKA. Teringat semalam semasa dalam perjalana balik ke rumah, di IKIM, ustz Zahazan ada menyatakan, orang berilmu ni, akan berkata2 menggunakan bahasa yang indah.
 
  •       dijemput ‘pergi’ tanpa sempat ‘bermanja’ dengan Tuhan
  •        “Nikmat punya agama seindah Islam memberi efek luar biasa dalam hati saya”
 
Benarlah kata cerdik pandai, Siapa kita 5 tahun akan datang ditentukan dengan siapa kita bergaul, dan apa bahan bacaan kita.
Oleh itu, amat penting untuk kita semua memilih bacaan yang elok-elok sahaja. Ketahuilah.. semua yang kita lakukan ini dikira oleh Allah.
 
 
Rasa kecil/rendah diri bila baca Article perubahan Sakti ini yang mendapat Hidayah  dan kita yang sudah berdekad2 tahu Islam tapi belum dapat mengamalkan sepenuhnya. Malu!

No comments: