Siaran Tergendala


Kehidupan manusia dan saya memang saling berkaitan.
Sebab apa?
Sebab saya masih seorang manusia..

Sayangnya, saya sahaja atau segelintir manusia yang rasa begitu.
Sibesar : Kenapa dia nampak lain je sejak kebelakangan ni?

Sikecil : Buat apa nak tahu, bukan masalah kita pun.

Pernah dengar ayat sedemikian? 
Dimerata-rata bukan? Bahkan ayat standard.

Kita ni Pentingkan diri. Kita disini bermaksud saya secara khusus.

Diam.
Manusia itu lebih gemar menghabiskan masa melihat dunia yang entah bagaimana terlampau pantas pergerakannya. Membisu tanpa bahasa sambil melihatkan orang melaungkan rasa gembira ataupun semangat yang dia sendiri tidak mengerti. Ah, barangkali emosi bukan alat untuk kamu mengukur siapa yang lebih layak untuk menyatakan Perasaan. Bukan Seperti saya.

Entah apa yang berlaku pada dunia sekarang ini agaknya. Kejadian buruk orang lain jadi bahan lawak mereka.
kamu perlekehkan orang.
Bahagia eh buat begitu?

Perbualan Dengan Adik & Kakak
Adik : Assalamualaikum, Kakak.
Kakak : Waalaikumusalam, Adik. Ye ada apa Telefon?
Adik : Saja nak bagi Bunyi HP kakak yang tak berbunyi tu..
Kakak : Memang la tak berbunyi kerana HP berada didalam mode "Silent". Malas nak buat pencemaran Bunyi walaupun Bunyi "kringg".
Adik : Ah, kalah lagi.

*Ketawa

Sekurang-kurangnya bahagia itu bukan satu benda ghaib yang mustahil untuk dikecapi.
Tidak, itu rahsia hati.
Saya kena cari.
Mungkin perlu digali.
Sendiri.
Siaran disini mungkin tergendala buat satu ketika kerana saya ingin mengkoreksi diri.

Kalau ditanya, Bilakan waktu manusia banyak melakukan kesalahan dan kesilapan

Nescaya jawapnya , Ketika muda
Saya muda. Jadi saya banyak buat silap.
Menyedari hakikat


Kadang-kadang saya rasa, saya diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Betul. Sama seperti apa yang Penulis kegemaran saya katakan. Saya pun merasakan begitu.
Sampai saya Takut.


Keputusan

Beberapa hari lagi Maulidur Rasul SAW. Oh, saban tahun kita melaluinya bukan? 

Mahu mengutip sisa-sisa Motivasi dari Baginda. Umatnya ini yang sering 
Leka.
Alpa


Kita menulis untuk kepuasan. Dapat kepuasan menulis,
baca balasan orang, dapat lihat semula apa yang kita tulis, 
Itu yang lebih bermakna.

Kata Orang : Ath, ayat-ayat kamu semakin berbisa. Pedas.. Mana perginya kata-kata "nice to hear" dulu?

Ath kata :"nice to hear" tu mereka ingat saya sedang buat jenaka yang langsung tidak menggelikan hati, jadi saya masukkan campuran Sos cili yang sedap Bukan untuk mencederakan hati dan jiwa sesiapa. Tapi untuk penambah rasa.

baru Kick =)

Kenalan : Selalu nampak kamu Online. Selalu chat ye?
Ath : Eh, kebanyakan masa saya "Diatas talian".. yang berbual dengan saya boleh dikira dengan jari sebelah tangan. Ye Jari.. Sedikit bukan?  Jari manusia ada 10 secara normalnya. Secara Totol nilainya Nil jike dibundarkan

Kenalan : Habis kamu buat apa?
Ath : (senyum) Tengok Drama Korea. Berangan-rangan.
Kenalan : Biar betul ?
Ath : (Ketawa ) Tak lah, saya Menulis. Saya Membaca. Saya Dengar Lagu pilihan ^_^ dan kamu tidak mahu berbual dengan saya.  Bukankah begitu?

No comments: