Sekadar Menulis

 Sabtu
Sebelum nak Share macam-macam, Tangan ku sakit kerana terjatuh semasa Training. Urat lari agaknya. Dasyat betul game pagi tu, Banyak insiden jatuh. ada yang terduduk la, terSungkur la, tolak-tolak tu dah biasa sangat
Pagi-pagi dah memandu dengan tenang ke Universiti Malaya untuk training Bola Jaring.Semangat la sangat kan. Jadual Hari sabtu yang Padat dan Sehat sangat disukai.
Training Tadi semakin serius nampaknya. Kami dibahagikan kepada 2 group which is Business Unit & Non Business Unit. So aku di Group yang Bukan Business . Kagum dengan kegigihan kakak-kakak berpengalaman, train kami yang serba lemah ni. Sangat  Berhemah dan Lembut cara diorang. Kak Suraya & Kak Yuni Azwa. Cantik dan Bijak. Kagum. Sampaikan kita rasa segan jika tersalah step. Harapan yang diletakkan untuk mewakili HQ dalam perlawanan Bola jaring awal June ni tidak akan disia-siakan. 
"Kita main for Fun. Siapa tak nak menang kalau bertanding kan"
Sebaris ayat tu lekat di Minda ni. Semangat macamni yang kita nak sebenarnya. Jangan di sempitkan dengan Keinginan yang satu iaitu "Menang".
In Game, anything could happen. Some will Win, Some will Lose, How you take it into Yourself and the rest of your team actually what most important ..
Tengah Hari, Pecut dari UM ke Menara Tabung Haji untuk seminar Perubatan Islam. Penceramah Ustaz Sharhan. Wan Soraya semangat Betul. Admire!
Seminar yang bagus. dan sesi berikutnya, kalau ada peluang dan diizinkan Allah, nak pegi lagi, kali ni nak pegi ramai-ramai. Baru best. Banyak info & Pengalaman yang dikongsi..
Ahad
Dah Hampir Lupa Janji temu dengan Schoolmate , Letih betul Bangun pun lambat kerana Abah dan Ibu pegi ke Penang.
Rush ke KTM kepong untuk ke Mid Valley. Nik dah Book Ticket Nur Kasih Pukul 1:25pm. Bersungguh betul nak aturkan perjumpaan ni. Dia la paling lame tak jumpa. As expecting Makin kurus. Tak Faham betul. dia ni kerja apa? Buruh kasar ke? haha Alasan dia, Banya Fieldwork sebab tu kurus. Overall cerita Nur Kasih Best.. Memang ada air mata yang tumpah laa. Tapi Ending kelam kabut. Macam Nak cepat bagi tahu end story, Encik Director & Penerbit sepatutnya boleh buat Part 2. Tapi bila semua watak dah Tua and ada yang dimatikan. It Shows ..
End
Kalaulah ada mesin masa dalam kehidupan nyata ini, pastinya manusia akan gunakan sehingga melebihi had sama seperti sesetengah daripada kita menggunakan FB. Kita akan dengan tidak sabar (serta tamak) mahu melihat apa akan terjadi pada masa akan datang ataupun kembali ke zaman silam semata-mata untuk mendapatkan kembali apa yang kita sudah terlepas dari genggaman.
Manusia lebih cenderung mencintai , mengasihi manusia yang kurang menyukai mereka, dibandingkan dengan manusia lain yang memuja dan mendambakan mereka lebih daripada dibayangkan.
Eh betul ke?

Sometimes, but in many cases..

Setiap daripada manusia yang melalui kekecewaan dan mainan perasaan pastilah pernah terlintas mahu memutarkan masa dan kembali kepada saat mereka memulakan sesuatu yang indah tetapi berakhir dengan kisah duka yang lebih mengundang air mata dan kata-kata kesat semata. Oh they do said...

Kita di sebelah tembok yang menahan kesakitan bagaikan ditembak.
Kita di bahagian yang menadah diri dengan tikaman bertubi kenyataan kejam.
Itu kalau kita di situ.
 
Kadangkala kita tak menyedari betapa kita perlukan manusia itu sehinggalah kita nampak dia bersama dengan orang lain dan hati kita berdetak tidak senang
Never explain yourself because your friends don't need it and your enemies won't believe it...
Jadi BAGAIMANA??
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu Kasih sayang sesama kami

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.

No comments: