sesuatu yang serius

Tiba-tiba seperti sesuatu yang serius
Untung bila ada tempat kita boleh meluah rasa/masalah.. bercerita bergurau. Paling best Mengusik..
Dalam kes pagi tadi, kawan kat tingkat 3 yang khbarnya bakal di tukarkan ke Menara Wakaf Bank Islam KL, dengan sedaya upaya kami memberi cadangan supaya dia memohon ke Department lain.
.
Demi melihat kesungguhan kak Shima & Kak Shu memberi cadangan ingin menolong Eida, rasa terharu pulak.. walhal bukan diri aku pun terlibat.
Sebagai kawan yang dah kenal hati budi.. ehem “confidence… yup, they ‘ve been kind, Nice, sweet to me.. jadi statement “Kenal Hati Budi” tu rasa nya tak keterlaluan..
Kak Shu : asik dia je kat depan tu, nasib muka sentiasa manis
Sambil Eida senyum semanis-manisnyaa.. aku yang tengok rasa nak gelak. Kelakar betul la.
Eida Nampak ragu-ragu.. Hesitate.. nak membuat permohonan jawatan lain di department lain.
Aku mencelah lepas kak Shima kata, di Commercial ada kosong..
Ath : Eida try la, nasib org tengan further study skg, kalau tak dah lame apply. Department org ni kecik & mudah, ada masa untuk study sikit2.. Lepas dpt Degree nnt insyaAllah akan bertukar. Tapi saya sayang Bank Islam
Kak Shu : A’ah Eida, awak tulis emel kat Bos.susun ayat cantik2..
Ath : Better try then never
Kak Shu : Betul Tu..
Haha kak Shu sempat lagi mengiyakan ayat aku..
Yang Aku
Ada Diploma Business Administration
Berada di Bank Islam, Post admin je. Tapi Alhamdulillah Bahagia macam Manager. Fuyoo Over giler statement.
 
Athirah yang sebenarnya, mula belajar berkata cukup. Berjaga-jaga dalam tutur kata. Biar kita terluka.. asal jangan lupa siapa kita.
Athirah gembira bila mereka ada dan hadiahkan senyuman takkala hati cenderung untuk berduka. Hati jangan leka.. kerana masa tidak menunggu kita.
Apa yang ada, dikongsi bersama, biarpun masa merubah segalanya, asal kita melangkah bersama. Kalau orang sentiasa mencari lebih dan lebih.. tak pernah cukup siapa, apa yang dipilih waktu pertama kali dahulu, usah dirintih. Nanti kau juga letih.
Buat Athirah, Be good. Jaga Hati, Jaga diri.. yang terbaik sentiasa diberi. Jika Satu hari nanti, semua orang berpaling pada kamu, Ingatlah.. DIA yang sentiasa ada bersama. Illah kita.Andai hati rasa tiada siapa mengingati, INGAT DIA sentiasa memerhati..
Setiap langkah yang diambil, setiap nafas yang dihela. Allah bersama kita.
Betul, dengan mengingati Dia, hati sedikit terisi.. Hilang segala kegusaran..soal jodoh, Rezeki, dan apa yang akan terjadi… KERANA kita belum mengetahui perancangan Nya buat kita Hambanya.
Teringat kisah semut dan Nabi Sulaiman..
Untungnya ada kakak2..yang boleh dijadikan rujukan.
Teringat satu ketika dulu, selalu kata, Kalau nak adik boleh cakap kat ibu nak adik lagi, tp kakak mane nak cari. Selalu juga complain, kan best kalau ada abang/kakak yang boleh dirujuk, tumpang bermanja ksh syg etc etc…huhu.. Alhamdulillah Allah beri dua orang.
 

Masih punya waktu?
Masih punya kesempatan?
Masih punya ruang dan masa?
 Sebelum solat Asar singgah di tempat Eida, demi mendengar yang mulai Isnin dia akan bertukar ke Menara Wakaf BIMB... sebolehnye ingin menyembunyikan rasa pahit di kerongkong.


Solat Asar : 
Eida : Jaga diri baik-baik ye...Tak dapat meneruskan kata-kata. hanya menelan air liur dan berlalu pergi. Demi melihat Kak shima yang sangat sedih sehingga tidak mampu mengangkat wajah melihat aku 


Ath : Kak shima, akak Ok??
Kak Shima : (Angguk)...
Ath : Ya Allah, sedihnya kak Shima...Akak Sy naik dulu..


Rasanya kak Shima tak dengar ayat terakhir itu.


Memandu pulang : Mengimbas Detik-detik perkenalan yang awkward..


Selalu nampak kakak serius kat depan Kaunter Branch tu, muka dia seriusnye. semasa training Hijrah To Excel, satu group dengan Eida ni, tapi langsung tak tegur, maklum la dia sibuk dengan Handphone buat report :D... satu hari cuba beranikan diri salam ,tanya nama.. pastu next day balik Office, nampak dia selalu dengan Kak Shu. Bila tegur Kak Shu dia sekadar senyum ala kadar je.


Ok Fine..


One day, Kak Eida ni call Ext Office:
Eida : assalamualaikum, ni athirah ke?
Ath : ye, siapa ye?.. ni Eida kat Tingkt 3...(Blur) macam la ada seorang dua je kat tingkat 3 tuh.
Eida : Busy ke?
Ath : Biasa je, ada apa2 yang boleh saya tolong *grin
Eida : ada kerja kosong x?
Ath : ermm ada, tp bos kata x perlu lagi. Awat?
Eida : kalau ada kosong ingat nak apply.
Ath : ouh , xpe nnt sy try tanye department sebelah..tapi tu la kena go thru "Haji"
Eida : siapa haji?
Ath : Alaa yang pakai "serban" kt Finance ni
Eida : (gelak...)...


dari saat itu, kami selalu berhubung..Ber email.
Selalu je senyum-senyum lepas tu..


Bila dah rapat camni, semua khabar angin yang mengatakan ada department akan berpindah, setengah tinggal... Eida yang terpaksa pergi.


Bagaimana Nanti??

siapa yang nak melayan Email2 merepek Ath?
Siapa nak gelak bila Ath buat lawak
siapa nak duduk sebelah tingkap waktu naik bus sama2?
Kesan Besar...

Kak Shima is getting closer to u.. she always look up to u..dia senang dengan Eida bcoz , u such a soft, kind hearted. dia suka bersama anda . Bagaimana hari-hari beliau tanpa anda. emm itu akan menganggu beliau dan kami. Oh sedihnye.

we do love u..

This is For You
This isn't goodbye, even as I watch you leave, this isn't goodbye
I swear I won't cry, even as tears fill my eyes, I swear I won't cry

Any other girl, I'd let you walk away
Any other girl, I'm sure I'd be ok 
 
But Not You or even any other girls in Our Gang :)
i'll Smile when you're around
And i shall cry when you're apart

Don't go far off, not even for a day...
 
........untuk kali ini, ini sahaja.. till next time.. Don't GO

P/S : Nazira juga bakal meninggalkan kita, tapi kita tahu tempoh atau baki masa yang ada. unlike YOU.... belum lagi sahabat-sahabat yang lain... semua yang dah rapat ni. sikit sebanyak akan terkesan..

Don't Give UP.. try try try
 

INHALE love

Alhamdulillah

"Cinta wujud dalam keadaan cukup berputar belit, penuh muslihat. Kadangkala kita rasa kita dilamun cinta, sedangkan hakikat sebenar kita hanya kawan. Tetapi, kadangkala bila kita berpegang teguh dengan istilah kawan dan persahabatan, tanpa kita sedar, kita sudah jatuh cinta"

Cinta pada kawan , pada keluarga, pada diri sendiri... ya, kita tak sedar. Tapi dapat rasa.

Macamana nak tulis satu satu, susun ayat cantik-cantik untuk gambarkan semua. SEMUA...
Allah Help.

Buntu..
kepala dipangku tangan

Esok sahaja sambung mencari idea ketika menghirup Neslo di ruang pejabat. Harap kerja tak sarat.


Ath : Dekat tapi jauh.. Rindu rasa yang pernah bermukim iaitu RINDU. rindu pada kamu.
INHALE love, EXHALE hate 
 
 

Mendekat

Malam ni sambil hirup Nescafe panas, rasa nak bersembang-sembang dengan Hati.

Bila sedang melihat-lihat dan membaca di atas talian, terbaca serangkap kata-kata Imam ni.

Kata Imam As-syafie.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

Rasa nak bercakap-cakap dalam Doa.
Buat Bonda dan Ayahanda

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
Hanya Engkau berhak membalas setiap kejahatan dengan Kebaikan berlipat kali ganda.

Aku yang sentiasa alpa..
Wahai Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara
Ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa
kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam
Usir dan buanglah segala kegelisihan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu
Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas.

Allah,Yang Maha Pengasih,
Engkau bukan hanya pengasih,
tapi kami tahu Engkau juga sangat mudah
merasa kasihan kepada kami
yang kurang mampu tapi tetap berusaha,
yang tertindas tapi tetap berlaku adil,
yang terperdaya tapi tetap berlaku jujur,
dan yang hampir putus harapan
tapi tetap memelihara iman.
Allah Yang Maha Penyayang,
Selamatkanlah kami, damaikanlah hati kami,
dan sejahterakanlah hidup kami.



Hati sayu, hampir layu... macam tak mampu.

Allah Bantulah hambamu yang merayu

isn't a choice

The way I'm feeling

It's quite hard to describe

In this unbearable life

Too many twisted emotions

Wish there was something I could holding to

To completely erase all these thoughts

This isn’t a choice, 

Nor is it a life style….

More like something forced.

I can't stand looking in your eyes

Only to see all of my fears

How can you believe the smile on my face

When you can clearly see the pain in my eyes

Take a step back and look deeper

 the reason why I almost cry is just to see you Smile.

Wording diatas tiada kaitan dengan kata-kata dibawah...

            Ya Allah, Bantu aku




Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.

Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan.
Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah.

Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang.
Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh.

Dalam hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, tetapi berapa bermaknakah hidup kita.

Kalau hidup kita panjang tetapi tidak bahagia, pastinya tidak ada sesuatu pun yang mahu dikenangkan.

Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah.
Itu bukanlah Tujuan. Kembali kepada Illah.. hati dari rawan kembali tenang.

Hidup kan ada sentiasa naik turun.
Macam pasaran saham.
Macam roda.
Macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya.
Dan juga mungkin berat badan.

Sentiasa ada perumpamaan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Apa salahnya kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?


Setiap permainan ada waktu yang terhad.

Begitu jugalah  kehidupan kita. Cuma, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama. 

Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.

Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.

Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.

Itulah dia makhluk bernama SERIUS.

Rujukan : Buku Sinergi

Dahan bergantung : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

demi senyuman itu

Being hurt is not really fun when U actually never hurt others. Let other parties win easily for the sake of other half happiness is only see by me .

Aku Senyum Tawar...
I adore u. Pls Don't Go..
 
Semuanya demi senyuman itu.

Keep on Smiling. I wanna see truly



P/S : Thank You for all the wish & Du'a. Present & Support. Appreciate it. May Allah Reward You

Ath : Sejak akhir-akhir ini, hilang perkataan. Taip dan Delete. Itu je yang mampu. Aghhh Something wrong in me but in another way around. I see people truly . Disebalik setiap senyuman, Disebalik setiap gerakan. Allah yang menentukan.

Bagi setiap keindahan, pasti akan ada mata yang memandang. Bagi setiap kebenaran, pasti akan ada telinga yang mendengar
Mereka ada pesonanya.

oh , Immature people usually wanna do the right things but never show em ..which is suit me.. Hahaha ^.^

Nota Kaki :

Gugup bila Si Dia tanya. Bila nak Kahwin. Hati kata Tahun Depan Hujung Tahun InsyaAllah. Mulut diam kelu seribu bahasa.