The way I'm feeling
It's quite hard to describe
It's quite hard to describe
In this unbearable life
Too many twisted emotions
Wish there was something I could holding to
To completely erase all these thoughts
This isn’t a choice,
Nor is it a life style….
More like something forced.
I can't stand looking in your eyes
Only to see all of my fears
How can you believe the smile on my face
When you can clearly see the pain in my eyes
Take a step back and look deeper
the reason why I almost cry is just to see you Smile.
I can't stand looking in your eyes
Only to see all of my fears
How can you believe the smile on my face
When you can clearly see the pain in my eyes
Take a step back and look deeper
the reason why I almost cry is just to see you Smile.
Wording diatas tiada kaitan dengan kata-kata dibawah...
Ya Allah, Bantu aku
Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda.
Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan.
Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah.
Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang.
Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh.
Dalam hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, tetapi berapa bermaknakah hidup kita.
Kalau hidup kita panjang tetapi tidak bahagia, pastinya tidak ada sesuatu pun yang mahu dikenangkan.
Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah.
Itu bukanlah Tujuan. Kembali kepada Illah.. hati dari rawan kembali tenang.
Hidup kan ada sentiasa naik turun.
Macam pasaran saham.
Macam roda.
Macam harga minyak, harga ayam, harga sayuran dan sebagainya.
Dan juga mungkin berat badan.
Sentiasa ada perumpamaan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan segala masalah. Apa salahnya kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?
Setiap permainan ada waktu yang terhad.
Begitu jugalah kehidupan kita. Cuma, kalau bermain bola kita tahu bahawa kita ada 90 minit, ditambah dengan beberapa minit waktu kecederaan. Tetapi tidak untuk kehidupan, kita tidak tahu bila waktu kita akan berakhir.
Namun asasnya tetap sama.
Permainan punya waktu, kehidupan punya waktu. Pemain-pemain yang tidak berjaya menggunakan waktunya di dalam permainan pada tahap yang terbaik, maka dia akan kerugian.
Begitulah kehidupan. Kehidupan jadi tidak bermakna sekiranya waktu di dalam kehidupan terbazir begitu sahaja. Tidak bermakna, tidak punya harga. Kerana ia dikorbankan ke arah yang bukan menghala ke matlamat yang hendak dicapainya.
Di situlah kehidupannya menjadi tidak bernilai. Hal ini kerana, waktu adalah terhad.
Terbazir, ia tidak akan datang semula walau dibayar dengan harga tingginya 8 petala.
Pengkualitian waktu ini, hanya akan terwujud apabila pada kita ada satu perkara.
Itulah dia makhluk bernama SERIUS.
Rujukan : Buku Sinergi
Dahan bergantung : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
No comments:
Post a Comment