entah apa-apa..

Kehidupan terlampau singkat. Menitinya tanpa henti dengan menerima dan memberi kasih sayang, membuang segala kemarahan, menghadapi segala ketakutan dan menghargai segala kenangan indah - menjadikan dia lebih manusia yang amat memerlukan Tuhan (Allah)

Aku

Tidak perlu menjadi kedua terbaik dalam hidup sesiapa sedangkan kau layak untuk menjadi yang pertama bagi hidup seseorang yang layak. Ketahui tahap dan taraf diri sendiri sebelum kau korbankan sesuatu yang pastinya tiada galang ganti.

Ditinggalkan atau meninggalkan..

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian 

....ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.



Sedang memandu...

Kenapa lagu yang diputarkan di radio selalu ada kena mengena dengan mainan perasaan tidak selesa yang sedang dihadapi? Baiklah, itu kebetulan sebenarnya. Kebetulan, tapi selepas itu semua lagu mendayu-dayu, puitis dan entah apa-apa lagi. 

Mata tiba-tiba nak panas. Boleh? 

Ketawa. Aneh-aneh perasaan sekarang ini.

Kadangkala, kita tetap perlu bercakap dengan orang. seseorang

Terima Kasih Semua

 

No comments: