DIA atau dia

Ya..
Allah menghantar dia yang kamu sayang itu untuk menguji kamu; 
adakah kamu semakin sayang dia atau DIA
kamu semakin rindu dia atau DIA
Putus cinta bermaksud -Allah memutuskan kasih antara kamu dan dia supaya kamu dapat bercinta dengan DIA pula;
then, kamu dapat merasakan kasih sayang yang terbaik buat diri kamu
Trust Him as He knows the best for us

Hadapi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. 

Cerialah diri. 
Suka duka, 
sedih gembira bagaikan silih berganti.

Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

Yang Lepas biarkan berlalu.
Siapa kita untuk mempersoalkan segala yang terjadi.

Allah maha Adil. 

Semoga segala rasa pahit, sakit ini Allah kira sebagai Penghapus dosa yang lalu.. dan terima segala amalan.

Aku belajar sesuatu dari apa yang terjadi..

Perkara yang paling dirasai ialah sesuatu yang tak boleh diunggkap.. sehingga kelu, hilang kata untuk menggambarkan rasa yang ditanggung.

Janji ku tidak akan berpatah balik dan mengenangkan dia yang telah melukai hati suci ini..


Allah menguji kerana Dia tahu kemampuan menghadapinya. Bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan pernah mengecewakan.

Tulus

Sekian lama hati ini sunyi
Sekian lama hati ini ku jaga
Serapi-rapinya daripada cinta sang manusia
Namun akhirnya aku akur juga
Pada fitrah dunia



Bercucuran mengalir air mata cinta
Cinta yang mungkin menempa murka
Daripada Yang Maha Esa
 
Ya Allah, aku tidak pinta
Sungguh aku tidak sengaja
Selain daripada mendambakan cinta-Mu ya Allah
Hanya cinta-Mu yang aku damba
Hanya cinta-Mu yang ingin aku saratkan ke dalam jiwa

Tidak mahuku terus memikir
Pada cinta yang tidak pasti kesudahannya
Pada cinta manusia yang mengundang kecewa
Hanya dengan cinta-Mu yang memberiku bahagia


Namun getaran ini tetap terdetik
Kerana-Mu jugalah kami bertemu
Walau hanya sebentar cuma

Hanya bicara kata harapan bersama
Bagi menyemarakkan bicara kata daripada-Mu ya Allah
Ya Allah, ku pinta jawapan-Mu dalam isthikarah cintaku
Untuk aku teruskan atau mengundur diri
Teruskan cintaku padanya
Jika dia yang Kau telah direncanakan untukku
Jika dia juga mencari cinta-Mu dalam dirinya
Perkukuhkanlah hati kami.

Sad to be true..

Wahai dikau
Akanku diamkan bibir ini tanpa kata
Biarkan hanya hati berbicara
Walau batin terseksa
Walau jiwaku lara
Kerana ini lebih baik bagiku
Sebagai bukti cinta dan kesetiaanku padamu
Kerana tidakku mahu rosakkan pemikiranmu
Tidakku mahu rosakkan keadaan sibukmu
Agar aku menjaga kesucian hatiku untuk Nya
Agar aku menjaga kemuliaan
Daripada hubungan kabur ini

Wahai dikau
Akanku jaga hati ini untuk kau miliki
Andai jika kaulah istikharah cintaku
Akanku usaha agar hati ini tidak lara
Dan terus mendambakan cinta-Nya sebelum cintamu
Akanku usaha menjadi wanita solehah untuk kau tatapi
Sepenuh hati
Untuk kau hargai setulus hati
Walau wajah tak seindah bunga
Walau akhlak tidak sempurna kemuliaanya

Wahai dikau
Akanku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Setelah kita bersama Dengan lafaz ijab kabulmu

Temukan dia ya Allah dalam isthikarah cintaku


Nota Kaki
1) Umrah 2012... InsyaAllah..
2) Umrah 2012... InsyaAllah..
3) Umrah 2012... InsyaAllah..
 

Surat Cinta Untuk Hati

Surat ini kutujukan untuk hatiku yang petama kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hati yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. 

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Dikeheningan malam itu, hatiku tidak berhenti memohon, 

"Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terjadi. Engkau jualah yang memberi sinar hidayah kepada hamba-hamba yang Engkau kehendaki. Aku mohon ya Allah, pancarkanlah sinar itu kepada diriku. Agar aku terus istiqamah dalam agama-Mu."

Hatiku terus merintih..

coretan lamunan

 
Ya Rahman, Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg lembut..
Posting pertama sejak sebulan Ramadhan dan Syawal
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak kukenali.

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.
Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. 
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.


Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Nota Kaki :
1) Berdepan dengan Realiti ..apa yang pasti??
2) Menjadi Wanita kepada Lelaki Pertama
3) ..Doa!