Serahkan Semua

Allah is so amazing. He forgives us so much and gives us so much.
Have u Realize? Yup kita sedar tapi kadang-kadang lupa. Banyak lupa la senang cerita.
Ikutkan Allah lagi banyak terasa dengan kita. Kita ni hamba dia. Dia ciptakan kita dengan sempurna. Bagi segala yang kita perlukan dan sesuka hati je kita lupakan Dia.

Cuba bayangkan Kekasih kita buat macamtu kat kita?
Sakitnya hati. Sedih. Geram semua ada. Tapi DIA.. tetap bersama hambanya sentiasa. Allah tak berkira langsung.  Syaratnya , Bertaubat selepas melakukan dosa dan Janji jangan buat lagi.

Dari semalam,
Sampai petang tadi..

Alhamdulillah Semua berjalan dengan lancar. Allah mudahkan segala Urusan.

Staring at one Guy at Platform 3 KTM Klsentral.  Dia sedang leka dengan HP.. BerSMS barangkali. Dari luaran nampak seperti sudah berkahwin.  Tiba-tiba dia tersenyum sendirian lalu HP nya dimasukan kedalam Poket.

Sedar : Allah yang mengirimkan perasaan2 halus meresap kedalam jiwa Manusia. Sekejap kita akan sedih/ down/ Confuse/ depressed atas sesuatu perkara.. dan tiba-tiba kita boleh gembira/tersenyum/ketawa/ Bahagia/ Ceria/ oleh kerana perkara-perkara kecil terjadi depan mata kita.

Siapa kita nak lawan kehendakNYA? Kita berusaha sehabis baik. Tu je.

Berbicara la dengan Allah.
|Allah heard you; just be patient |
Ya Allâh,

I told you: I'm in pain...
You said: ..'Do not despair of the mercy of Allâh
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,Sana...Syurga InsyaALLAH
Facebook is asking, "What’s on your mind?" but I think "Who’s on your mind?" is a better question..
Kamu semua yang Hadir dalam diri manusia ini amat penting.
*Zarith akan menjadi isteri orang tak lama lagi. Comel btul dia. Very kind
*Anyra akan menjadi seorang Ibu . Counting 
*Kak Shima akan memiliki rumah idaman
*Shazmin, Shira,Shiro,Sayla,Farah,farhana,Eida, Kak Su, Mus, Zulaiha..& Semua.. walau tak bersua. tapi tetap bermakna.
Nota Kaki
-Kirim Doa ke Baitullah..

a little

I miss you a little. A little too much, a little too often, and a little more each day.
I'm Over You
.
Untuk mereka yang pernah wujud dalam hidup aku dan pernah  menyakitkan diri ini seperti yang kamu semua tahu, aku cuma mampu mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana membuatkan aku menjadi manusia yang sanggup buat apa sahaja demi senyuman dan kepuasan diri sendiri. Terima kasih kerana menjadikan aku manusia yang berfikiran jauh dan mengambil berat akan diri sendiri. Terima kasih kerana membuatkan aku tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi yang terbaik di atas dunia ini. Terima kasih atas segalanya.
Sudah-sudah la tu. Ayat yang dilemparkan kepada diri sendiri setiap kali lepas solat.

Hairan. Bagaimana hati boleh sangat tenang dan mampu tersenyum sendirian apabila memandu pulang dari kelas tengahari tadi.
Banyak perkara yang disimpan untuk koleksi peribadi diri sendiri. Antara aku dan Mr A.

Ye, dia pengecut. Sekarang aku mula terfikir bagaimana boleh seorang pengecut mempertahankan negara. Alamak, negara kita selamat ke? hahaha

Thanks to Liyana atas perkongsian cerita menakjubkan dalam kelas Dr Ashikin  :)

Liyana : Jangan ingat awak single sekarang awak selamat
Ath : Kenapa?
Liyana : hey, kan tadi kita cerita, tiba-tiba orang datang merisik. tak terkejut ke?
Ath : Your case is "kes-kes terpencil" cik yana
Liyana : haha, Your turn will come. just wait.
Ath : eee nakal nye tunang orang ni.Bye

Aku belajar.
Menghargai diri sendiri yang tidak pernah beerti kepada sesiapa.
Akur.

Mencari redha Allah lebih baik daripada redha manusia.
And YES. to Allah we must put our Trust.

Gladly to say, unsaid , undeclare GOODBYE is weird. let it be...

Some say Love is blind, but for me..its Blur..blur

Dear Allah 
Thank you for being there when nobody else was.
 Nota Kaki
1) Tahajudku, jodohku, Urusan Hidup dan Matiku..
2) Umrah 2012 Ya Allah permudahkanlah..

Gam hati

 
I have never gone AWAY FROM U. It is just that OTHER PEOPLE CAME CLOSER TO U. AND U COULDN'T SEE ME IN that CROWD
Mengubati hati sendiri sebenarnya tidak semudah yang dilihat oleh orang. Mencantum kembali kepingan yang pernah pecah, bercalar dan berderai memerlukan lebih daripada sekadar ubat dan gam untuk menguatkan ia kembali.
Have patience. All things are difficult before they become easy
Silence will save me from being wrong, but it will also deprive me of the possibility of being right.
Nota Kaki
1) Thanks to Kak Shima , selalu Sms ajak Breakfast. Just wanna see the SMILE
-kak su, eida, farah, farhana, zarith dan lain2..
Soothing :)

Standing In Rain

I know
Staying In LOVE With Someone
Even If You Know You Can't b Together In Future...
Is Like Standing In Rain...
You Know You r Are Going to Sick BUT
Still You Stand There, Because
you have been waiting the rain for so long..
Ya Allah.
Pisahkanlah kami jika ia membuatkan Kau Redha akan kehidupanku
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah... 

Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini Kembali,
pada hikmah pada setiap dugaan,

uji keimanan 
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah... 

Pimpinlah diriku,
untuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
aku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Ujian
ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji lalu kenapa aku harus tidak percaya pada janji ALLAH?
Percaya dan Yakin
Ketahuilah, walau jutaan tangan yang datang menghalang kamu dan dia untuk bersatu, akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu, pasti Allah akan satukan kamu walaupun pahit dan payah. Dan ketahuilah jua, walau berjuta tangan yang datang untuk satukan kamu dan dia, akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu, pasti kamu tidak akan bersatu, maka dengan itu perbanyakkan berdoa agar Allah memilih dia untuk kamu, dan apabila Allah sudah memilih dia untuk kamu, maka bersyukurlah dan terimalah dengan hati yang penuh dengan keikhlasan dan keredhaan, kerana dia adalah pilihan dari Allah....

Tidak Mengerti

Diam.
Dia sendiri tidak mengerti apa yang dia sedang pendam.
Dia sendiri tidak memahami apa perasaan yang cuba dipadam.
Dia sendiri tidak merasai apa yang dipanggil _______.
Dia hanya mahu segalanya tenggelam.

Perasaan itu kosong dan sepi.
Sepi bila dia sendiri tidak dapat melunaskan kehendak hati.
Pergerakan minda tidak seiring dengan kemahuan diri.
Dan dia hanya mahu berhenti.
Merenung.

Ada sesuatu yang menyebabkan dia berpaling kembali.
Meletakkan segalanya ke tempat azali.
Memulakan sesuatu yang dia sendiri tidak begitu pasti.
Bukan kerana mahu mencabar diri.
Tetapi lebih kepada cuba memahami hati sendiri.
Apakah dia sudah tidak dapat merasai sesuatu yang sangat halus dan seni?
 
Dia nampak suatu kekuatan yang buatkan dia senyum setiap hari.
Dan izinkan dia berlalu pergi.
Hilang sekali lagi

Dia enggan sakit merajai.
Dia enggan duduk diam dan biarkan diri sendiri
Sudah cukup dia makan hati.