Bila kau senyum dengan anggapan semuanya baik, maka simpanlah senyuman itu kerana dengan senyuman itu sebenarnya yang menjadikan apa yang dilalui adalah baik dan terbaik.
Selamat pagi Nur..
Kenyataannya aku masih bukan sesiapa di dalam dunia realiti ataupun maya. Menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati setiap inci kehidupan dari sudut pandangan aku yang mahukan sesuatu yang berharga setiap kali nafas dihela. Itu memang aku. Dan yang aku tahu, sejauh mana pun kesakitan datang, aku masih lagi mahu ceria. Sentiasa.
dan orang disekeliling aku juga turut gembira.
Sebentar tadi melihat satu filem di TV2 tentang apa lagi kalau bukan Cinta.
Si lelaki meninggalkan majlis selepas melihat si perempuan bergembira dengan teman2nya.
P : Kenapa kau meninggalkan majlis secara senyap. tidak memberi tahu aku?
L : Tak ada apa, saje
P : Kau cemburu aku gembira atau kau cemburu aku gembira tanpa kamu?
L : Keduanya.
Serius betul dialog tu. sehingga hafal dek otak kecik ni.
Sekali sekala tengok Hindustan memang tangkap lentok. Kena pulak time-time hujan.. sorang-sorang kat rumah. fuhh. layan.
hmm nk buat macamana sebab
Jika seseorang tidak mempunyai masalah untuk meninggalkan kamu begitu sahaja tanpa peduli dan rasa bersalah, kamu juga sepatutnya tiada masalah untuk menukar segala kata kunci dan juga mangga serta selak hati, jiwa dan perasaan kamu.
No comments:
Post a Comment