Bateri Handphone menunjukkan 4% je tenaga yang masih berbaki..
unknown Number calling, pandang sekilas je, coz dah lambat tengah siap-siap dengan baju kurung untuk kenduri sayla. Sedar tu no. area-area Gombak. so terus angkat...
Ath : Assalamualaikum
Sayla : Waalaikumussalam, awk dekat mana? tak datang ke?
Ath : (Senyum) Kejap-kejap tengah siap..jap lagi sampai. Dah habis ke? baca Yassin & Doa?
Sayla : emm dah habis, tinggal makan je
Ath : Siapa ada? siapa dah datang?
Sayla : Mana ada siapa-siapa. I tunggu u je.. (Gelak gedik)
Ath : Ok jap lagi i sampai.
Dah lama tak panggil dia gedik. dia cukup marah kalau aku panggil dia camtu. Tapi dia tahu aku gurau je.
Dah nak pergi Umrah dah kawan aku sorang ni. Perkhabaran ni dah di usulkan sejak tahun lepas.. tapi tu hanya perancangan. So aku dah sedia maklum perkara ni. Untungnya dia
Terima Text SMS dari Shiro semalam "Beb, sayla wat kenduri apa esok?"
haha mesti semua orang ingat dia nak wat kenduri Bertunang.
Semua kawan-kawan yang dijemput hanya menyepikan diri & aku pun tak boleh janji apa-apa, sebab pagi tu ada hal di putrajaya. Berjanji nanti, tak tepati orang marah pulak. so aku hanya berhubung dengan tuan rumah je. Aku janji jugak dengan diri, walau macamana pun aku mesti pergi, dah lama tak jumpa & ni majlis baik kan. Allah jua yang mempermudahkan.
Kalau nak gi buat aktiviti lain, mungkin tak la kut aku nak gi malam-malam tu. Sebab kat putrajaya pun dah penat dari awal pagi.
To make it short.. dengan baju kurung Unggu.. aku masuk ke rumah sayla beriringan dengan Shazmin.. sweet meen mengenakan baju kurung maroon and selendang coklat. Aku tolong lilit hehe.
Lepas makan & borak-borak dengan kawan sekolah sayla.. kami makan & waktu pun dah menjengah ke pukul 10. Kesian tuan rumah yela ramai tetamu.. dia entertained satu satu.. group kwan skolah dia bnyak cerita pasal kahwin, yela masing-masing dah ada steady Boifren.. mintak sayla doa kn diorang cepat-cepat kahwin.
Group kami pulak terdiri daripada Shiro, shazmin & Ath.. hanya bincang-bincang kecil-kecil.. tentang orang gi umrah..
Min nampak penat & dia tanya macam-macam tentang agama.. Alhamdulillah.
Kesian dekat dia sebab masih keliru.
Teringat ayat dia dalam kereta..
Min : tira, aku rasa aku tak belong kat dunia orang baik & orang jahat”
Nak tergelak pun ada masa dia tanya tu
Ath : eh, kenapa cakap macamtu, Allah marah tau, macam putus asa. Tahu tak, Allah sentiasa membuka pintu taubat, selagi hambaNya masih ingin kembali . Rahmat Allah tu luas min.
Aku mula ceramah dekat dia.
Min : Aku tahu.. tapi tah la..
Ath : Min, satu je.. u should start somewhere. Dari dulu aku tengok, ko cakap nak berubah, tapi ..emm “any progress” ?
aku menyoal kembali
aku lihat min hanya membatukan diri memandang kedepan…& aku menyambung kata
Ath : Min, tahu tak, masa Allah murka kat syaitan, syaitan cakap “Wahai tuhan, dengan kebesaranMu, aku mohon untuk menyesatkan manusia. Pastu Allah jawap “ dengan KebesaranKu, aku akan mengampunkan sesiapa hambaku yang ingin bertaubat.
Nampak tak? Allah maha pengampun.. min, you should start now. Please. Aku nasihat sebagai kawan yang nak tengok kawan dia di jalan Yang betul.
Min : tapi aku tak bersedia.. aku tak nak hipokrit.. nanti aku pakai pastu aku bukak..
Ath :hipokrit? Pakai tudung hipokrit? Tu kan Allah yang suruh. Ko rasa itu bukan diri kau? Abis tu siapa diri kau yang sebenarnya? Emm
Suasana diam , aku tahu aku agak menekan.. tapi ketahuilah, ini bukan yang pertama atau kedua kalinya.. ini adalah ungkapan untuk kesekian kalinya.. She is my friend.
Aku memujuk
Ath : min, aku harap sangat. Ko paksa diri kau.. lawan syaitan yang bisik perkara bukan-bukan dalam diri tu. Kita tak tahu kan umur kita. Aku ni lagi la… banyak salah. Tak sempurna. Memang tak, jangan jadikan aku contoh. Sebab aku pun tak betul tapi kita start somewhere and berusaha sikit-sikit untuk dekat kepadaNya.. InsyaAllah..
Hmm Harap kawan aku sorang tu, terbuka pintu hatinya..
Hanya tinggal kami bertiga je kat rumah sayla . Jam dah pukul 11.
Ath : huii dah pukul 11
Sayla : alaa baru pukul 11, lepak mamak pun boleh lagi ni (mengusik)
Aku tertunduk malu.. haha tahukah dia, sudah hampir setengah tahun, aku tidur awal.. lepas isyak je aku dah lepak kat bilik baca buku or online. Banyak masa dihabiskan dirumah..
Terasa diri tua pulak kadang-kadang bila jumpa sepupu & diorang ajak gi sana sini & aku tolak.. kata mereka “ alaa, orang muda, pukul 12 tu baru nak start”.. haha..
So aku ni dh dalam kategori tua la ye? Ishk ish.. bukan tak ada masa nak lepak.. ada je.. ..
Cuma entah.. tak berkesempatan. dan Aku bersyukur kesempatan yang ini.
Kami borak-borak sambil bersila dengan sayla, tanya berkenaan persediaan dia.
Aku hanya senyum ikhlas, bila dengar soalan tu dari shazmin. Dia la orang yang semangat.
Suka aku dengar setiap penyampaian sayla malam tu, dia terangkan sebagaimana sepatutnya.
Ya, kita semua dah besar dan berubah kepada lebih baik. InsyaAllah.
Ya Allah, rendahkanlah hati kami didalam keyakinan, rendahkanlah pendengaran kami semasa menerima pujian. Semoga engkau terima kami, didalam usaha kami yang sedikit ini
Persediaan Umrah
1- Banyakkan solat taubat
2- Solat qada’
3- Beristighfar
4- Bayar hutang
5- Berzikir & membaca mengenai Umrah/bertanya kepada yang arif
p/s : I pray to Allah , to be at haramain soonest possible insyaAllah.
It’s sweet when someone knows every single detail about you, not because you constantly remind them, but because they pay attention.
As for me, I pay too much attention but still, I don't exist.. HAHA ayat tacink..
As for me, I pay too much attention but still, I don't exist.. HAHA ayat tacink..
3 comments:
alah...zarith dlu ms zaman muda mudi seblum kwen mana biase kuar mlm. klu kuar pun ngn adik bradik or sepupu je...xrase tua pun....hhuhuhu. xsuke kuar mlm doesn't mean we are not cool, but it's mean, we are protected ;)
hehe.. mayb dh matang hehe.. # tira nk keluar dgn husband nnt dating :)
Post a Comment