overwhekm


Hate me for I’m just being me… and I want to have you like before..

Mungkin ini ungkapan jauh hati. Hati yang satu punya rasa yang beribu.
Sangat serabut sejak kebelakangan ini. Antara kerja dan diri sendiri. Berperang untuk menjadi OK dalam keadaan KO. Camane tu?

Sampai tertinggal purse di Meja office.

Sister..
Diri ini pernah gembira sangat ada sister yang selalu walk beside . Feeling ada someone to share.

Suara tertahan di kerongkong.


I just want the old you.
Just look at me.. not for blaming me coz I am not coming with you.
But I was stood still for you to stay here.
I swear
I like you.

Jika diri ini datang dekat pun, dia tak pernah pandang.. compared to orang lain..

I never stop to fight for..

Gembiralah wahai sister, I just don’t deserve seat next to you. Kita akan jauh…  ( silent tears )

Hidup ini penuh dengan dugaan. Tidak akan pernah sunyi dari ujian demi ujian. Tidak akan pernah diam dari menghadapi cubaan. Semuanya itu, akan tetap ada dalam kehidupan ini. Masalah yang timbul akibat banyak perkara, akibat perkara yang remeh dan masalah yang datang atau terjadi secara mendadak sangat menyesakkan jiwa.

Membuat jiwa sesak. Sangat.

Menerima dan Memperbaiki

Kadang-kadang akal tidak dapat menerima.

Dan pastinya, ALLAH Ta’ala mahu kita lebih kuat mengharungi kehidupan ini!

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 155

Antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan hilangnya orang yang disayangi.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi Muslim.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada sesuatu yang diri ini dambakan daripada kasih seorang sahabat,
Tiada sesuatu yang diri ini pintakan daripada ketulusan dan kejujuran daripada seorang sahabat,
Tiada sesuatu yang diri ini harapkan melainkan secebis perkongsian kehidupan dan kenangan bersama seorang sahabat.

Oh I just miss the old you too much..

Selasa yg biasa



Dear Blog


Minggu ni terasa pantas berlalu, mungkin kerana aku sedang menghitung hari..

Bukan hari perkahwinan atau pertungan. Belum lagi. How I wish hehe

Menghitung hari hendak pindah Office. Its gonna be hard for some people, and ease for the other. Lumrah la tu. Hukum alam, bila kita dah sayang sesuatu tempat tu, kita terpaksa tinggalkan nya.

Semalam isnin, tak ada la sibuk mana, sebab kerja minggu lepas dah di siapkan. Lagipun semalam bos kecik half day. Dan harini dia cuti. Al-maklum la nak siapkan majlis bahagia dia. InsyaAllah semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ameen.

Pagi ni dapat SMS dari Boss, dia ada meeting di Am bank dan akan masuk lewat sikit dalam pukul 10 katanya. Cam tak pecaya je, memang betul, tepat jam monitor PC ni pukul 10 dia masuk. Serius! Huhuhu ker boss dah siap2 tunggu kat luar ni. Aishh. Musykil sebentar aku dibuatnya.

Hmm harini 1 rejab. Semangat betul bangun sahur tadi. Habis semua orang aku kejut bangun. Pukul 4 pagi hidupkan api goreng keropok lekor dan bancuh air milo.

Macam tak percaya je dengan diri sendiri  bila pikir balik dalam KTM tadi rasa nak tergelak. Hehe.. Alhamdulillah Preparation Ramadhan. Lagi 2 bulan ja. Allahumma barikhlana fi rejab, Allahumma balighna fi ramadhan.

Majalah Al-ustaz menemani pagi. Harini aku pilih untuk tidak mendengar sebarang Muzik. J tapi dalam bus Sogo, lagu zapin menusuk telinga. HAHA adibah Noor ft Senario. Ape tah tajuknya, tapi fananana tahu la. Suprisingly, dia tahu almost lagu2 lama. Giler kentang! Opss puasa. Teringat cheezy wedges.

Cerita kat dia apa yang aku baca tadi mengenai “mengangkat takbir sebelum sujud” dalam majalah tu ustz cakap, nabi tak buat. Kalau ada pun hadis, ianya lemah. Nabi Muhammad s.a.w yang amat dicintai dalam sepakat Mazhab syafie dan hambali untuk mengangkat takbir pada 4 tempat:-

·         Takbiratulihram
·         Ketika rukuk
·         Iktidal
·         Bangun dari tasyahud awal

Hmm musykil sungguh ni, kena tanya ustaz.

Dalam cakap2 pasal ustaz, Farhana sempat lagi suruh aku tanya ustaz sallehudin. Senyum2 ada makna. Gedebushhh~

Ath : hey, orang tak tahu pun mana satu ust sallehudin tu
Fana : sama la, xpenah Nampak.
Ath : dia dah kawin ke. umur berapa..
Fana : ui ui… lain macam ja.
Ath : hehe alaa tp for sure dah kawin. Ustaz ni kawin muda.
Fana : haa ni nama ust sallehudin ( sambil dia menunjuk ke satu laman di majalah Al-ustaz )

Dengan sebelah tangan aku tolak, eh eh dan dan je dia. Tu sallehudin lain.

Lepas ketawa, kami sama-sama tengok page yang ada gambar penulis tu, Mohd Sallehudin Abu Samah.

Eh, yeee laa… Ya Allah. Baru sebut. Panjang umor. Haha

Ath :Tu la, siapa yang mencari, dia akan jumpa. Hehehe insya Allah

Tak ada ape pun yang kami sembang dalam bus tu. Hanya biasa-biasa..

#Kami puasa harini. Ya Allah terimalah amalan kami yang sedikit ini. Ameen .



Nota Kaki

Birthday Tahun ni, semoga aku akan jadi lebih baik dari sebelumnya.
p/S : Xmo la set make Up basic ke hape ke farahhh oi. Serius membazir. No No No

flee

Duduk sorang-sorang.
 
Sunyi.
Macam-macam perasaan menerpa.
 
Sangat merbahaya. Istighfar banyak-banyak. Kadang-kadang rasa senyuman, gelak ketawa harini 40% adalah palsu.
 
I just cannot think.
 
There was happiness all around,
But I was feeling blue,
There was sunshine all around,
But I felt the sky crying tears although few.


 
I don't know what was happening to me,
i wasn't able to smile and just wanted to flee ,

The emptiness
 
Attention perhaps.
 
Oh gosh !
 
Wake up. If a broken heart Needs a mend, how was it suppose to be..
 
I just here, standing, begging for you. To be truth.
 
Ya Allah, letakkanlah dunia ini hanya di tangan bukan di hati.
 

KLIBF 2012

Dear Blog,


Untuk 2012 KLIBF, 
Hari terakhir baru kaki ni dapat melangkah kesana. 
Keseorangan.




Seawal 10 pagi.
Manusia sudah mengerumuni kawasan PWTC.


Smell of the Books


Just aim 2 or 3 book.


Sedang belek-belek buku, tiba-tiba Pahrol Mohd Juoi berdiri disebelah.


Tekejut, tapi takkan nak pi salam pulak kan. haha


Snap 2 ,3 gambar yang tak boleh nak masuk transfer as my phone still in problem. The memory card perhaps.
Dia bersama anak-anak, singgah di Booth Galeri ilmu, untuk promosi buku sahabat dia, Ust Awalluddin. Merindui Syurga.


Nampak Suami Wardina bersama 2 orang anaknya. MasyaAllah a very good husband & Father.


Tak sempat nak tunggu Irma Hasmie, sebab penat semalam dari Penang pun tak habis lagi.. 


My Iman first trial . Long distance to North. :)


So, this is it.


Lets


Read between the lines, outside the pages, and beyond the covers.


Books of mine KLIBF 2012 ( Discount )


Cinta Untuk Allah -Pahrol RM27
Rahsia Air Mata Khusyuk -Mohd Hassan Al Basri RM14
Istikharah Cinta -Ummu Anas RM10
Art of Deception - RM15
5 Tokoh penggugat Zaman 


2 CD ceramah Ust Azhar Idrus untuk Farhana  :)


Sebenarnya nak beli buku SMILE irma Hasmie tu, tapi takut tak terbaca.




Sebenarnya nak beli buku Cinta High Class Dr Fatima Sharha tu tapi takut tak terbaca.




Sebenarnya nak beli buku ust Zaharuddin yang dah pegang dan diletakkan kembali.. kerana takut tak terbaca.


Ingat nak beli buku resepi untuk Besday K.shuhana. Tapiiiii.... dia suka ke??




Yess Pahrol Mohd Juoi Sign buku aku..
Alhamdulilah :)


Tak sabar nak jumpa dia 19/5 ni di Etiqa Bangsar