Jejaka??! ...Whatever~


Hello,

ni pulak kisah kelakar yang aku penah rasa, segan jugak nak cerita benda feeling-feeling ni.. Ha ha ha, gedik!~

Yup, ni kisah aku pernah suka kat sorang mamat kat tempat kerja, aku start ter-suka dia masa mula-mula kerja dulu dah 2, 3 tahun pun. Main pandang-pandang je, sebab tak berani la nak tonjolkan diri. Sedar banyak kekurangan. hehh~ Whatever la. Nasi dah jadi bubur.. sedey wei... makan dalam. =)

Tujuh lapan bulan kebelakangan ni la aku dan si jejaka ni ada komunikasi, sebab hal kerja satu plus kawan-kawan aku pun satu department dengan dia, so bila aku call kawan , dia akan angkat. hehe Best cakap dengan dia dalam telefon. walaupun kejap. bila jumpa lagi la suka. Tapi "Malu2 Kucing" ..eeee miang~ 

hehe korang jangan salah anggap. Aku berani tuis ni pun sebab dia dah selamat jadi suami orang. So Titikkkk!!!

Nak di pendekan cerita, pada satu petang waktu balik kerja dalam bulan Ramadhan. Aku dan sahabat2 Ukhuwah nak berbuka puasa di luar, last minit dapat call, diorang turun lambat sikit sebab ada kerja yang perlu di bereskan.

Aku turun ke lobi dulu, duduk di sofa kulit berwara hitam menunggu dalam kebosanan dan kelaparan. Tiba-tiba, nampak kelibat dia datang menghampiri..

Aku yang berdebar-debar..buat-buat cool. Tak pandang pun. Dia berhenti di hadapan kerusi tapi pandang tempat lain. 

Dah dia berdiri kat situ mesti la aku pandang.. kemudian dia menjatuhkan pandangan maut dia kat aku.. dia tanya

Jejaka : Awak tunggu saya ke?
Ath : (dengan selambaaku jawap )...a'ah tunggu awak, kenapa lambat.
Jejaka : laa kenapa tak call ?

Dia mengambil tempat di hadapan aku.

Aduhh! masa tu rasa nak jatuh jantung. Control control hehe..

Sebenarnya, at that time aku tak tahu status dia ni, samada 
single? 
Laki orang? 
Tunang orang or
.. its complicated?

hmm Andaian aku dia mesti dah ada Girlfriend, yelah, handsome, kerja bagus.. tapi Harapan dalam hati kecik ni , harap-harap dia single. hehe

Petang tu , kami macam buat ta'aruf. Dia tanya umur aku, tinggal kat mana, adik beradik.. aku pun tanya benda yang sama. Last-last dah tak ada benda nak tanya... aku dah pandang tempat lain 10 kali, malu dengan pandagan dia. Oh no! Cair wei... then~

dengan spontan nya aku shoot ;

Ath : Tunang orang kampung jugak ke?
Jejaka : (nampak terkesima, mgkin dia tak sangka aku akan tanya macamtu ) ..err dia orang negeri lain
            ( cannot mention here,demi keselamatan )

Masa tu, rasa macam baru putus cinta...bunyi guruh berdentum, kilat sabung menyambung... side effect hahaha... nak nangis pun ada waktu dia cakap "dia". Apa maksud tu? dia dah ada tunang. 

Ath : (Aku senyum segaris) ...so bila nak kahwin?
 (renungan layu dia yang tak di alihkan tu membunuh aku)

Lambat-lambat dia jawap

Jejaka : InsyaAllah bulan depan.
Ath : Oww ( sambil menganguk) Tahniah...tak nak jemput saya ke?
Jejaka : Nanti saya emel kad ea.

Dua-dua senyap ..aku nak blah je dari situ rasanya..

Jejaka : so, awak bila nak kahwin?
Ath : saya? bayang calon pun tak nampak lagi...
Jejaka : insyaAllah ada nanti, awak nak macam mana? nanti saya carikan

Mata aku dah melilau cari kelibat kawan-kawan. Nak cabut...

Ath : Ha? macamana?..

( mesti lah nak macam dia ) dalam hati

Aku ingat aku sebut nama dia dalam hati, tapi rupa-rupanya.
 Aku  cakap betul-betul. Aku sebut ;

Ath : nak macam awak (aku sebut nama dia)

sambila aku pandang tepat dalam mata dia. Sekejap je mampu bertahan. Aku memang kalah dengan mata dia. 
Fav eyes  =) *angau*

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Perasaan hampa yang cuba di sorokkan mungkin kelihatan..

Jejaka menyambung ayat

Jejaka : sayang la, kita lambat jumpa.

Aku terkejut, mungkin bergurau! gurau kasar namanya tu..hee tapi hanya mampu tersenyum kelat.. Tak mahu mengalah, aku membalas kata-kata dia.

Ath : ermm ada adik ? 
(cuba berseloroh demi menenangkan hati dan getaran suara )

Jejaka : (tersenyum) ada. tapi kulit dia gelap sikit, dia suka sport. Nak? nanti saya kenalkan eh?
Ath : ..eh serius nya dia.Tak nak la, gurau ja.

Gilerr~

Aku bangun, meminta diri untuk ke tandas. dan mengucapkan selamat tinggal kepada si jejaka. 

Oh, bumi terasa berpusing. Kaki tak mampu nak melangkah. Namun bersyukur sangat dapat tahu status dia.

Ke esokkan hari, dia Emel dan mengulangi ayat 
"nanti saya carikan sorang lagi (namadia) untuk awak"

Start dari hari tu, aku TAKNAK terserempak dengan dia. Aku kurang keluar. Tapi awal-awal pagi dah nampak dia naik motor sambil tersenyum tunjuk gigi...macam iklan. Nak naik lif pun nampak. Aduhhh~ dugaan.

Lepas dia kahwin, aku berjaya tak bertembung dengan dia, hampir sebulan jugak. tapiiiii~

ni yang terjadi minggu lepas..


Apa yang kau buat kalau orang yg kau suka dah pun kahwin.  Kau dah kuburkan pun segala perasaan suka yg kau simpan tu once dia bagi kad Jemputan ke Majlis Kahwin dia. Kau pergi kerja, kau pergi kuliah, kau tengok TV, dan kau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu Nampak batang hidung dia. Hari-hari kau cakap, “semoga dia bahagia”.

Hari-hari yang berlalu hampir sebulan, kau berjaya mengelakkan diri dari terserempak atau ada peluang “saling merenung kedalam anak mata” …but then, tadi… tengah aku selekeh berpeluh penat berjalan balik dari Makan Tengahari.. Berdiri tercegat menunggu Lif di Lobi berseorangan.. aku menoleh ke kiri demi untuk melihat keadaan sekeliling.. Terpandang satu renungan di Escelator.. Renungan yang memang aku rindu, Aku kalah dengan sepasang mata milik dia.

Ahhh…. Damn! Kami sama-sama serius ketika itu..Yang aku?!! terpana kerana tak sangka dia akan bertindak macamtu.. Lantas aku melangkah kedalam perut lif untuk mematikan renungan dia.
Ya Allah.. Aku sedar. Aku tipu diri aku selama ni.. Aku memang rindu kan dia.

Namun, apa yang boleh aku lakukan? Apa?? Apa?? jawapannya Tiada. selain dari terus maju melalui Jalan yang sudah ditentukan untukku. Ini bukan Drama.

Aku pejamkan mata rapat-rapat selepas solat. Sepasang mata milik dia menerjah fikiran. Serius aku cair!

Dalam Dunia Realiti, Mustahil untuk dapatkan dia.. dia yang telah melafazkan akad Nikah.. Buat masa ini, aku hanya mahukan DIA.. untuk hilangkan dia.

Allah hears what is not spoken and understands what is not explained, for His love doesn’t work in the lips or in the mind, but in the heart.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaian ku. Dan Engkau mengetahui segala hajat ku, maka kabulkanlah permohonan ini.

Life is like a sport. Sometimes you win, sometimes you lose, but the game always goes on.

And tadi, aku hendak ke ATM machine, dia nak lalu pintu yang sama. Alamakkkk~

err control cool..  dia tunggu aku kat mesin ATM? Nak berborak agaknya..

berani-berani aku mencari sepasang mata milik si jejaka. matanya sedikit merah, penat menatap Monitor agaknya..dia baru lepas solat.

Jejaka : eh, nak keluarkan duit bagi saya ke?
Ath : buat apa nak bagi awk. Awk patutnya bagi goody bag kahwin. Mana?
Jejaka : frust la, tak ada siapa pun datang. merajuk..tak ada bag.
Ath : alaa, kawan-kawan department tak datang ke? ada la sorang dua dia sebut nama , haram aku tak kenal hehe

dia tunggu aku cucuk duit sampai habis? tercegak kat situ? hmm biarlah suka hati dia la.. 

bila jalan ke lif, saje aku memecah sunyi,
 "so mana janji kata nak cari sorang lagi (namadia)?"

hehe dia hanya menganguk dan senyum, kami sama-sama tersenyum..

Phew, sejuk tangan. Neves~ Harap dia bahagia bersama orang tersayang. Aku pun ingin bahagia. =) InsyaAllah



Drama belum di swastakan

Hi peeps :)

And again... to be really honest, draft, draft draft...

i keep on save my penulisan dalam folder , bila nak post, aku switch On Laptop.. bukak FB kemudian decide tutup Laptop lepas 15 minit online.. huhu

Hesitate-ism

here, my draft but i keep it Frozen, tak basi ok. ^_^

more or less, dah sebulan jugak la 4, 5 draft ni aku simpan untuk di muntahkan di sini..

Enjoice!
________________________________________________________________________


Dear Blog,

Pagi Khamis ni aku sampai awal di Office, lima enam kali aku tengok HandPhone, kot kot ada orang nak ajak breakfast.

Then dah 8:15 am tak ada 1 pun SMS … aku keluarkan note merah masukkan kedalam poket Jubah. Berdiri je dari Meja. 1 SMS masuk.

Nama yang tertera di skrin HP membuatkan aku tersenyum. Gang Sarapan; Eida. Laju aku membalas.

Eida : Yeay Eida dah sampai Office. Jom breakfast.
Ath : Tira dah sampai 10 minit lepas tau. Jom ..kite tunggu dekat Lobi. Kwn lain?
Eida : on da way

Sepantas butang Send ditekan. HP dimasukkan kedalam laci.

Dah Habbit , tak bawak HP keluar dekat-dekat..sekejap-sekejap. Ini habit buruk ok. I’ve been Warn.!!. so many time.. but still I can’t help myself.
Entah penyakit apa .. ishk

Lama aku tunggu Eida di Lobi. Tak muncul-muncul.. Yup masalah Lif di aras tinggi. Lebih-lebih di waktu puncak. Aku menjeling Jam tangan sekilas. baru 8:20am. Come on~

Habis semua wajah yang lalu aku perhati, tiba-tiba ternampak En Din, Bos Eida. Ha dah turun pun.. takkan Eida satu aras dengan dia pun tak sampai lagi.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap, ternampak Siti Nurfarhana. Alhamdulillah.. at least boleh mintk tolong dia call kan Eida.

Habis je dia cakap dengan Eida,

Ath : Dia turun tak?
Farhana : Dia suruh naik ting 15.
Ath : haa..??
Farhana : dia takut lambat, and problem Lif
Ath : Ok tak pela Farhana. TQ ye.

Aku terus berlalu ke Lif untuk naik semula ke Office.
Serius.. Lapar!
But putus selera beb..

Mengada-ngada aku ni sebenarnya..  Ya Allah. Dah besar panjang pun perangai camni camane nak kawin?? HAHA

Sampai je kat Office tengok HP ada 2 sms 1 miscall

1 sms aku Reply supaya dia tak fikir bukan-bukan..but No Reply from her.
Apa maksud tu?

Aku merajuk ke dia merajuk?? mari sama-sama kita fikirkan.. haha
Tak jadi kerja wei dengan perut Lapar and rasa serba salah.

Aku nak bagi tahu kat dia sebenarnya,

Tak kesah la berapa lama pun aku tunggu, asal dia muncul.. It Worth waiting! :D     ..masalah Lif kan , Noted dah hal tu.
Tapi at her side.. PROBLEM lebih besar dia kena hadapi

Turun Makan dengan Aku VS Tunggu Lif yang maha Lambat.

Pilihan tetap di tangan dia. becoz I, myself have decided to wait and go buy the food dengan dia.

Bukan ada masalah pun pergi sorang-sorang. Boleh je. Cuma IPREFER berteman. Berjemaah tu kan lebih Afdal. Bila dia SMS pagi tadi tu yang bagai pucuk dicita Ulam mendatang ..

hehe Peribahasa bagai. Metafora atmosphere mana tah.  SUKAAA sangat kalau makan tu dengan Kawan, makanan yang tak sedap pun boleh ditelan ! ..dari sorang-sorang. Ko beli la makanan apa pun. Yes Kenyang tetap kenyang tapi feeling tu lain.

Tak tahu la korang. Ini aku punya pendapat peribadi la.

Rasa tak sedap hati still berlarutan masa tengah menatap skrin Komputer buat-buat busy… haha tak la, biasa je ada kerja, tapi boleh je pergi Toilet, tengok Emel, berangan sikit-sikit..

Dear Rozahida,

I am so so Sorry. And Thank You SMS ajak saya Sarapan boleh dikatakan
setiap hari. Saya suka sangat tahu tak.. Saya hargai sangat setiap SMS
pelawaan awk, K.shima or Farhana ..Rasa wujud di bangunan Menara Bank Islam ni..

Jangan la berhenti or putus asa dalam berkawan dengan saya ye.
 Saya ni banyak kekurangan dan degil. Orang dah suruh bawak Handphone setiap
kali keluar. Dah Nasihat macam-macam.. tapi still….  ok Its my Fault. emm
No No No. its Lift. salah Lif laa. hehe

Perumpamaan : macam terlanggar tiang besi masa berjalan dan say sorry to tiang besi tu. Pernah tak berlaku pada anda? ..Yup , pagi tadi . It happened to me this Morning.

Tersenyum sorang2 sampai Nampak gigi bila sedar perbuatan yang nak di klasifikasikan sebagai apa tah. rasa nak je ketuk kepala sendiri.


Oh ye, semalam pulang lewat ke Rumah. Lepas solat manghrib, aku terus memecut kereta ke Hospital Pusrawi. Nak melawat kawan. Terkejut dengar berita dia di Hospital plus dia ada mention batuk berdarah.

Scarry tak?

Kak Wati : Tengok Adam dan Hawa ea malam ni.
Ath : alaa, macam tak sempat je, saya nak gi Hospital Pusrawi balik ni.
Kak Wati : Kawan sakit apa?
Ath : Entah, tak tahu, ni yang nak gi tengok.. tapi dia kata batuk berdarah
Kak Wati : Kawan mana? kolej ke orang Bank?
Ath : errrr… kawan “lain”

Sebenarnya kalau la dia bagi soalan Objektif ; A,B,C dan D ..senang nak jawap, biasanya masa SPM kan ada pilihan jawapan E-Selain dari yang diatas. Definitely aku bulatkan E

Macamana nak cakap kita nak melawat kawan yang kita kenal di KTM. it doesn’t make any sense ke?  susah nak explain. The truth not only know by the word, but also by the Heart.

Jatuh sayang pulak dekat dia.  Macam kawan-kawan yang aku kenal sekarang ni. Truth is, I heart them all.

Semalam borak panjang. Masa aku sampai dengan kawan aku, family dia ada. Warm welcome. 8:30 camtu rasanya waktu aku masuk. Tengok telatah anak-anak buah dia. Hensem nyee Darwish & Haikal. bulu mata punya lentik.. kening lebat. Suka nyaa memang type aku laa..

Parent dia minta diri untuk pulang selepas jam 9:15 pm. Kami still tunggu. Borak tak habis dengan dia ni. Semua ujian yang Doc buat apa aktiviti dia.. Dia pulak rajin bercerita. Memang ngam la dengan aku yang pendiam ni hehehe..

10:30 pm baru kami minta diri..tu pun selepas rasa bersalah buat dia tergelak sampai terbatuk-batuk. Tapi sebenarnya dia yang buat lawak. siapa suruh. Hehe.
Semoga dia cepat sembuh.

Dia sayang aku, aku sayang dia.. yang paling mahal tu , kerana Allah.
InsyaAllah. ukhuwah yang dibina telus akan berkekalan.

Saya memang sayang kawan-kawan saya, Cuma diorang je kadang-kadang tak nak faham typical Athirah.  J

Enaugh said. Lapar. ..Nak cari Susu.. oh perut. Maafkan saya buat awak kosong. Tengahari ni ada Date lagi