Hello,
ni pulak kisah kelakar yang aku penah rasa, segan jugak nak cerita benda feeling-feeling ni.. Ha ha ha, gedik!~
Yup, ni kisah aku pernah suka kat sorang mamat kat tempat kerja, aku start ter-suka dia masa mula-mula kerja dulu dah 2, 3 tahun pun. Main pandang-pandang je, sebab tak berani la nak tonjolkan diri. Sedar banyak kekurangan. hehh~ Whatever la. Nasi dah jadi bubur.. sedey wei... makan dalam. =)
Tujuh lapan bulan kebelakangan ni la aku dan si jejaka ni ada komunikasi, sebab hal kerja satu plus kawan-kawan aku pun satu department dengan dia, so bila aku call kawan , dia akan angkat. hehe Best cakap dengan dia dalam telefon. walaupun kejap. bila jumpa lagi la suka. Tapi "Malu2 Kucing" ..eeee miang~
hehe korang jangan salah anggap. Aku berani tuis ni pun sebab dia dah selamat jadi suami orang. So Titikkkk!!!
Nak di pendekan cerita, pada satu petang waktu balik kerja dalam bulan Ramadhan. Aku dan sahabat2 Ukhuwah nak berbuka puasa di luar, last minit dapat call, diorang turun lambat sikit sebab ada kerja yang perlu di bereskan.
Aku turun ke lobi dulu, duduk di sofa kulit berwara hitam menunggu dalam kebosanan dan kelaparan. Tiba-tiba, nampak kelibat dia datang menghampiri..
Aku yang berdebar-debar..buat-buat cool. Tak pandang pun. Dia berhenti di hadapan kerusi tapi pandang tempat lain.
Dah dia berdiri kat situ mesti la aku pandang.. kemudian dia menjatuhkan pandangan maut dia kat aku.. dia tanya
Jejaka : Awak tunggu saya ke?
Ath : (dengan selambaaku jawap )...a'ah tunggu awak, kenapa lambat.
Jejaka : laa kenapa tak call ?
Dia mengambil tempat di hadapan aku.
Aduhh! masa tu rasa nak jatuh jantung. Control control hehe..
Sebenarnya, at that time aku tak tahu status dia ni, samada
single?
Laki orang?
Tunang orang or
.. its complicated?
hmm Andaian aku dia mesti dah ada Girlfriend, yelah, handsome, kerja bagus.. tapi Harapan dalam hati kecik ni , harap-harap dia single. hehe
Petang tu , kami macam buat ta'aruf. Dia tanya umur aku, tinggal kat mana, adik beradik.. aku pun tanya benda yang sama. Last-last dah tak ada benda nak tanya... aku dah pandang tempat lain 10 kali, malu dengan pandagan dia. Oh no! Cair wei... then~
dengan spontan nya aku shoot ;
Ath : Tunang orang kampung jugak ke?
Jejaka : (nampak terkesima, mgkin dia tak sangka aku akan tanya macamtu ) ..err dia orang negeri lain
( cannot mention here,demi keselamatan )
Ath : (Aku senyum segaris) ...so bila nak kahwin?
(renungan layu dia yang tak di alihkan tu membunuh aku)
Lambat-lambat dia jawap
Jejaka : InsyaAllah bulan depan.
Ath : Oww ( sambil menganguk) Tahniah...tak nak jemput saya ke?
Jejaka : Nanti saya emel kad ea.
Dua-dua senyap ..aku nak blah je dari situ rasanya..
Jejaka : so, awak bila nak kahwin?
Ath : saya? bayang calon pun tak nampak lagi...
Jejaka : insyaAllah ada nanti, awak nak macam mana? nanti saya carikan
Mata aku dah melilau cari kelibat kawan-kawan. Nak cabut...
Ath : Ha? macamana?..
( mesti lah nak macam dia ) dalam hati
Aku ingat aku sebut nama dia dalam hati, tapi rupa-rupanya.
Aku cakap betul-betul. Aku sebut ;
Ath : nak macam awak (aku sebut nama dia)
sambila aku pandang tepat dalam mata dia. Sekejap je mampu bertahan. Aku memang kalah dengan mata dia.
Fav eyes =) *angau*
Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Perasaan hampa yang cuba di sorokkan mungkin kelihatan..
Jejaka menyambung ayat
Jejaka : sayang la, kita lambat jumpa.
Aku terkejut, mungkin bergurau! gurau kasar namanya tu..hee tapi hanya mampu tersenyum kelat.. Tak mahu mengalah, aku membalas kata-kata dia.
Ath : ermm ada adik ?
(cuba berseloroh demi menenangkan hati dan getaran suara )
Jejaka : (tersenyum) ada. tapi kulit dia gelap sikit, dia suka sport. Nak? nanti saya kenalkan eh?
Ath : ..eh serius nya dia.Tak nak la, gurau ja.
Gilerr~
Aku bangun, meminta diri untuk ke tandas. dan mengucapkan selamat tinggal kepada si jejaka.
Oh, bumi terasa berpusing. Kaki tak mampu nak melangkah. Namun bersyukur sangat dapat tahu status dia.
Ke esokkan hari, dia Emel dan mengulangi ayat
"nanti saya carikan sorang lagi (namadia) untuk awak"
Start dari hari tu, aku TAKNAK terserempak dengan dia. Aku kurang keluar. Tapi awal-awal pagi dah nampak dia naik motor sambil tersenyum tunjuk gigi...macam iklan. Nak naik lif pun nampak. Aduhhh~ dugaan.
Lepas dia kahwin, aku berjaya tak bertembung dengan dia, hampir sebulan jugak. tapiiiii~
ni yang terjadi minggu lepas..
Apa yang
kau buat kalau orang yg kau suka dah pun kahwin. Kau dah kuburkan pun
segala perasaan suka yg kau simpan tu once dia bagi kad Jemputan ke Majlis
Kahwin dia. Kau pergi kerja, kau pergi kuliah, kau tengok TV, dan kau berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu Nampak batang hidung dia. Hari-hari
kau cakap, “semoga dia bahagia”.
Hari-hari
yang berlalu hampir sebulan, kau berjaya mengelakkan diri dari terserempak atau
ada peluang “saling merenung kedalam anak mata” …but then, tadi… tengah aku
selekeh berpeluh penat berjalan balik dari Makan Tengahari.. Berdiri tercegat
menunggu Lif di Lobi berseorangan.. aku menoleh ke kiri demi untuk melihat
keadaan sekeliling.. Terpandang satu renungan di Escelator.. Renungan yang
memang aku rindu, Aku kalah dengan sepasang mata milik dia.
Ahhh….
Damn! Kami sama-sama serius ketika itu..Yang aku?!! terpana kerana tak sangka
dia akan bertindak macamtu.. Lantas aku melangkah kedalam perut lif untuk
mematikan renungan dia.
Ya
Allah.. Aku sedar. Aku tipu diri aku selama ni.. Aku memang rindu kan dia.
Namun,
apa yang boleh aku lakukan? Apa?? Apa?? jawapannya Tiada. selain dari terus
maju melalui Jalan yang sudah ditentukan untukku. Ini bukan Drama.
Aku
pejamkan mata rapat-rapat selepas solat. Sepasang mata milik dia menerjah
fikiran. Serius aku cair!
Dalam
Dunia Realiti, Mustahil untuk dapatkan dia.. dia yang telah melafazkan akad
Nikah.. Buat masa ini, aku hanya mahukan DIA.. untuk hilangkan dia.
Allah
hears what is not spoken and understands what is not explained, for His love
doesn’t work in the lips or in the mind, but in the heart.
Ya Allah…
Sungguhnya
Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka
ampunkanlah kealpaan dan kelalaian ku. Dan Engkau mengetahui segala hajat ku,
maka kabulkanlah permohonan ini.
Life is
like a sport. Sometimes you win, sometimes you lose, but the game always goes
on.
And tadi, aku hendak ke ATM machine, dia nak lalu pintu yang sama. Alamakkkk~
err control cool.. dia tunggu aku kat mesin ATM? Nak berborak agaknya..
berani-berani aku mencari sepasang mata milik si jejaka. matanya sedikit merah, penat menatap Monitor agaknya..dia baru lepas solat.
Jejaka : eh, nak keluarkan duit bagi saya ke?
Ath : buat apa nak bagi awk. Awk patutnya bagi goody bag kahwin. Mana?
Jejaka : frust la, tak ada siapa pun datang. merajuk..tak ada bag.
Ath : alaa, kawan-kawan department tak datang ke? ada la sorang dua dia sebut nama , haram aku tak kenal hehe
dia tunggu aku cucuk duit sampai habis? tercegak kat situ? hmm biarlah suka hati dia la..
bila jalan ke lif, saje aku memecah sunyi,
"so mana janji kata nak cari sorang lagi (namadia)?"
hehe dia hanya menganguk dan senyum, kami sama-sama tersenyum..
Phew, sejuk tangan. Neves~ Harap dia bahagia bersama orang tersayang. Aku pun ingin bahagia. =) InsyaAllah
1 comment:
bertabahla...moga ada yang terbaik buat kamu didunia dan di syurga..aamin...Allah nak beri yang lebih baik... :')
Post a Comment