Assalamuaaikum love
Hai ebelibadi.
Bismillah..
Untuk mula meluahkan monolog yang bersarang dalam fikiran
dan hati ni bukan mudah, lebih-lebih lagi nak di tumpahkan pada ruangan Blog
ni.
Beri lah seribu alasan sekalipun
untuk tidak menulis.. jiwa tu tetap ada.
ELeh, bukan apa pun, kisah
ringan-ringan yang berlaku hari-hari dalam hidup seorang Hamba Allah. Normal je, tak
ada yang Extravaganza pun. Lain lah kalau aku ni anak Raja ke, anak Menteri
ke.. atau pun aku ni Ahli Perniagaan tersohor yang memiliki empayar dari Timur
ke Selatan.. memang kena buat Special space la. Yelah nak cerita segala kejayaan,
segala kemenangan yang dicapai.
Tapi dekat ruangan ciput aku ni, aku hanya nak cerita kan ,
nak “journal kan” kehidupan Simple Nur Athirah. Kisah family aku, Kawan-kawan,
Kerja biasa-biasa, kisah belajar, kisah Perasaan dan perasan yang dimiliki oleh
semua orang.. Cuma ini dari perspektif aku.
Apa yang aku nampak, aku dengar dan aku faham.
Tak semestinya Betul.
Tak semestinya Salah.
The truth lies between the line isn’t it?
Lebih gemar menulis untuk membetulkan keadaan, untuk
membetulkan sangkaan, menjernihkan yang keruh. Ini lah medannya.. bukan untuk
menegakkan benang basah, tapi masih cuba untuk menegakkan “sebatang pen yang
tinggi tegak berdiri “ yang besar kemungkinan graviti menghalang ia berdiri
lama.
Ha Ha Ha, Pen??? Kebetulan aku tengah pegang pen sekarang
ni, tu je contoh yang boleh aku bagiii.. nasib la :’p
Mungkin dalam ruang ini, kadang-kadang nampak macam “tak
fair” ..
Yeayhh definitely, sebab aku menulis ni bagi pihak “sebelah” je.. me , myself & I ...BUT BUT.. to put people into my
thoughtfulness.. my concern is very my pleasure.
Kadangkala, terasa sungguh sukar menjaga hati orang, kerana
menjaganya adalah dengan hati sendiri. Biarlah hati terluka asalkan hati mereka
terjaga :')
But sometimes, no matter how careful we are, hearts still
get hurt. And perhaps the only treatment is time and silence. Time and silence
to heal. InsyaAllah :)
p/s : Suka bau segar orang lepas mandi pagi-pagi.. Nyaman.
Especially, bau badan sendiri yang guna Shokubutsu lemon.. emm nak cium
lama-lame :)
# gatai
No comments:
Post a Comment