She is


Dear Blog,

Harini aku nak stori tentang sorang kawan aku ni.. 

sebelum aku nak tulis ni, aku senyum dulu demi teringatkan gelak ketawa dia.. Serius dia gelak Besarrr punyeerr.. Kalau dengar dia gelak , padahal tak tahu ujung pangkal, pun kita rasa nak tergelak. HUHU

Minggu lepas dia Start kerja baru. Kerja yang boleh dikatakan Betul-betul punya kerja. Sebelum ni pun dia kerja, cumanya tak tentu..sekejap-sekejap. Now dah masuk Government. Mana boleh keluar masuk.

Hmm (lama aku meneglamun) tak tahu mana nak mula.. 
bila hang out dengan dia, graf sentiasa naik.. faham tak? Andrenalin in a rush. Haha dia cakap pun lantang.  
Kadang tu, aku terpaksa cakap sangat slow supaya dia mengerti dan turut sama slow down voice dia.. hehe
Dia la satu-satu nye makhluk tuhan yang kalau rindu, dia cakap rindu.. satu-satunya la selalu cakap Rindu kat aku.. yang lain pun ada cumanya mereka “reserve” just like me.

Tiraa, aku rindu kat kau..

Aku yang mendengar di hujung talian, senyum senget.. 
ber andaian ‘ ye ke tak’ budak ni. 
Aku bukan tak ada adik yang akan SMS or Call cakap rindu or get attached semua tu, ada. Cuma gaya dia lain sikit..

Long, kau tak rindu kat adik ke?

Bila aku yang call dia pulak, adik aku balas

Eh, kita ni memang adik beradik kandung la, adik baru nak call kau. Hehe

See, dia cakap indirectly, which I could understand better. Sebab EQ aku ni High berbanding IQ.. Alaa ni ujian psikologi, amik masa belajar dulu.

This week, kawan aku yang sorang tu, kursus ke Perlis. S E P U LO H hari tau. Gilerrrr lame. Ni la dia orang Gomen. Habis kan duit je kerja.  Macam tak boleh nak buat kursus kat KL. Pastu kursus apa sampai 10 hari? 3 hari pun cukup ape… he he he

Dah puas aku bebel-bebel masa dia call nak bagi tahu dia kena gi kursus jauh. Katanya dia sedey dan takut. Al maklum la tak pernah berpisah dengan Keluarga.

First day dia dah call dari Perlis, Call nangis-nangis.. masa dengar suara dia tu aku dah cuak. Dari tempat duduk di Office, terus aku berdiri.

Ath : Min, ko ni kenapa?
Min : Aku sakit perut, cirit birit..
Ath : Oh ko salah makan la nii..ko gi la rehat, mintak break..
Min : OK, aku nk gi klinik ni Bye. (Suara lemah)

Lepas dia letak telefon, aku nak tergelak pun ada, tapi Satu SMS di hantar untuk buat dia tersenyum
“ Min sakit perut cirit birit, muntah.. Habisss la, lepas ni min kuruss..”

Tak tahu la, dia gelak ke tak. Orang tengah sakit sakit buat lawak.

Rindu jugak kat dia, since she is away, out of town.. tak ada orang nak call, tanya apa plan on weekend after class.

She is truly Natural. Maksud aku… bila dia bagi pandangan or nak tanya apa-apa. Kadang tu in inappropriate Ha ha rasa nak cubit-cubit.. 

Tapi betul la, kalau dia tak ada, sunyi dunia. 

2 minggu lepas dia balik KL, kebetulan aku free. Kami pergi The Curve. Hanya Aku, sayla dan Min. Yang lain??

Ni la beza nya, jenis aku ni, kalau bukan plan dari aku, aku tak ajak pun sapa2.. i just leave it to orang yang ajak tu untuk invite kawan lain..

hmm.. 

Kami pergi makan meatball kat ikea. then jalan2. Nampak perbezaan dia lepas balik training..

Ath : Waa Min dah semakin matang. Hmm

melihat perubahan pada perwatakkan dia.. dia serius la. rasa macam duduk dengan orang lain yang tak di kenali.

Min : Apa yang lain?
Ath : entah
Min : Hmm aku rasa aku perlu berubah la..
Ath : Ko tak perlu berubah kalau kau tak selesa. Unless itu yang di tuntut oleh Agama.
Min : No, i have to.
Ath : Ok.

Masing-masing diam. Ada la Conversation kami yang lebih kepada argument. Malas nak ingat. so tak nak mention kat sini.

Petang tu hujan lebat, kami stuck dalam The Curve. Stori-stori dengar cerita Sayla, cerita hati dia. Tak tahu la nak cakap macamana sebab dia tu "hard shell" .
Aku harap dia bahagia dan cepat-cepat kahwin.

Pkul 5:30 pm ke 6:15 pm kami gerak ke Gombak untuk jumpa Shiro dan Shera. Kami pergi NZ je. 
Lepas 30 miniT, Azan maghrib berkumandang.. Surau kat situ kongsi lelaki dan perempuan. Sangat tak selesa.

Kami bergerak ke Danau Kota, singgah surau kat sana. Wow Shera dah ada MYvi SE baru. Fuhh
Untungla mak belikan.. he he he..

Seperti biasa, kami ke Al-malik, masing-masing buka cerita dah lama tak update..



Ok tu je la cerita bila ada masa berjumpa duduk satu meja. Kay dan Anyra la lama tak jumpa. Seem like diorang busy, Kat FB pun tak tegur. Wallahualam. 
Semoga kami semua berbahagia di samping orang tersayang. Allah be with us. 
Ameen

No comments: