Adik

Assalamualaikum,blog personal


Masih diberi hari baru,
Masih diberi harapan baru,
Masih diberi nafas yang satu..

Semalam, 25 February merupakan Hari Lahir satu-satunya adik perempuan yang aku ada.
Bukan sengaja di lupakan.

24 Feb, pukul 11:28 pm, baring-baring di katil sebelum mata di terpejam.
Hajat nak SMS birthday dia.
Tapi 
Bila Kepala dah berteu Bantal.
Aku kalah.

Bangun pagi siap-siap pergi kerja, sempat cakap dekat ibu "Harini Birthday Adik"

Namun, untuk menekan skrin telefon tidak sama sekali.
Bukan sengaja, cuma tidak tergerak langsung untuk berbuat demikian.

Balik kerja pun dah lewat, kerana jumpa kawan di KLCC.
Kay bagi kad kahwin.
Dinner & Walking at the park.
Keterujaan menelusuri jalan di taman KLCC tu bagai pertama kali ke sana.
Nama je duduk KL,
Kerja dekat dengan KLCC,
Tapi, jalan hanya tinggal jalan.
Sehala.
Office ke LRT.
Thats it

Semalam, teruja dengan air pancut warna warni.
Suasana malam, macam orang muda lepak-lepak tepi tangga sembang pasal kahwin.
ha ha
8:20 pm meminta izin pulang. SMS ibu diterima "Tokwan dah sampai"

Jejak je kaki di Rumah,

Ath : Bu, adik ada kol tak?
Ibu : takde pun.
Ath : Ibu ad call dia tak?
Ibu : tak de pun.

Sama-sama ketawa.

HP dicapai serentak menghempaskan tubuh di katil

"Assalamualaikum"
Salam di sambut dihujung talian.

Adik : Ye, ada apa ye call tiba-tiba ni
(sengaja ingin menduga, ada nada marah gewdik dikesan)
Ath : hehe, entah la tiba-tiba rindu.. sehat tak?
Adik : Alhamduillah
....sengaja aku diam, menunggu ayat daripada dia...
       eleh, sampai hati lupa birthday adik ni ye? takpe-takpe
Ath : (senyum sambil meneruskan kata-kata) ..mana ada lupa, well u know me... ko tu kenapa langsung tak call? dapat kol percuma pun tak nak call. Lagi sampai hati
cepat call semula.
Adik : Yelaa

HP di matikan, namun yang menyusul SMS daripada dia

"Panggilan anda akan di sambung sebentar lagi, talian Sibuk"

Reply dari kakak

Ooo.. ok Fine, baru la tau skg, i ni entah yg keberapa dalam carta hati u. ok. Bye!

Saje mengugut..aku keluar dari bilik dan HP ditinggalkan diatas katil. Sengaja.

Ta lama lepas tu HP abah berbunyi. LOUD SPEAKER

.........Bla, bla bla ,...yada..yada yada.. conversation goes.. yada yada yada..
sesekali ketawa pecah. Gelak pada perkara-perkara silly. Bahagia.

Selepas selesai urusan di ruang tamu, aku masuk bilik memeriksa HP. SMS adik membuat aku tersenyum

" so, mana doa-doa yang sepatutnya di beri"

Well adik,

This is for you.

Untuk memahami kehadiran adik disisi
dari umur ku 12 tahun aku memahami, kau adikku 
Dari umurku sejumlah itu, aku tahu, kau lebih matang dariku

Since umurmu menginjak 13 tahun, kita berpisah dek kerana pelajaran.
Ternyata Allah mengurniakan kecerdikkan pada diri mu.
Di sini, kakakmu merinduimu setiap kali perpisahan terjadi.
Namun, bila kau kembali ke rumah, kita akan berkelahi.

Keceriaannya,

Tak perlu kata-kata 'sayang'
kerana kau mengerti dari isi hati.

Perpisahan demi perpisahan kita hadapi,
Dari setiap penjuru semenanjung malaysia
Setiap kali menghantar kau pulang selepas cuti semester,
Aku melihat ada air bergenang di kelopak mata sambil tangan bersalaman.
Sehingga, kadang-kadang, aku menolak apabila Ibu dan Abah hendak menghantarmu 
tak mahu melihat air mata itu
kerana
Titis-titis mutiara yang gugur pada pipimu Ku tadahkan semuanya


Sekarang, beberapa minggu lepas, 
Untuk kesekian kalinya, aku berada dalam keadaan itu.
Lega sedikit apabila menyedari engkau sudah semakin dewasa.
Berada bersama kawan-kawan yang ber usrah bersama.
Yakin kau akan dapat menyesuaikan diri lagi.

Aku mungkin tidak setabahnya
alangkah tabahnya dirimu duhai adikku!



kini
Semester akhir,
Semoga Allah mudahkan urusanmu Adikku.
Memberi Redha apa yang terbaik buatmu.
Membuat semua orang tersenyum gembira.

Tak dapat bayangkan , jika kau tiada di sisi,
Untuk menulis ini, mata kian berkaca
...word left unsaid.
just, Don't leave me..
....jari menyeka air mata
tanpamu , ku tak tahu, kekuatan dari mana untuk ku gali demi meneruskan kehidupan.

Allah maha baik yang telah mengurniakan aku adik sebaik mu.
Semoga Allah peliharamu dalam jagaannya.
Air liur yang ditelan terasa berpasir.

adikku
Langsungkan doamu menerobos hijab dunia
Kerana antara kau dan mereka tiada penghadangnya.

Allah kuatkanlah setiap langkahnya
Allah kekalkan cintanya
cinta kepada-Mu
menjadi Muslim sejati

Kerana cita-cita kita
Syurga


Doakan kakakmu wahai adikku,
I Love u
uncondition





1 comment:

Anonymous said...

oh my god. bergenang air mata. sweet sgt ayat2...mana dpt idea ayat2 mcm tu ek? so true tirah, adikmu rupa parasnye lg matang dr mu...huhuhu