Assalamualaikum
Blog yang kian di pandang sepi :'(
Waa so sad, cannot commit anymore dengan blog ni.
Alasan demi alasan di berikan.
Valid ke?
Banyak sangat agaknya account alam maya ni yang perlu di uruskan.
Poyo benar ayat hamba :)
Kekangan masa untuk menghadap ruang ini merupakan punca utama.
Tekad sekuat mana pun,
Janji pada diri se kerap mana pun,
Jika tidak di izinkan Nya, maka tiadalah coretan "minda"
So, let me update sikit pasal life 2013 ni.
dah penghujung Febuari pun. Cepat sungguh bukan?
Ibu yang mengandung pun mungkin akan melahirkan anaknya tak lama lagi.
Pasangan yang baru berkahwin pun mungkin akan mengkhabarkan berita gembira tak lama lagi.
Adik-adik yang bertungkus lumus belajar juga bakal menamatkan pelajaran. Menggengam Ijazah tak lama lagi.
So,
Lately aku mendisiplankan diri mengikuti tazkirah-tazkirah yang di jalankan di masjid-masjd. Takde la semua, cuma yang sampai ke pengetahuan dan berkesempatan untuk pergi je aku hadir.
Makin di cari ilmu perbaiki diri ni, makin besar ujianNya.
Serius,
Takut kadang-kadang mengenangkan amal yang tak seberapa.
Ilmu yang tak di kongsikan.
Kadang-kadang, badan jadi berat nak melakukan amal.
Bila niat dah pasang. Azam dah tetap. Sampai masa,
Iman dan Nafsu berperang
Terkadang tewas.
Tewas ini yang membuatkan rasa gerun.
Bila dapat berdiri menghadap Illahi tu,
Bersyukur tak terhingga. Bukan kerana rasa baik. Tapi, rasa Allah baik sangat, sweet sangat, DIA izinkan aku hamba dia yang entah di carta ke berapa kedudukannya disisNya.. berdiri menghadap DIA.
Bila dapat buat solat pada awal waktu, tambah-tambah secara berjemaah tu, Istighfar banyak-banyak sebab supaya Allah bagi lagi aku peluang untuk terus konsisten. Kalau nak ikut kan diri ni? Jasad dan iman yang sekelumit lebih kecil dari kuman ni..nampaknya tak de la.
Alhamdulillah,
Aku berada di persekitaran Islami.
Aku masih dapat mendengar Azan setiap masa.
Syukur. Alhamdulillah.
Namun doa sentiasa di panjatkan supaya Allah tak lupa pada aku untuk dapat hadir menghadapNya.
Hadir dalam majlis naunganNya.
Allah offer Taman-taman Syurga ketika di dunia..
Kita tak nak hadir ke?! YES... kita tak hadir.
Pelbagai alasan kita beri..
Termasuk lah aku ni.
Antara majlis ilmu yang aku berkesempatan hadir lately
Kuliah Zohor di Bank Islam, Setiap hari ada.
Antara makan atau pahala?
Kuliah Maghrib di Bandar Baru selayang- Masjid Al firdaus
Kuliah Maghrib di Sri Gombak - Masjid Al khairiyah
Majlis Ta'lim di Setiawangsa - Masjid Muadz Bin Jabal
Kelas Al-Quran - Tajwid - Every Monday
Bermula dengan Ta'lim perdana haritu - Ust Don & Habib Ali Zaenal ( Qasidah Ya Hanana )
Which is one of my favorite - plan nak buat masa Majis Kahwin nanti hehe
Hijab event - Conduct by Dr Harlina & Wardina Saffiya
Yang lain, aku ada la tengok-jenguk Talk yang di anjurkan di FB. seperti
Konvensyen Fiqh, - Ramai panel ngetop u just name it.
Prof Muhaya
Ust Pahrol
Ust Dr Zahazan
Ust Dr Zaharuddin
Ustzah Fatimah Syarha
Dr Harlina Siraj... ramai lagi la =)
Baitul Muslim - terlewat register.. so hanya bertanya khabar orang.
Talk Yasmin Mogahed - April In Sha Allah
Mufti Menk. - Halaqah di UIA on March . In sha Allah
Ni macam dah masuk peringkat kebangsaan laa.. sebab kalau kat sana, yang hadir bukan calang-calang orang. Kita akan rasa semuanya nak Syurga.
Wow besar cita-cita kak.
Tu la, QUESTION is..
did i walk the talk?
Malu nak jawap.. bila aku sendiri mengajukan soalan ni pada diri. nak tutup malu, nak being soft to heart.
Aku jawap. In progress.
Sedey. Kesungguhan tu ada. Istiqomah tu sukar sebenarnya.
Ok tu sahaja dulu untuk sesi permulaan di tahun 2013 ni. Kiranya aku akan dapat rentak semula untuk menulis lepas ni. In Sha Allah, doakan ye.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Kita hanya penerima,kita bukan Pemberi.Yang memberi ialah Allah,dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka.
Ameen
No comments:
Post a Comment