Chipsmore mcm kawan

Salam

Ni kire wrap case untuk hati-ku yang luka parah afew month ..


ath cuba menahan marah. Tak pasti apa yang buat dia marah tapi dia cuba untuk tidak meluahkan kemarahannya. Mata mula berair. dia diam Salah satu sifat ath bila marah, matanya akan berair dan diam.

Istighfar

Min: Sabar ath.Istighfar bila marah.
ath: memang tengah sabar. Kalau ikut hati dah lama tinggalkan tempat ni.
Min: Tahu kau marah. Tapi mereka kan kawan.
ath: Kawan takkan cakap macam tu. Aku tak sebut sepatah pun, dan aku buat macam tu sebab mahu diorang gelak. Tak ada langsung niat nak sakitkan hati.
Min: Mereka tak tahu.
ath: atau taknak ambil tahu. Sedih macam ni.

Min: Berlapang dada dengan sahabat boleh?
ath: Habis biar diorang tu pijak kepala?
Min: Banyak benda boleh selesai kalau semua bersangka baik. Anggap diorang tak tahu, atau tersalah cakap. Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dengan sahabat. Lain kawan, lain ragamnya.
ath: dan diorang tak perlu berlapang dada dengan aku?
Min: Anggap diorang tak tahu. Kalau kau tak tunjukkan, sampai bila pun mereka tahu apa itu berlapang dada.

lupa kesalahan

ath: Tahu. Tapi sedih sangat bila dipanggil macam tu. Aku walaupun nampak macam ni, dalam hati masih ada taman.
Min: Sempat lagi melawak.hehe. Macam ni la. Kau cuba ingat balik benda yang diorang pernah tolong dalam hidup kau kat sini. Banyak kan? Jadi jangan sebab silap diorang yang kecil ni, kau nak marah.
ath: InsyaAllah. Buat masa sekarang, aku cuba jauhkan diri. Mungkin diorang rasa annoying bila aku ada sini.
Min: Kalau itu yang terbaik, teruskan. Tapi kawan yang baik takkan rasa annoying, malah kebersamaan itu yang buat manisnya nikmat ukhuwah. Saling ingat memperingati, saling tolong menolong, saling lengkap melengkapi, dan yang paling penting, akan tegur kau kalau kau buat salah. Nanti minta maaf sebab terlepas cakap. Salah faham je tu.


ath: Baik. Thanks a lot Min. ko kawan yg baek.. Nak harap SS, asyik busy je. hehe
Min: Dia kan ada Test. Kerja berlambak lagi tu. haish..
ath: Yelaa hrap die ok n berjaya dlm test..
Min: Ameen~
ath: Ok. Aku nak sambung tengok doremon..hehe
Min: haish..layan doremon je kau ni.



Ok skg kite tengok dari sudut yang sangat positif,
Kawan ni macam CHIPSMORE...
Mengeluh panjang aku pasal nih. Bila fikir dari sudut positif mean aku tak mahu salahkan kawan aku, memang betul hal ini akan terjadi dan its normal. Sebab semua orang ada dunia masing-masing. Takkan lah kawan tuh setiap masa nak berkepit dengan kita sorang. Jangan jadi selfish memikirkan hanya diri kita. Tapi tengok dari sudut kawan kita jugak.



Apa itu sahabat?


Seorang sahabat memiliki makna 3 hal, membahagiakan, menggembirakan dan menyenangkan. Jika kehidupan selalu silih berganti datangnya kebahagiaan dan penderitaan namun seorang sahabat hadir dalam bentuk 3 hal diatas sehingga kehadiran orang sahabat saling memuliakan membuat hidup ini menjadi indah.


Kadang-kadang

Bila kita susah, sahabat kita tiada disisi
Bila kita gembira, sahabat hilang entah kemana
Dan terfikir, "Dimana sahabat kita saat berkongsi suka & duka?"

Tetapi ada juga yang sangat prihatin

Bila kita susah, sahabat datang membantu
Bila kita gembira, sahabat sentiasa disisi gembira bersama
Dan terfikir, "Inilah sahabat sejatiku"

Tetapi boleh jadi begini juga

Bila sahabat susah, kita TIADA disampingnya
Bila sahabat gembira, mana pula sahabat kita pergi

Kita tidak pernah berfikir dari sudut dia bernama sahabat
Kita hanya fikir diri kita. Sahabat perlu disisi kita. Tapi bila dia perlukan kita, dimana kita?
Betapa kita amat pentingkan diri sendiri !

Aku akan cuba yang termampu, kalau kawan datang, minta bantuan.. aku akan cuba sebaik mungkin..
Aku sayang sahabat or kawan2 aku..
harap dorang pon sayang aku juga hehe

Rasanya skarang da boleyh heal and feel again.. :)

No comments: