memaafkan

..ni salah satu tajuk dalam buku yang saya sedang baca, Memafkan..

tajuk ni menarik sangat untuk dikongsi.. penulis tu kata, hidup ni terlalu singkat untuk membenci, oleh itu sucikan hati mencari hakiki.

terasa nk komen tajuk ni sebab in this moment terasa hati berat berkira kesalahan orang dalam hati.. padahal tak perlu pun..

Jika datang orang "menghadiahkan" air mata.. anggaplah Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar dan Redha.

Ye, betul.. kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik dan terkesan dengan ketidak-adilan, Namun.. kita perlu pujuk diri, paksa untuk menghadapi saat-saat kritikal .

Macamane?

Ingat! kita ada akhirat..
segala ketidak-adilan.. akan dibicarakan di mahkamah sana.
Jadi, hati kita akan tenang dan boleh melangkah semula.
Lagi satu, Jika kita marah, menjadi dendam..itukan Dosa. Jika kita memaafkan, itukan pahala.


Maafkanlah..lupakan..
gantikan segala yang negatif dengan sayang, suka , cinta.. senyum.. berperang dengan mereka beerti berperang dengan diri sendiri.

Teringat satu firman, "balaslah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kamu akan dapati musuhmu seolah-olah menjadi saudara.

hmm.. bukannya besar mana pun dugaan yang kita tanggung ni berbanding kaum terdahulu. kita ni cuma memperjudikan ego, harga diri untuk mengalah dan sabar. Mengapa perlu terasa sedemikian rupa?

Siapa aku ? yang kecil, kerdil.. tak ada apa-apa.. segalanya yang ada pada diri hanya pinjaman semata ..teganya untuk berdendam?!

siapakah aku untuk tidak memaafkan?... berani sungguh untuk menyimpan dendam!..

tiba-tiba, di satu persimpangan rasa...
Ya Allah ampunkanlah aku..sengaja atau tidak sengaja.. terkadang terselit sekelumit dendam..

What you give u get back.

......campak jauh-jauh dendam.. Penyakit hati ibarat barah!!

No comments: