Post ni di dedikasi kepada semua sahabat-sahabat yang pernah berkongsi suka duga mereka dalam status
"in Relationship" dengan saya.
saya hargai. kerana dengan mendengar, saya dapat pengetahuan, dapat membezakan. Dapat menasihatkan, dapat mempelajari tentang hubungan yang satu tu
Terima kasih.
Berkongsi bermakna mereka percayakan saya.
Begini..
Yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis tentang ini kerana ia berkaitan dengan hati .Hearty
Cinta memang indah. Entah ,dah lama saya tak terjebak dengan cinta antara berlainan jantina. maksud saya kaum Adam.
Hampir terlupa bagaimana rasanya.
Tapi saya masih tahu ia membahagiakan, kerana sekarang pun disayangi oleh sahabat, oleh keluarga pun dah rasa Nikmat teramat.
Bukti yang paling sahih untuk menggambarkan betapa manusia ini begitu taksub dengan cinta ialah di kedai buku.
Cuba lihat lambakan karya meletakkan Cinta sebagai tajuk.
kebanyakan kita terburu-buru dalam Cinta. Saya juga begitu dulu.
Kini hanya simpan dalam hati. Ok back to the topic. Ni entri untuk mereka Bukan saya.
Putus cinta seakan-akan mengurangkan komposit akal seorang manusia. Kenapa?
Dalam situasi ini pun, saya sentiasa berfikir: Bagaimana agaknya kalau tak dapat dia?
Kalau nak ikutkan seperti dalam Telenovela. Silakan..
Sebab orang sekarang selalu kata " orang lain pun buat, mereka buat begitu begini. jadi kalau bercinta kita pun harus buat macam tu.
Nasihat saya :
Sebelum anda hendak berbuat apa-apa, sila tekan butang ‘pause’ dahulu. Kita tengok, jalan apa yang kita hendak ambil.
Bila anda putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai anda. Malah, ALLAH tidak pernah putus cintaNya kepada anda. Kenapa, bila anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta segala-galanya? Secara tidak langsung, anda telah memburukkan nama cinta itu sendiri. Cinta anda, hakikatnya langsung tidak sejati. Cinta anda, hanya cinta murahan.
Hiduplah, dan hadapilah. Cinta yang terputus itu, mungkin teguran halus daripada ALLAH SWT. Mungkin ALLAH hendak menyatakan si dia bukan jodoh anda, mungkin juga ALLAH hendak anda muhasabah balik kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang anda bercinta, mungkin juga ALLAH hendak memberikan anda sesuatu yang lebih baik. Kenapa anda tidak boleh mendidik diri untuk bersangka baik kepada ALLAH?
Ketagih
Apa pulak ketagih? bukan ambil ubat-ubatan terlarang, Dadah atau alkohol..
Maksud saya, ketagih kepada perkara-perkara yang sudah terbiasa dilakukan ketika bercinta
SMS
-Ucapan selamat pagi Darling, selamat mlm ,bertanya khabar..dah makan ke belum, hari2 soalan yang sama
-Membuat Laporan aktiviti .kemana pergi dengan siapa. Pukul berapa balik.
Handphone sentiasa ditangan.
DATING
-3 kali seminggu mesti jumpe. Nk lepaskan rindu katanya
-Jalan-jalan+makan-makan
Ye betul. Betul.. semua kebiasaan ini akan kita rindu. Akan rasa kehilangan jika HP tak berbunyi, Takde SMS indah daripada kebiasaan.
Hidup akan rasa sunyi. Sunyi yang kita cari..
saya suka nak kongsi satu kata-kata yang saya pegang hari-hari
when u feel all alone
Allah Tells you
:Never will i leave you
:Never will i forsake you
P/s: Maaf jika ada tersalah kata, entri ini juga untuk pesanan kepada diri saya.
No comments:
Post a Comment