Malam ni sebelum saya online, saya cakap dalam hati, Harap-harap shahirah online.
Saya nak mintak maaf dari dia. kerana pagi tadi saya bercadang hendak ke rumah dia untuk tolong-tolong apa yang patut sebab saya rasa tak dapat berlama-lama semasa hari knduri keesokan harinya.
Alhamdulillah, dia online. saya terus menyapa dengan memberi salam dan say sorry.
Die terus shoot saya.. maksud saya, dia potong kata-kata saya.
begini bicaranya
"aku tau knapa kau cakap sorry
kau tak dapat datang kn knduri aku , takpela nak buat macamana"
tersenyum-senyum saya membaca kerana gaya dia macam orang bekecil hati.
"Eh, bukan..aku mintak maaf sebab tak dapat datang tadi"
"Esok, insyaAllah datang sebagai tetamu"
Barula dia mula meletakkan smily :) :D ^_^ Seperti kebiasaannya .
Lega hati saya.
Dalam hati, kalau saya tak datang jugak majlis dia esok, sah la perang dingin bermula.
Tak mahu. Payah betul bila keadaan "dingin"
Saya banyak bertanya tentang majlis pernikahan kakaknya siang tadi.
Saja mengusik :Athirah :Kau mesti nak nangis kan bila kakak kau selamat dinikahkan tadi?
Shahirah : Eh mane ada, aku kan kuat.kalau ngis aritu air badan keluar
Athirah : Haha yelaa tu bukan proses pemejalwapan ke? :)
Shahirah: Haa yang tu la aku nak cakap (loya buruk)
Athirah : Sekuat mane la hati manusia ni kalau datang bab hati & perasaan tu.
Shahirah : haha, atok aku nangis la tadi. Aku rasa ayah aku nerves la tadi masa akad nikah. die sebut nama akak aku kuat-kuat.
Athirah : Biasa la tu, dalam novel pun mesti nangis-nangis time majlis nikah. hehe
Shahirah : Kau ni tak habis-habis novel.
Athirah : Aku doakan, dengan bersatunya ikatan hati dua insan tadi, akan menambahkan kebahagian dalam keluarga kau.
Shahirah : hehe Thanks. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Ameen.
Shahirah : Macamana hati kau?Athirah : Hati aku? knapa dengan hati? Oh dah ok. Sihat alhamdulillah
(Teringat beberapa hari kebelakangan ni,hati tak tenteram)
Shahirah : Jangan risau, kau masih ada aku yang cute ni. heheAthirah : Haha cute sangat sampai tak boleh buat apa. :P
Athirah : Aku nak tanye ape ko rasa mase akad nikah tadi?
(suka tanya soalan-soalan luar alam) this is me..
Shahirah: aku terharu rasa nak nagis (mengaku pun) & aku tertanya-tanya bila la turn aku pulak..aku dah cakap kat sepupu aku tadi aku tak nak bercouple dengan orang yang tak ready nak kahwin. Athirah : hehe
Tak sempat nak sambung kata-kata dia dah offline biasa la FB, line kejap OK kejap KO.
Entah kenapa sejak kebelakangan ni, pertuturan saya agak skema. Ayat saya satu-satu seperti dalam buku.
Entah la, sampai sahabat saya mengulang perkataan yang dia rasa janggal semasa bersembang di Skype pagi tadi...
Contohnya, "babe, aku nak tanya berkenaan Myvi yang kau cakap haritu"Dia balas : 'Berkenaan Myvi yang aku cakap tu, Aku tarik balik..Tak payah la..engine bising'
See .. dia stress kn perkataan "Berkenaan"
Banyak lagi ayat yang saya kira "aku ke ni?"
semasa dia meluahkan kebimbanganya berkaitan Exam, stressed.
Lpas type sepotong ayat tu, saya tersedar. Mesti dia terkejut. Saya tak pasti samada dia follow atau tidak Blog saya ni. Harap-harap dia faham la hehe
Terikut-ikut gaya bahasa penulisan di Blog agaknya. Skema. Saya sendiri tersenyum! gaya macam nak jawap soalan SPM je
A very short conversation yang membahagiakan ..
Teringat saya petang tadi abah tanya, "Nak beli kereta untuk apa?"
saya garu kepala nak jawap.
Tak kan nak jawap macam dalam blog ni.
Susun ayat satu-satu..saya tak biasa begitu dengan beliau.
Saya hanya jawap: "susah la naik bus. lambat.."
Dalam hati &otak ligat berputar..
Tak puas hati dengan jawapan saya sendiri beri tadi sebenarnya.
Kak Shima pun pernah tanya saya dengan soalan yang sama
"Awak nak beli kereta untuk apa"
Teragak-agak nak jawap.. Sebab terasa Besar hati bile seseorang concern pasal diri.Saya suka begitu. Rasa Bahagia
Rasa nak copy paste je jawapan yang saya beri pada kak shima haritu..
- nak guna untuk ke kelas pada hujung minggu
- Senang nak kesana-kemari
- Senang sikit kalau hujan & panas
- Boleh la hantar ibu ke pasar & kesana-kemari
- Tak de la habiskan banyak masa dengan menunggu bas. Solat lewat nanti
- Takdela menyusahkan abah dan kawan-kawan kalau nak kemana-mana
Walaupun jawapan justifikasi agak meminta simpati. Tapi itulah yang saya nak cakap.
Satu hari semasa saya menunggu bus agak lama tempohnya. Sejujurnya Memang lama gila. Rasa nak nangis masa tu.
Hampir 45 minit.
Hati saya terdetik,
Nanti Allah tanya. knapa Banyak habiskan masa terlalu lama menunggu. Apa saya nak jawap.
nak jawap Sebab tak ade kereta?
Nanti Allah tanya knapa tak beli?
nak jawap Tak mampu?
Nanti Allah tanya: Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?
MasyaAllah.. masa tu nak jawap apa lagi?
No comments:
Post a Comment