Ada ketika-ketikanya, kita terasa apa yang dibuatnya serba tidak kena.
Kita isi hidup kita dengan pelbagai pengisian. Kita bergantung dengan pelbagai pergantungan. Kita harap kasih sayang insan itu akan berkekalan. Kita damba kebahagiaan kita akan berterusan.
Tetapi sebagai manusia yang berfikir, kita akan terfikir, sejauh manakah kesenangan kita akan berkekalan?
Selama manakah keamanan yang ada pada kita akan berterusan?
Mengeluh, resah gelisah.. itukan sifat manusia yang allah sebutkan dalam Al-quran.
Memang manusia itu fitrahnya Lemah..
Perlukan sokongan. Pada apa kita hendak meletakkan pergantungan? Kekadang terselit iri bila melihat manusia lain beroleh apa yang diimpi.
Tapi itu cuma dihati.
Apa yang terlintas dihati pasti terlintas difikiran. PELIK. jarah hati dan Otak Jauh..
Di dalam hati kita, ada satu lompong. Kosong. Tidak terisi.
Semua kita merasakan kekosongannya. Ruang itu sunyi. Dan kita takut dengan kesunyian yang ada di dalam ruang itu.
Konklusi..
Dengan mendekati Ilahi, kekosongan di dalam hati yang amat misteri itu terisi .
Cinta kepada manusia, yang dibina di atas cinta kepada Allah, ia akan memberikan kekuatan berkali ganda kepada kita.
Segala senyuman akan kita hargai, segala kebaikan akan membuatkan jiwa kita lapang, segala ketenangan membuatkan hati kita tenang. Oh, bahagianya.
Tidakkah tidak mendapat semua itu, membuatkan hati kita sunyi?
Jadilah pencinta. Belajarlah berkorban. Kita akan memahami.
Kita tidak akan sekali dapat menjangka
apakah yang Al-Hakim aturkan buat kita
bijaksanaNya melampaui ilmu yang ada .
"saya cintakan kamu semua"
agaknya bagaimana Allah menjawap penyataan hambaNya yg menyintai sesama hambanya KeranaNya!
Sesungguhnya Allah swt memanggil Jibril dan berkata " Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun menyintainya dan menyeru seluruh penduduk langit untuk menyintai orang ini. Maka seluruh penduduk Langit menyintai orang ini. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap penduduk bumi (Hadis Riwayat Bukhari)
Namun, selama ini cinta siapa yang kita kejar?
No comments:
Post a Comment