First date

first date was suck.. teringat Blog seorang hamba Allah yang sy pernah baca dulu hehe..

haha tu untuk kak shima mengimbas kembali kenangan dating beliau .
And Again, tadi.. kami lambat, Kak Shima Tersayang yang punctual. 

SMS Masuk ketika kaki melangkah ke Eskelator Tak berfungsi Mid Valley. 
"Nampaknya arini akak dapat makan ice cream free 3 la sebab U all LATE"
Senyum je baca sms tu, Sedar diri lambat.
Arghh dalam hati merungut, susah nak puctual bila deal dengan Public Transport ni. Terutama KTM yang tak tepati masa.
haha salahkan KTM adalah jalan terbaik sebab TAHU dia takkan jawap balik.

Masa dah nak sampai ke McD tingkat atas, Lokasi yang dijanjikan untuk berkumpul.. Nampak Nazira berbaju Purple senyum-senyum menuju ke arah saya.
Jalan Sekali la Jumpa Kak Shima yang dah berkurun tunggu adik2 yang lambat ni.

Heheeee Windu. 
Sminggu tak jumpa.

Gimmick Farah

Farah : Assalamualaikum
Ath : Wslm, ye cik Farah, Dimana Kamu? Lokasi?
Farah : OTW.. Orang lambat sikit taw, ada hal tadi. ckp kat Kak Shima, orang tak join tau.
Ath : Haa? Datang ke tak ni?  ( malas nk panjangkan cerita, konfius sikit)
Farah : Datang tapi saja je cakap ..ok ok Bye.

Duduk je , Kak Shima dah tanya ,

Kak Shima : Ni No Farah ke? sambil tunjukan HP Nokia Stylo dia tu hehe
Ath: Sy angguk je ( Control..), Pandang Nazira minta kepastian..
Kak Shima : Kenapa dia macam tak tahu je plan kita harini.. Pelik la. U all dah bincang belum semalam
Nazira: Dah, dah dia siap mintak tentative lagi.. Tirah dah buat..Dalam E-mel.
Kak Shima : Dah tu Kenapa dia tanya lagi..pelik la farah ni..

Kak Shima dah tak keruan, Yelah, Tak cukup sorang, Tak Lengkap la kan Program Menyemai Ukhuwah ni

Kak Shima : Dia cakap apa ?
Ath : Tadi dia Call, dia cakap dah bagi tahu semua kat Akak..
Kak Shima : Biar akak kol dia (Loud speaker)

haha penat tahan gelak tengok kak shima risau Farah Tak datang..

Last2 farah admit, baru la lega kak shima. Kegeraman masih ada.
Saya pun konon2 geram padahal dah tahu.

Farah lambat sebab beli Kek untuk Bufday Nazira yang Cool pada 1/1/11

Cantik betul Nombor tu.

Sebenarnya
Terdetik nak buat perkara yang sama macam farah plan untuk kenakan Kak Shima.
Tapi terlupa sebab KTM yang Lambat.

Lepas Farah yang Hawt sampai, Kami terus mulakan Game Bowling seperti yang dirancang.


Hebat betul Farah.. mesti selalu main ni. Yang lain Rilex je .. 
Masuk Longkang, Tak pun spare


Banyak problem , Bola stuck la, Lampu Lane tak nyala la.
Dugaan
Semua berjalan dengan Lancar Alhamdulillah.  

Soalan yang dah confirm keluar "Lepas ni kita nak pegi mana?" tanya Kak Shima

Hehe ,Farah Reply "Orang tak datang kerja , tak baca emel tak tahu.. tu laa sape suruh cuti"

 Menyakat!

Semua tak tahu, Last-last saya cadangkan Pizza Hut. Terasa nak makan spegheti pulak.
Semua setuju. yeay!








Masa nak bayar Bil Farah Tanya..
"Macamana nak kira ni"
Selamba je Kak Shima Jawap
" Guna Kalkulator la"

Haha, Lawak betul mereka ni. Kalah i...

 Cantik Kek, Berry Cream
 Ni dari HP Farah, dia tak Bagi Blutooth.. hehe

 Nak Jugak Bergambar dengan Bear ni.. Huhu
 =)
Melangkah Keluar Ke The Garden.


Betul ke esok cuti? Sebab Malaysia menang Bola Semalam?
Semua tanya benda yang sama.

Heee HAPPY nyaa..

Buat kesekian kalinya rasa semangat Untuk Malaysia.  

Kesimpulan
Banyak yang dibualkan. Banyak yang menyakat.
Semua tu Gurauan yang menggembirakan

"Hari ni hari yang Bahagia" Kata Kak Shima

Tiru ayat saya. Malu la.. hehe =)

Nota Kaki : Lain Kali nak menyemai Ukhuwah Dimana? Rock Climbing? Kayaking? Hiking? 
But please No Swimming .

Farah: Tak mau la aktiviti Basah-basah ni.
Nazira : Banyak Senyum dan sokong (sebab tu kak shima sayang dia. Dia CooL =)

Hepi Bufday Nazira. 



Ukuwah
Bagaimana ye nak ada ukhuwah macam ni? tanya seseorang kepada saya..
Hmm terkesima saya dibuatnya. Bagaimana ye?

Adakah sekadar makan bersama? ketawa bersama? 
Saya rasa tidak.
Kerana ia ada proses dalam mengenali seseorang dan tautan antara hati sahabat dengan sahabatnya.

Kita bebas berkongsi. berbincang dan menasihati antara satu sama lain. Semuanya Untuk kebaikan.

Apa yang saya risau,

Semua kenangan ini akan mengalirkan air mata. 

  • Sahabat, i want to be your favourite Hello and hardest Goodbye
  • Remember me and smile, for its better to forget than remember me and cry.

No comments: