Ikut-ikut perkiraan kelender moden lagi beberapa hari je nak melangkau ke 2011.
Umur pun akan tambah setahun lagi..
22+1=23
Rasa-rasa banyak benda yang belum terlaksana.
Mengeluh panjang saya bila fikirkan hal ni. Belum sepenuhnya gembira menjadi diri sendiri. Belum cukup bersyukur sebagaimana yang sepatutnya.
Belum buat yang terbaik.
Itu PERKATAANnya.
“(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak membenci.” Surah Ad-Dhuha ayat 3.
Dalam menyelusuri jalan-jalan memperbaiki diri, adakalanya kita lemah .
Terlalu memikirkan Apa orang akan kata, sebab hakikatnya memang kata-kata orang tu banyak yang negatif dari positif .
Hari-hari dok dengar orang cakap itu dan ini.
Sakit telinga bila kita buat baik, orang cakap kita saje-saje nak tunjuk baik. Betul la, mulut orang tak boleh tutup.
Kenapa? orang muda perlu berperangai seperti orang muda seperti hari ni jugak ke?
Tension + keliru.
Mereka ni berfikiran jumud , sedangkan secara total mereka mempunyai Segulung ijazah.
"Tirah, ko kne enjoy2.. muda lagi pe.. Enjoy la."
Bukan nak menafikan istilah "ENJOY" tu..
Boleh.
Tapi takkan la sepanjang masa nak enjoy . Bila cakap perkara serius, mereka akan gelak .
Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.
Kita melihat satu-satu perkara itu ‘cool’, kita tiru.
Kita nampak satu-satu perkara itu ‘hebat’, kita nak jadi macam itu
Masa semakin singkat.
Tidakkah begitu? Saya rasakan begitu.
Teringat masa tumpang kereta Farah Jawahir tempoh hari.
Sedang perhati kenderaan bergerak perlahan dijalanan.. Ternampak sebuah kereta mewah memotong laju kenderaan yang kami naiki..
Ath : WaaooO..
Farah : Bestnye kereta dia.
Ath: A'ah, Nak ke? insyaAllah boleh beli satu hari nanti..
Farah : Nak tu memang nak..Tapi tak mampu kot. Bazir je.
Ath : Kalau duit da terlebih tu..( ketawa)
Farah : Ishk tengok kemewahan ni bahaya betul rasa macam keduniaan sangat. Jangan la ckp tentang ni.
Ath : (Lega+Bersyukur)... Betul tu, rasa macam Cinta Dunia plak.
Senyum sepanjang perjalanan memikirkan Petunjuk Allah dari sahabat.
Alhamdulillah, Allah beri sahabat camni.
Ini yang saya maksudkan.. Bukan tak boleh enjoy kerana Enjoy bukan sepanjang masa.
Kami boleh berbincang tentang hal-hal serius dan seronok dalam perbincangan.
Siapa pada harini boleh buat begitu? Tanpa ada cakap-cakap dibelakang!
Alhamdulilah-alhamdulillah
Overall 2010 ni, banyak perkara baik berlaku.
Jumpa macam-macam pintu pembaharuan. Antara nak masuk dengan tidak je.
Rasanya dah bukak pintu tu.. tinggal nak melangkah masuk je belum lagi..
2010 Meninggalkan banyak notification2 yang perlu notify..
Masih banyak Azam yang belum di lunaskan.
Usia 23 tu Banyak bagi saya. Rasa macam banyak yang ketinggalan.
Nak fikir Belajar, Keluarga, Kewangan, Ehem Perkahwinan.
Serabut nye otak.
Belum lagi tgok amal yang ciput tak seberapa ni. Macamana nak jawap masa Menghadap pencipta.
Astaghfirullahalazim.
Bila sebetulnya nak fikir semua ni?
Nanti dah besar skit baru nk fikir?
Sempat ke?
Pernah tak fikir, macamana Rabb kira umur kita? kalau tak bermanfaat Tak dikira langsung ! Ruginya kalau begitu..
:( nak meraung rasanya..
Ini untuk Mengingatkan diri saya yang mudah lupa ni.
Duduk sebentar, muhasabah diri
Cas bateri dalam diri untuk menggerakkan Diri
Harapan itu sentiasa ada. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment