Malam Jumaat semalam, saya dan keluarga bergegas ke Kampung di nun jauh ke utara. Menyeberang selat meLaka ke Pulau Langkawi..
Katanya tok wan akan dimasukan ke Hospital.
Dalam perjalanan yang jauh tu, Sebelum sampai ke Alor Setar untuk solat subuh. Radio kedah tu menyiarkan satu rakaman ucapan dari Timbalan Perdana Menteri tu kata sempena smbutan hari krismas, kata beliau,kita amalkan prisip keagamaan yang sederhana dimalaysia ni ..dan peroleh keaman.Tidak ekstreM.
ermm apa maksud Beliau? ouh beragama pada hari raya, pada hari pernikahan, pada hari kematian sahaja? itu ke kesederhanaan? Entah la. Dari mengantuk terus terjaga bila dengar statement tu.
Sampai je di Jeti Kuala Perlis dalam pkul 10 pagi.. Terkejut habis sebab ramai sangat manusia disana. Diluar kebiasaan.. Musim Cuti .Mestilah. Selepas berbaris panjang untuk dapat Tiket boat, terpaksa tunggu lagi sampai pukul 11.30 ..untuk menaiki boat Coral3 ke Kuah langkawi.
Dalam boat semua tertido kerana kepenatan.. Best naik boat dibuai ombak hahaha tak boley bla ayat.. skema habis..
Maksu dah tunggu di jetty untuk ambil kami ke Rumah dan melawat Tok Wan. Alhamdulillah semua ok.
Petang tu sempat lagi ronda-ronda di pekan untuk beli coklat dan tengok-tengok apa yang berkenan.
Abah masuk kesemua kedai Camera. Nak survey agaknya..
Gaya macam nak beli je. Sukanya kalau beli.. Tapi abah kate nak survey harga n compare kat KL nanti..
Teringat dekat Farah, sebab Hari Jumaat Lepas, dia ada cakap nak coklat ferero rosche.
- Dia order Ferero 2 boxs
- Cadbury 2 bar
- Daim 1
Waa banyak betul dia order, SUKA Coklat minah tu haha..haritu bagi malu-malu tak nak..
Hari Ahad sebelum balik naik Boat ke Penang untuk hanar adik balik USM, atok kirim kelapa, Bunga Kantan dan serai untuk bawak ke KL.
Orang tua memang camtu, kalau boleh suma dia nak suruh bawak balik.. huhu
Oklah Lepas makan tengahari ni dah nak balik ke KL.
Nota Kaki : Udang Goreng besar Punya, Ikan Terubuk bakar dan Air Asam Hand made by tok. Perghhh..
Balik KL banyak perkara menanti untuk di penuhi..
No comments:
Post a Comment