Angin Malam

Before Azan Asar Hari terakhir Hijrah 1431 semalam SMS dari sahabat diterima ajak minum-minum lepas kerja.

Yup, invitation dari sayla, siapa boleh tolak?
Lagipun memang dah lama sangat tak keluar duduk-duduk dengan mereka.
Gembira.
Tapi kerja yang bertimbun kt opis tu buatkan mood sedikit terbantut.

Malu juga untuk berhadapan dengan diorang sebab dah lama tak jumpa. Perubahan yang macam-macam secara zahirnya terjadi kat diri ni.
Ingat nak buat plastik surgery je haha idea gila

Macam-macam cerita keluar bila dah duduk semeja.

Tengok gelagat manusia yang tak pernah kosong di NZ tu pun boleh jadi cerita.

"Kalau min and anryra ada mesti lagi best" kata Sayla
Semua setuju.
Betul lah, Min memang penyeri keadaan. Paling riuh. Rindu pulak kat dia.
Bila teringat segala "kelatahnya" rasa nak tergelak.

Perut memang lapar as dari siang tak makan apa.
Order Nasi goreng kampung (extra cili api) dan telur mata
Neslo

Yang lain pun order menu masing-masing.
Sayla : mee goreng mamak (mamak je ada kt situ) dia mmg suka mamak ni haha
Shiro : Nasi goreng kerabu (tak nampak pun kerabu nya)
Shahira : tak makan cuma minum Neslo je.

Lepas makan, nampak meja sebelah order baik punya Roti Tissue..
Tinggi lain macam. Rasa nak rasa.
Kiteorang pun order gak rotinya
Roti Tissue paling tinggi pernah tengok.

Haha.. sedap makan roti ni ramai-ramai.

Shiro geram dengan orang kat meja depan tu sebab makan tak habis, Membazir je.. order banyak 
(sorang satu)

hehe concern betul kawan aku sorang tu.  mana taknya, memang terlebih concern, semua orang yang lalu lalang kat situ dia nampak. Yang hensem yang pondan, yang buat aksi terlebih semua dia capture.

Hmm.. Dari cerita shahira, macam-macam ragam lelaki dia jumpa. Semuanya "Bodoh"..
Eh, memang tak biasa aku guna istilah tu, tapi bila dengar cerita dia semalam, laju je mulut ni sebut.
Mana taknya................................................. ermm simpan je la cite tu. 
(shahira memang berani)

Sayla macam biasa. Nak tunggu dia cerita, memang tak punya.
Kalau dia bukak mulut cerita tu, Bertuah la.
Bukan aku tak nak tanya. Malas nak provoke. Bagi aku kalau dia nak cerita.. dia akan cerita.. selama yang aku kenal dia ni, dia begitu.
Aku tunggu dia cerita je. Bila dia cerita tu tandanya dia memang nak kongsi. Kalau tak, Jangan harap.

Memang tak puas hati sebab, dia yang tengah serabut sekarang. Tapi satu pun tak keluar dari mulut dia. Hint tu ada. cuma huraian lanjut tak dengar pun.

Aku harap dia dan kawan-kawan aku yang lain tu, dapat apa yang dihajatkan.

Selain dari tu, kami cerita berkenaan wedding anyra yang akan berlangsung 1 januari 2011 ni.
Semua cakap anyra nampak bahagia dan berseri-seri.
Bila la bahagia begitu jadi milik aku? Tumpang bahagia dengan kegembiraan dia .

Lepas anyra mesti sayla yang akan follow jejak anyra. haha saje usik dia.
Walau apa pun keputusan diorang. Kita tak ada hak nak campur.

Siapa kita nak melebihi takdir Allah? bukankah takdir melebihi Tadbir~

Allah, kalau la aku ada kekuatan bagi tau diorang aku sayang diorang secara lisan.
Kalau la.
Tak penting pun semua ni? siapa cakap?
Aku cuma tak nak rasa rugi, tak nak nanti dah terlambat baru nak mengaku.

Allah suka orang yang sayang kepada sahabatnya..
Perintah Allah yang satu ni pun kalau kita tak boleh ikut. Macamana nak follow yang lain?

Tak apa kalau diorang tak sayang aku.
Coz no matter what they do ..they say..They could never know how does its effect me.

Logik
Orang sayang kat seseorang kerana rupa paras
kerana wang ringgit
kerana kedudukan
kerana advantage yang diorang akan dapat

kerana apa lagi?

kerana kebaikan dia?
kerana keperihatinan dia?
kerana hati dia baik?
.........................................Zaman sekarang mana orang nampak semua tu. Kalau diorang tengok dengan pandangan zahir semata?

Back to the story, Sebelum sampai rumah, Sayla Isi minyak.. Aku letak RM 10 dalam purse tanpa pengetahuan dia.
Memang tak nak dia tahu pun. Kalau dia tahu dia memang tak nak ambil. Sama la dengan shiro atau siapa-siapa.
Erm ada jugak orang yang ambik . Pernah Jumpa. haha.

Balik rumah lepas selesai soLat Isyak. SMS sayla masuk. Dia tanya duit tu.
Aku tak jawap atau mengiyakan pun tentang duit tu. Hanya ucap selamat malam dan terima kasih  je.

PUNYA LA MARAH DIA DENGAN AKU.

Kalau la dia tahu, Bukan nilai Wang Ringgit tu yang aku nak sangat bagi.
Bukan

Terima kasihnya aku kat dia sebab selama ni, dia la yang ambik dan hantar aku balik.
Dia la ajak aku kesana kesini.
Aku nak balas macamana lagi? Nilai Note Merah tu memang tak cukup pun sebenarnya.
Dengan harga minya naik sekarang. Aku hanya bertimbang rasa. Bukan aku nilai persahabatan kiteorang ni dengan duit. Jauh sekali.

Bila dia dah marah begitu, apa yang mampu aku REPLY selain

SORRY.

Tau apa dia Reply?

SORI NAIK LORI LA..

Senyum tawar malam tu sebelum Tidur.

Marahnya dia dekat aku.

1 comment:

Nina Zee said...

rinduuuuuuuuuu u gurls :)