Dah beberapa hari tak menulis.. sebab hajat nak kumpul dulu ilham.
- Dari hari training HIJRAHtoEXCEL
- Ke LOWYAT beli HARD Disk 1 TERA BYTE
semua nak di tulis, tapi Malas. Tak tahu kenapa..
kemalasan dan kepenatan membatalkan hajat ..
Maka Hajat tinggal Hajat haha..
Penyakit "M"
Harini, rasa tak nak lepaskan segala apa yang aku nampak, apa yang aku dengar apa yang aku fikir dan semua tafsiran..
Betul atau salah,
Logik atau tak..
Fantasi atau realiti..
saya tak pasti,
Yang saya tahu, itu yang saya mahu.. bukan nak imaginasi tinggi-tinggi sampai cecah langit.
MAHUUUuu??? Tapi siapa yang nak beri?
Biar saya mulakan dengan mukadimah dari Hilal.. Dia sahaja yang setakat ni boleh explain dengan jelas apa yang tersirat de'Minda dan De'Hearty ni..
Saya menunggu awak
Saya menunggu awak
dengan mata tertutup saya melakar
hidup dan menanti
berjuang dan menjaga diri
perang dan mempertingkatkan peribadi
saya menunggu awak
untuk menyelamatkan diri ini
menunggu dan terus menunggu
hari kita berpimpin tangan untuk ke syurga abadi
Walau seribu orang menyapa
merasakan peluang masih wujud untuk mereka
menyatakan takdir antara kita belum tertulis
saya tetap menanti awak dengan setia
irama ini saya pahat di dalam hati
saya tanam di dalam jiwa
kalau hari di dunia tidak tiba
maka di akhirat nanti adalah pengakhiran penungguan saya
Bahagianya bila dengar cerita kak shima semalam. Walaupun tak tahu hujung pangkalnya.. Apa cerita sebenarnya.. Tapi, saya bayangkan yang baik baik sahaja.
bila jalan dengan Fiza semalam di KL sentral menuju ke Kiosk Cake Secret Receipe, saya tanya dekat dia, Bila la dapat jumpa special someone kita kn?
Dia jawap, Ha??
Saya senyum je, Sedar, yang soalan luar alam camtu memang orang tak ada jawapan. Lebih-lebih lagi, tanya time orang baru balik kerja ,Penat-penat~
Maksud saya, seseorang yang istimewa, tempat kita berkongsi segala rasa, kongsi cerita ..kalau nak gaduh pun kita tahu antara kita dan dia je. Nak terasa merajuk pun kita tahu dia akan pujuk.. terang saya panjang lebar.
"Ohh..." ..Fiza baru faham.., Sabar Thirah, suatu hari nanti kita akan jumpa jugak.
Jawapan standard! Saya tak harap lebih pun sebenarnya, sebab tahu. Soalan tiada jawapan. Hanya Allah je yang tahu.
Saya tengok je kak Shima.. Dari kedai Coklat ke Kiosk kek.. bersungguh betul dia. Bahagia nya..
Cemburu! :)
Sampai je rumah lepas selesai solat dan Makan malam, Ibu cerita jiran sebelah tu, anak dia dah nak kahwin.
Dah tahu Pun, so dengar repeatation dari ibu tu secara biasa-biasa je , sambil suap kerepek ubi kat mulut .. mata dihalakan ke TV,
Ibu sambung cerita, Aunty tu tanya, "anak You bila nak kahwin?"..
Nak tercekik kerepek ubi tu.. cepat-cepat gi dapur minum air..
Dengar adik dan ibu tergelak kat ruang tamu..Aku pun senyum je..
Haha.. aku tanya ibu balik, erm, so bila nya boleh kahwin ni?
sambil senyum-senyum..Konfiden + poyo!
Dalah hati kutuk diri sendiri, Calon pun tak ada lagi.. Ceeyhhhh~
Ibu kata kalau dah ada, cukup syarat orangnya, bawak datang. Kita On je.
Waa green Light tu..
Hmm
Saja nak sedapkan Hati, saya jawap;
- Tak ready lagi la,
- Banyak lagi kekuragan.
- Masak pun tak pandai,
- Banyak Malas dari Rajin..
- Belajar pun belum habis, ...yg paling mustahak,
- Duit pun tak cukup lagi..
satu satu alasan diatur untuk menutup Isu Kahwin ni. haha
I raise my case!!
Doa tak putus-putus untuk perkara yang satu tu.
Takut sebenarnya nak Commit dengan lelaki.
Sebab tahu, kebanyakannya tak tahu maksud perkongsian Ikatan ni.
Maybe I expect too much. But better get ready for the worse kn orang cakap.
Bukan nak sempurna Level Ustaz pun.
Sebab tahu manusia penuh dengan kelemahan.
Yang penting , dia ada ilmu agama yang cukup.
Bagaimana dia melihat kebaikan agama Islam ni..
Mampu jadi IMAM..
Bukan hanya sekadar Mampu Duit
Akhirat ...yang berat di dalam pemikiran.
Arghh payah betul nak explain benda ni.
Kita hidup ni sekejap sangat. sekejap!!
If it really someday for me,When will he come my way |
|**Dia yang mampu menenagkan dari Resah |
True Love start somewhere
I'm Here
No comments:
Post a Comment