Hari khamis yang panjang..
Sebenarnya dari isnin pun dah terasa panjang dek kerana banyak nya kerja.
bertimbunya kerja di pejabat nun.
Banyaknya kerja yang tertangguh dan bertindih-tindih.
Habis yang ini. Masuk yang lain.
Tapi walau macamana pun rasa kusut hari-hari tu, bila datang Khamis, semuanya bagai berjalan on track.
Memang banyak kerja. Tapi macam ada kelonggaran dirasakan.
Boleh je berjemaah . Alhamdulillah.
Sebab esok Jumaat.
Jumaat selalu rasa bersemangat. Rasa ada berkat. Sometimes I wish life had traffic lights, it would tell us when to go for it, when to be careful & when to just stop.
Perjalanan balik kerja dalam bas harini, tak rasa langsung perjalanannya.
Pelik!!
Rasa sekejap sangat.
Entah!!
Seronok agaknya berbual dengan kak Shima..
Agaknya begini rasanya best ada kakak.
Kalau nak adik boleh la mintak kat "parent" . Cakap je,"mak, nak adik.."
Pastu nanti mak cakap "nak berpa? " ahaha.. ( funny thot)
Tapi macamana anak sulung nak mintak kakak? nak mintak abang? haha tak boleh tak boleh..
Best agaknya berkongsi cerita macam-macam. Hmm...
Terlupa!
Sampai terlupa yang aku Puasa harini.
Dalam Train baru teringat, Tak beli apa-apa untuk berbuka.
Takkan nak Telan air liur je. Mana boleh camtu.
5 Minit Before Azan Maghrib adik Call, Tanya lokasi dan beli apa untuk berbuka.
Aku geleng kepala je.
Pastu tersedar, eh mana dia nampak dalam telefon ni.
Dua kali dia tanya, "kau beli apa nk buka dah ni ? "
Lambat-lambat aku jawap, "Tak beli apa-apa" ..tak ingat..
Kalau tak ingat nak puasa tu Logik la kan.
Ni tak ingat nak buka puasa... APA MAKNANYeeeee tuuu?
Parah Parah..
Sempat lagi kne Smash dengan adik "ko korek idung je la"
Huhh sinis tapi kelakar.
Bukankah Tuhan Ciptakan Malam untuk beradu, nantikan Siang
Bukankah Tuhan titiskan Hujan nantikan kemarau..
bila menitisnya hujan,
aku bergembira
kerna aku adalah manusia yang tidak mampu mengalirkan air mata
hujan adalah tangisanku
seakan-akan aku dirai dunia
alam memujukku dengan suasananya
hujan bukan hanya hal aku dan engkau semata
hujan hal dunia dan semua memerlukannya
kerna hujan asalnya rahmat daripada Yang Esa
^_^
No comments:
Post a Comment