dah janji punya pasal nak teman adik keluar teman dia beli barang di shopping Mall.
Tak da mood sebenarnya nak keluar, sebab nak kemas Almari..
Belum habis pikir nak bagi jawapan setuju atau tak teman dia, dia dah buat muka and reka ayat kesian..
she knew my weakness part (aghh i hate this part of me..for being such a soft hearted) :P
"Tak pe laa, biar adik pegi sorang-sorang.."
Hmm dengar ayat camtu yang tak sampai hati..
Sampai je kat shopping mall tu, naik eskelator, dia cakap nak pegi kedai CD kat bawah tu jap lagi..
Aku tanya, nak buat apa pegi kedai CD tu, dia jawap.. nak tgok CD la takkan nak beli basikal..
Ha ha ha.. aku diam je geram sebenarnya, bila dia pandang muka sambil tersenyum-senyum.. aku dah tak tahan, memang tergeLak laa..
eee.. sabar je la .
Lpas beli sehelai dua baju.. dia tarik aku ke kedai buku..
Ayat adik aku yang tak boleh tahan...
"yong, buku ni macam best je.. tengok ni ayat2 dia sangat tepat.
adik suka la, camni, kau beli kan untuk birthday adik bulan Feb ni ea.
Ok? .. adik buat-buat tahu la..buat suprise nnt ea?!!"
ha ha ha lawak betul adik aku ni..
Dia belajar dari siapa la lawyer buruk ni sume?!!
Dari bawah ke atas shopping mall tu dah ditawaf..
sampai depan McD stall, dia kata, Yong nak ice-cream.. aku bagi duit RM2.. dia tanya, kau tak nak ke?
Aku jawap, tak nak la, nak miLo Dinasour.. sambil buat aksi *Grinn*
haha nasib gigi putih dia cakap..
Mengong nyee adik aku ni, gi belajar tinggi2 makin sengal rupanya..
haha
Tak sempat duduk, situ jugak dia makan. Dia tarik tangan aku masuk ke kedai cenderahati..
Aku tanya dia, nak beli hadiah untuk siapa ni, birthday orang lambat lagi..
Dia cakap, sapa nak beli hadiah.. .nak cuci mata je.. kedai ni wangi.. suka masuk..
Sudahnya, aku beli selipar je lepas kena sound, "kau tak beli apa2 ke?" tak da nafsu?"
ya Allah adik aku ni, panggg kang.. haha sabar je laa..
Balik rumah dah petang dekat pukul 6.30 pm..
Tiba, tiba abah ajak gi Surau lepas maghrib, katanya ada IMAM MUDA datang bagi ceramah..Tajuk Hijrah.
Huhu mula-mula cam malas, sebab penat la bejalan dengan minah sorang tu.. Tapi bila terkenangkan pahala. Peluang tu kena rebut.
Alhamdulillah, memang best ceramah Hizbur .
Antara Isi ceramah yang sempat Otak ni Save ialah
Golongan yang mendapat Syurga Allah
- Orang yang bertaubat
- Pemuda yang tertaut pada masjid
- Pemuda yang sayang kepada sahabat/saudaranya kerana Allah
- Pemuda yang menolak ajakan wanita cantik kearah maksiat
- Orang yang menginfakan hartanya ke JaLan Allah
Aku tanya kat adik disebelah,Kenapa "PEMUDA" je..pemuda tu kan lelaki..
kenapa tak di sebut wanita juga?
Adik kata, tu kena tanya FB hizbur kalau malu nak tanya Live
hmm, soalan tu aku simpan je dalam hati..
Sedih la kalau camtu, semuanya dapat kat Lelaki..
Ada banyak lagi yang dia sampaikan berkenaan Hijrah nabi dulu, Sedih bila dia cerita kesusahan, kepayahan HIJRAH nabi dulu..
Syurga Allah bukan Murah kata Hizbur..
Bila bukak je Cerita Nabi, saat kewafatan baginda, memang syahdu.
Tambah pulak, penyampaian Hizbur sangat tertib dan lembut.
Satu yang tertarik , masa Dia mengimamkan soLat Isyak berjemaah, Suara dia sedap sangat.
Cara dia alunkan ayat tu menusuk, kalau solat subuh dengan dia mesti syok.Tak de la terpisat-pisat mengantok kn?!" kata adikku..
aku angguk setuju
Balik dari surau dapat Mee Kari. Sedap!
No comments:
Post a Comment