15 January
Birthday Abahku..
Walaupun Sabtu.. Abah kerja harini..
Semalam dalam KTM, call adik di Penang, tanya kepastian tentang Tarikh lahir abah dan Ibu..
Konfius.. Bukan Lupa.
Ini kerana Abah dan Ibu Lahir pada Bulan Yang sama selang sehari je.
Abah : 15 January
Ibu : 16 January
Berkira-kira nak belikan apa untuk PARENT TERCHINTA.
Abah : cadang nak belikan HP la.. sebab HP abah dah lama. Lagi pun dah banyak rosak..
Ibu: Jam tangan + Buku..
Tapi tadi untuk Mukadimah, Belikan Ayamas.. Yeay everybody can eat..
Makan time Hujan sambil tengok berita memang berselera.
Teringat
Perbualan Dari Stesen Kuala Lumpur sehingga Sentul dalam KTM
Ath : Assalamualaikum
Sha : Waalaikumusalam Kakakku hehe
Ath : Sehat kan? Busy ea? Ibu cakap nk ke kelantan la, sabah la.. waa ni ronda2 M'sia ke gi Blaja ni?
Sha : Hehe yelaa, dah kena pegi.. pegi jela..best kowt.
Ath : Yela-yela..Balik x Raya Cina ni?
Sha : Harus laa, Raya kn? 1 M'sia kn
(Suasana dalam KTM yang sunyi tu, rasa cam suara saya je kedengaran)
Ath : Esok beday Ibu ke ?Abah?
Sha : ko biar betul, x ingat ke?
Ath ; Bukan tak ingat... Konfius.. dekat2 kn..
Sha : esok abah, lusa ibu...So beli cake ke? tggu adik balik??
Ath : Tggu ko balik? berjinggut la gayanya.. Tak kowt..blanja mkn je
Sha : Jangan ko SMS wish beday kat abah da la..dok satu rumah je lebih..
Ath : Mne ada
Sha : Eleh, yela tu.. aritu kol ibu, tak tahu ko ada ke tak, Yang ko pun tak tahu ibu kat mane? ape kes?
haha adik ingatkan peristiwa tahun lepas, menyebabkan aku terseyum hampir tergelak dalam gerabak Wanita tu..
Ath : takkan la..
Sha : mne la tau.. ke nk buat suprise? adik cadangkan ko buat-buat tertutup lampu pukul 12 tgh malam ni pastu bukak balik.. mesti SUPRISEEE punyee
Gila adik aku ni.. idea senget.. haha ceria betul dia .. Rindu tiba-tiba. Balik la cepatttttt =(
Long!! "suara adik di hujung talian.. "Ko dengar ke x?"..
Ath : Apee?? xdgr pape pun..
Sha : hishkk penat org cakap.. kawan adik ikut skali taw..
Ath : ha? ikut pegi mne?
Sha : balik umah kite la..dia teringin nk gi KL
Ath : haha yela, bagitau ibu dulu.. tu bukan umah i..Cakap kat Kwn ko tu, KL xde apa.. Unless pasaraya haha
Sha : ngeng la ko ni.. hmm tu je ke ko nk tanya? rindu i ea?
Ath : Eh tolong sikittt..
Pantang betul kalau orang tanya macam tu..Macamane nak mengaku? Tak pandai la..
Nak angguk pun tak, Geleng pon tak
Apa tah lagi nak cakap " Yes, I miss You "
Sungguh la luar alam.. Suicide Confession namanya tu..
Ath : Ok lah, gi la solat dah masuk waktu ni..
Sha : baik lah.. Nanti Kim salam semua ye. Assalamualaikum
Rasa macam semua mata wanita-wanita dalam train tu pandang saya..
Kenapa?? kuat sgt ke saya cakap.. rasa nya tak. Habis Romantik dah .slow kowt volume suara tadi.
Hampir terkejut ,bila sorang minah ni duduk disebelah. Sayla!!
Dua kali toleh untuk pastikan tuan empunya diri tu..
Sah.. SILAP ORANG.
Dah dua kali da nmpak minah ni.. Persis Sayla .
Cume beza nya dia ni gelap sikit dari sayla. Pheww~
dia pun turun stesen Taman Wahyu.
pernah cerita peristiwa ni kat Sayla haritu.. Dia gelak je.Tanpa Huraian
Logik
- Ape pulak si sayla buat dalam KTM petang2 ni.Dia kat UM.
- Rumah dekat Gombak. KTM ni laluan Batu Caves.
- Dia mesti la naik kereta. Tak pun Ridza boleh ambil dia.
Athirah athirah..wake up!!
Just like a sunrise can't be deny
Just like the river will find the sea..
16 January
Birthday Ibu Tersayang
(Hilang kata-kata)
Teristimewa
Doa Untuk Bonda dan Ayahanda
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan rahmat-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta Redha-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,

serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Saya sayang mereka.
Peringatan untuk Diri
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita
memerah tenaganya, airmatanya,
keringatnya.
memerah tenaganya, airmatanya,
keringatnya.
Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
No comments:
Post a Comment