Bila tak Nampak.. rasa nak tengok.
Bila depan mata, Dapat tengok, Mulut pulak tak dapat nak cakap.
Argh pelik betul.
Berbicara melalui diam biasanya tak difahami oleh kebanyakan orang.
Melihat segalanya bergerak seakan memberhentikan masa.
Saya ingin berbicara mengenai Wanita. Seribu darab Lapan belas kisah boleh disingkap kalau terbit nama “Wanita”.
Cuba menyelami hati seorang wanita bergelar Ibu,
Dari Gadis, kepada Wanita, seterusnya IBU.
Dah banyak baca kisah Manis, pahit, Payah Jerih seorang Ibu.
Yang saya Cerna.
KEKUATAN.
Untuk jadi Ibu, Untuk bergelar ibu, seorang Wanita juga Isteri harus Kuat. Susah nak define “kekuatan" yang satu tu. Kekuatan yang dirasai oleh seorang ibu, as saya belum berkahwin dan belum lagi Bergelar isteri & Ibu.
Seperti kata pujangga:
Tangan yang lembut menghayun buaian, Bisa menggegar dunia
Allah kurniakan kekuatan yang luar biasa kepada wanita untuk menahan kesakitan ketika melahirkan.
Ngilu rasanya bila bayangkan momen yang bakal dilalui oleh semua bakal ibu. By all the meaning of the wordz..
Rasa dulu baru boleh Define..
Tempoh mengandung 9 Bulan tu + Hari melahirkan.
Macam-macam boleh berlaku
-Hilang Darah
-Tekanan Darah Tinggi/ Rendah
-Pening/ Muntah-muntah
-Berbagai-bagai yang “Disorder” huhu
Allah jua maha mengetahui, Maha Lembut dalam semua perkara.
The eyes tear
The heart is in pain
But (with my tongue)
I will only say that which is pleasing to Allah
Selepas selamat di Lahirkan, ajaib, seorang ibu dapat lupakan segala kesakitan yang sama dengan maut.
Allah maha besar.
Tak tergambar, tak kira la melahirkan melaui pembedahan ataupun Normal. Tiada beza. Dua-dua bertarung dengan nyawa.
Cukuplah tengok Ibu-ibu yang ada disekeling saya. Kalau saya tengok mereka, saya tak tengok kosong. Seriously!
Yang paling Hampir Ibu saya. Saya cuba jadi anak yang baik. Saya cuba ibu =) I Love my Ibu so much..
Ok sambung lagi,
Kekuatan yang saya Nampak
- Seorang Ibu bila balik kerja penat-penat.. akan kembali bersemangat bila lihat anaknya
- Seorang Ibu boleh jaga Anaknya sehingga tak Tidur malam
- Seorang ibu tak akan Lupa untuk mendoakan Anaknya
- Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak
- Seorang Ibu akan mendahulukan anaknya. Biar Ibu tak makan, asalkan anak makan.
- Ibu boleh faham bahasa anaknya semasa anaknya belum bisa menuturkan bicara.. tapi bila seorang anak dah besar dan masuk Universiti, yang kedengaran ....“Mak ni tak faham la apa yang orang cakap”.. irony isn't it?
Tengok beberapa kawan semasa belajar dahulu, sudah pun mempunyai seorang cahaya mata, Tak sangka betul, yelah, masa belajar dahulu & 5 tahun selepas itu. Macam-macam boleh jadi.
Perubahan yang terjadi bila diri menjawat Title “Ibu”
Comel itulah ayat yang terpacul. Mana-mana baby pun Nampak comel. Sebab kecik dan Kulit bayi yang halus.
Saya berdoa, satu hari nanti Dengan Izin Allah, saya pun ingin menjadi wanita hebat itu.
kata seseorang yang saya hormat & saya sayang :
"Awak akan merasa juga fasa itu satu hari nanti..InsyaAllah"
Fasa menjadi isteri tersayang/Solehah, Ibu Mithali.. heee.. besarnye Jawatan! Gulp..
Ni baru cecalit cerita berkaitan Ibu. Belum lagi dugaan-dugaan yang dihadapi hari demi hari. tahun berganti tahun.
suami dan Anak-anak.
Tanggungjawap yang besar untuk dilaksanakan.
Bersediakahanda? eh silap.. bersediakah saya?
Tunggukan jawapannya......................
Ni baru cecalit cerita berkaitan Ibu. Belum lagi dugaan-dugaan yang dihadapi hari demi hari. tahun berganti tahun.
suami dan Anak-anak.
Tanggungjawap yang besar untuk dilaksanakan.
Bersediakah
Tunggukan jawapannya......................
Allah SWT menilai seseorang bukan kerana wajahnya yang ayu,bukan kerana tubuhnya yang cantik dan gagah, bukan kerana kemewahannya dan bukan kerana kedudukannya yang tinggi melainkan Allah menilai seseorang pada hatinya. Oleh sebab itu peliharalah hatimu,penuhi ia dengan ketakwaan dan kasih pada Allah SWT.
fitrah Wanita : Lembut didalam ketegasan
No comments:
Post a Comment