Monolog

oNeslo panas baru bancuh lepas Lunch tadi menemani saya baca article yang diForward dari Farah harini..

Tajuk:
Peringatan dari Rasulullah kepada Wanita.

Saya bukan insan serba baik dan jauh sekali untuk mengaku sempurna. 
Saya hanya Hamba yang lemah.

Bila baca satu satu ayat tu, notice banyak betul kesalahan dalam diri yang tak sedar..Astaghfirullahalazim.

Terkadang Lupa semua ilmu yang di terima.
·         Tak sabar.
·         Lalai
·         Tak Bersyukur
·         Tak redha
·         Kurang amal
·         Chin Chai
 
MONOLOG

Bukan nya susah nak betulkan balik. Ikut track .. do a simple2 things 1st.. you can.
I know you can.
Tp kau selalu lupa.
Selalu ..
 
Tolong buat semula dan buat betul-betul.
 
 
REQUIREMENT

Hearty mesti kolaborasi dengan Minda untuk instruct anggota bergerak.

Minda kena selalu ingat untuk Konsisten dalam tindakan baik. Patuh

Hearty kena jaga . Kiblatkan pada Redha Illahi..

Anggota kena rajin . Bergerak untuk Lawan Nafsu dan suara-suara sumbang yang memusnahkan/menjatuhkan.. 

suara sabotaj dalam diri yang harus di hindari.

 Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. 
Hamba yang solehah menerima Qadar dengan sabar serta gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia).
Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” 
Surah Al Baqarah : 216

Bukan mudah . Jalan kepada-Nya dipenuhi duri. Maka Langkah yang harus diambil ialah berhati-hati.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. 

Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. 

Yang pahit ini akan menjadi ubat. 

Yang pedih ini akan menjadi penawar. 

Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”
 
** See those people yang you admire. Be like them. Absorb the good quality as much as u can.


saya ok. =)

No comments: