Hari Kekasih

Bukan saya sorang yang tulis tentang "kekasih Ulung" kita ni
Bukan saya yang pertama .

Bahkan setiap tahun kita menyambutnya. Sebenarnya setiap hari kita mengingati baginda.

satu article dalam majalah solusi keluaran lepas yang saya baca semasa dalam KTM ke KLSENTRAL berkenaan Nabi kita. Bagaimana baginda di hari kiamat nanti akan memberi syafaat kepada umatnya.
Saya tersentuh apabila penulis tu menyatakan bahawa, apabila disana kelak, semua nabi dan rasul akan diberi makam mereka dan akan duduk disana. tetapi Nabi muhammad berdiri dihadapan umatnya, memohon kpada Allah untuk diberikan syafaat yang telah dijanjikanNya. Baginda akan bersama umatnya .

Begitu kasih Nabi Muhammad kepada kita umatnya. Kita???
Sirah yang paling popular ialah, baginda menyebut Umatnya diakhir nyawanya. Itu bukti yang besar bahawa Muhammad insan Agung yang kita perlu sanjung.

Pagi tadi di MHI, melihat Wardina begitu bersemangat menyeru seluruh penonton Berselawat dan Menghayati pengorbanan, Sirah insan Agung bernama Muhammad ini. 
Yup dia ada peluang dan medium untuk mengajak Manusia kearah kebaikan. Itu semua saham-saham akhirat. Semoga Allah Redha.

Percaya atau tidak 
Boleh menitis air mata jika membawa Kisah Baginda.

Pernah dalam satu peristiwa isra' batu yang besar ingin ikut baginda naik kelangit, tetapi Allah tidak izinkan.. dan batu itu terapung sehingga sekarang di Babylon. wallahualam.
Nabi ikutan kita. Kalau kita yang bernama manusia ni tak mahu ikut nabi, maka kita lebih teruk dari batu.

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad 
صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"

KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala

2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi nnn dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)"

Sumber: Maulid Ad-Daibai & 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu
Berselawat sebanyak yang mampu... Kalau tak mampu, cuba melazimkan diri dengan meng'amalkan sekurang-kurangya 10x selepas solat fardhu. 10 x 5= 50 kali... kemudian, usahakan utk kita melatih lidah kita utk terus berselawat, insha'Allaah lambat laun, lidah kita akan sentiasa terbiasa "basah" dgn selawat yg mampu menenangkan hati kita sungguhpun dalam keadaan hati yg "sebak, sesak dgn ujian yg dtg bertubi-tubi" ... PERCAYALAH! 


Note : 
1) Al-mualim by sami Yusuf & The Chosen One by Maher Zain di pendengaran 
2) Mahu menyiapkan Esaimen Law

No comments: