sekejap je Emosi bernama Depress itu.

Percaya atau tidak, memang begitu lah manusia. Manusia itu saya.. 
_Jika marah tu, marahnya tidak terbendung
_Jika kecewanya, hendak di tangisi
_Jika gembira seharian, hendak di kongsikan 

Selepas Test yang susah tahap petala ke lapan yang saya hadapi semalam, semua rasa kecewa saya lupakan.

Mana tidaknya, Kursus yang saya ambil tu namanya Human Resource Development.
Kenapa soalan yang tidak terduga disoalnya.

Dapat je kertas soalan, masing-masing tengok sesama sendiri. 
Tak tahu nak jawap apa,

Goreng la apa yang patut, cuba la tanya definisi ke, Type of Motivation ke, boleh la jawap. 
Ni tidak, soalan 1 dah suruh Lukis Model Employee Behavior.

Takkan nak lukis gambar orang Lidi sedang duduk Kaki bersilang kan haha.

Lupa segala rasa yang tak enak sebelum keluar rumah tadi. Lupa.

Lega selepas minum teh dengan rakan sambil bercerita sikit-sikit. itu dan ini.
Lega betul. Bukankah betul, semuanya akan lebih senang jika dikongsi. Itu yang cuba saya praktiskan.

Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Yang diberi itu pasti diganti dengan lebih baik InsyaAllah.

"La in shakartum, la azi dannakum".
Jika engkau mensyukuri nikmat-Ku, nescaya akan AKU tambahkan lagi nikmat-Ku padamu. Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur. Amin.
Semuanya milik Allah. Kita hanya memegang amanah.
Semalam tu, mungkin hati belum ikhlas, Apabila keperluan muncul, ia bergeser dengan Keikhlasan. 
^_^
Minda ni, Hati ni senang ikut kata haluan kiri
Kawan : Kau terlampau kuat.
Aku : Perlu kuat untuk teruskan hidup.
Kawan : Pinjamkan aku sedikit kekuatan.
Aku : Bahkan kalau perlu, aku salurkan sebanyak mana yang kau suka.
Kawan : Tiada bahu yang dapat aku pinjam.
Aku : Masih punya aku.
Kawan : Jauh.
Aku : Kesat air mata.
Kawan : Kecewa, aku sengsara.
Aku : Jangan lupa janji Allah.
Ath : Termenung jauh kesepian dalam mengubati hati yang sering luka dengan gelagat manusia yang tidak pernah henti dalam menabur benih benci tidak berkesudahan.

"Kalau wujud perasaan yang tidak menentu, bunuh sahaja ia. Pandang ke hadapan dan senyum seperti biasa. Doa dengan ikhlas dan redha dengan apa yang dihadapan mata."

Rancangan : Mahu keluar berlibur sebentar lagi bersama Teman. berdua?? ada yang jeles nanti kalau dapat tahu. ^_^

No comments: