Seminit Dua yang ada ni,
saya diasak dengan Kekecewaan.
Apa yang kamu tahu tentang Ego?
Kalau tanya saya, saya jawap Ego itu "Kamu"
...dan saya nak kamu tahu yang saya tak suka dengan jawapan saya tu.
Kamu jangka yang orang akan sanjung kamu bagai Manatang minyak yang penuh?
Eh, Minyak sekarang orang dah tak Tatang tau.. orang letak dalam kereta sahaja.
Tapi sekarang Ego kamu melibatkan orang yang saya sayang. Kamu mengganggu Emosi beliau.
Saya juga terganggu jika kamu menggangu beliau.
Tega nya kamu.
Kamu hanya perlu lakukan satu perkara. Satu.
kamu cuma perlu berubah.
Itu sahaja sebenarnya.
Saya kecewa. You Never Grow Up!!
Nak dibiar, ikatan takkan putus.. nak dekat, dia menjauh.. |
U-Turn:
Apabila minda telah diset bahawa kepahitan adalah perkara yang WAJIB ditemui di dalam kehidupan, dan MESTI dihadapi di dalam perjalanan, ah, hati tak akan terlalu manja untuk menyebabkan tubuh terlutut. Bahkan rasa pahit itu juga akan mampu ditelan ibarat air tawar sahaja.
Nampak senangkan?
Come on. Kuatkan diri. Jangan hidup dalam fantasi.
Kepahitan adalah perkara WAJIB di atas dunia ini.
Memahami yang itu, kekuatan akan hadir di dalam diri.
No comments:
Post a Comment