Kerana ini aku. Dan itu Kau.

I never thought , to see you looking at me that way.

Walau apa pun aku tetap bersama kau.
Walau kau membuat andaian yang buruk terhadap ku.
Walau ia menyakitkan bila mengetahuinya.
Aku tahu, kau tak bermaksud begitu. Aku harap begitu.
Aku dah cuba sedaya mungkin untuk tidak melihat kau. 
Untuk mengabaikan kau. Aku gagal
Aku mengaku.
Kerana kau tak mungkin tahu...mungkin Kau tak mahu tahu ..Bukan begitu?
Merak dan Enggang tak mungkin dapat dilihat sama didalam satu kumpulan.

Kau sahabat, dan kau tetap kawan
Tiada Kompromi, aku Serius
Jari ini akan tetap mencari kelibat mu..Jari?? ya..
aku mencari-cari Istilah lain untuk menggantikan "Rindu" ini..
Tapi sayangnya. Tak Jumpa.
Kau dah lain..aku hanya mampu memandang.
Tulis dan Ronyok...Kemudian kutip semula..

Aku Tak dapat untuk memandang terus kearah kau.
Ingin
Ingin
Ingin.. seperti dulu-dulu..Ingat?

Tapi,
Aku takut, sisa-sisa yang aku cuba singkirkan akan lekat semula.
Aku akui, aku ada buat salah dan silap yang mungkin sebahagiannya aku sedari, 
dan kebanyakannya tidak aku sedari. 
Salah silap itu mungkin dilakukan hari ini, juga mungkin dilakukan semalam, 
juga mungkin dilakukan oleh aku tahun-tahun yang telah berlalu.

Jangan bimbang, aku sedang cuba untuk mengakhiri musim ini. Bahkan setiap hari.. 
Setiap kali aku memandang keluar tingkap. Setiap kali aku memandang Jalan Raya. 
Setiap kali menghadap Char Kuey Teow, Hujan dan Telefon.
Ironi nya..
**Ketawa  
Memori ingatan aku sukar untuk Luput. Itu faktor Utama.
Segalanya berkaitan dengan kau. Aku ingat. 
Sumpah.

Sudah .. 

Ath : Just turn around and see me .I am looking at you
        Standing. Stood Still..
        For another chance. Aku takkan melepaskan kawan. 
Kerana ini a k u. Dan itu K a u..



Kira-Kira : Ingin Privasikan Acc MukaBuku

                Lambatnya FL nak Tiba..


Gaya.Hanya Ingin bergambar dengan Sweater baru .. Kau rasa begitu ke?

~Satay & Kuey Teow Sup ~
Berpimpinan Tangan Dengan Adik Di Pasar Mlm Tadi
Hujan la Hujan..
       

No comments: