Walaupun sekarang ni Syarikat Telekomunikasi berbondong bondong ingin menubuhkan Talian yang berlingkar-lingkar. Menyediakan pelbagai produk untuk kemudahan manusia .Saya tak rasa ia akan memberi efek kepada diri.
6 miss call dari Kenalan lama membuktikan segalanya.
Tahap pergantungan yang nipis kepada Telefon sejak 1, 2 tahun ni menyebabkan saya malas nak pegang HP ke hulu atau ke hilir.
Selepas Masak Tengah hari tadi, teringat kepada "Apple Merah" didalam laci meja Study
Terus No Tertera didail
Tahap kecemasan boleh dikira jika Lebih dari 5 Missed Call.
Kawan : Wah, Susahnya nak reach kau.
Ath : Sori la Hp dalam Laci. (Ketawa)
Kawan : Kenapa tak letak bawah Pasu?
Ath : Bagus cadangan tu.. (Dah biasa dengan lawak tu)
Kawan : Kau free tak Sabtu ni
|Teringat kelas sabtu ni yang dibatalkan oleh Pensyarah 2 minggu Lepas kerana permintaan student cina|
Ath : rasanya free tapi pagi aku ke Duta. Kenapa?
Kawan : Nanti teman aku..ke kenduri kahwin
Ath : Oh, Insyallah.
Kawan : Ok. Tengok-tengok Hp tu, Kalau tak nak bagi aku.
Ath : Yea right
Sejak dari saat dapat melupakan peristiwa menyakitkan 2 tahun Lepas. Kesan Di Hearty masih ada parut.
Kalau dulu, Telefon Genggam sentiasa di Genggaman, Tapi kini..sering diabaikan. Sehinggalah Ditukar kepada "Apple Merah". Hebat Apple kerana applikasi Java dan permainan Virtualnya.
Oh ya bukan selalu di tangan saya Apple itu. Ditangan adik-adik saya.
Ath : Cinta itu satu proses yang menikam semua salur darah yang kamu ada dalam tubuh. Mula-mula kaumu akan rasa sakit, tapi semakin lama, setelah kamu terbiasa, kamu akan rasa gembira dan nikmat. Tapi kaum jangan lupa, bila terlampau gembira dan nikmat, ia akan membawa sakit semula yang lebih berat. Nah, di situ salur darah kamu tersekat.
Jangan Lupa, dulu saya pernah jadi budak Kimia
|Ketawa|
|Nyawa atau Wang?| |
Soalan : Pilih Wang atau Nyawa?
Jawapan : Wang dan Nyawa
Di zaman sekarang Kedua-duanya Berharga Bukan?!! Nyawa Penting tetapi jika Tiada wang ibarat tiada Nyawa. Bagaimana?
Nota Kaki : Berada dibawah Tekanan, Membuatkan diri ingin lari dari Realiti
No comments:
Post a Comment