"Knapa i yang kene tanya gurl yang lain.."
soalan yang aku tanya diri sendiri lepas letak telefon bercakap dengan Ema..
Aku tak berapa suka dalam bab-bab mengatur, kena send SMS ajak sana, sini haha..
bukan bidang aku la tu..
bukan apa, takut rejection.
Gaya macam kena reject apa je.
Dah la kite arrange, Jawapan orang:
- I tak boleh pegi la
- emm,tengok la kalau free
- nanti i confirm kan balik ea
Jawapan mengikut skema Ath .Lulus
- Ok je, InsyaAllah ye. Aku memang nak keluar dgn korang pon .Rindu
- eeee, bestnye. Boleh-boleh, bila nak kuar? kat mane? Tak sabar.
- Boleh jugak. Tak buat apa-apa pun.
- InsyaAllah ea, rsa macam ada hal, tapi aku cuba untuk join esok.
Haha , i just appreciate the long thought.
Come on, SMS tu caj nye sama je. kalau hantar
"ok"
"bila"
"Waalaikumussalam"
apa salahnya taip panjang-panjang sikit..
Yang herannya kalau dengan lelaki, waaa bukan main siap bersmiley bagai. haha
athirah , bile nak brubah ni? =)
Bila semuanya berjalan lancar, And the plan is ON.
I'm telling myself that,"eh, being an organiser isn't that bad jugak la kn.."
rasa bertanggungjawap ahaks..
Awal aku sampai dari kebiasaannya.. Pukul 11:10 am waktu tempatan.
Sending SMS
Ath :Aku dah sampai
Sayla : Awal giler. dengan siapa?
Ath : Sorang. cepat siappp
Sayla : Ok ak siap skrang. Ak tengah study ni hehe.
Ath : Study? dak anugerah dekan ni...haishkk
Aku yang gile ke? Die yang giler? macam rumah sebelah Time Square je gaya. haha. Boleh study lagi time2 nak keluar berfoya-foya.
Selalu orang tunggu aku, tapi semalam.. aku tunggu orang. Bagus
Untuk kesekian kalinya, menapakkan kaki ke McD.. situ je tempat yang rasanya diri ni diterima haha..
Layari internet tanpa wayar bersama Iphone. Boleh tahan hebatnya.
Lepas semua sampai. Kami menapak ke tingkat 10 dengan Lift.
Mane boleh terbang kan. Haruslah naik Lift.
Suasana aman sikit dari hiruk pikuk level bawah nun.
Ting 10 food ni ada Food court je.
Satu-satu kedai makan kami tawaf. Semua tak berkenan.
Lepas sampai di hujung, masing-masing tengok belakang,
- eh, macam best Penang Stall tu, nak la.
- Ha, Ipoh corner tu pon ok gak. Jom.
Geleng kepala
Masa lalu depan kedai tu, sorang tak hingin kn..lepas 200 meter kehadapan baru nampak?
haha pusing balik la jawap nya. tak pakai U-turn. Guna gear reverse pon tak.
Beverage
Ema : Korang nak minum apa?
Min : aku nak Carrot susu la
Ema : Ath ko nak air apa?
Ath : Air kesihatan satu. (Ketawa)
Ema : main-main kaw ye, jangan biar aku cakap sabah. susah kaw (senyum )
Ath : Yela-yela, air cappucino . Nak ais ye.
Ema : bang, cappucino 1 tapi nak ais ea.
Abg air : cappucino panas je ada
Ath : Garu kepala : Tembikai susu la.
Abg air : Tak ada.
Ath : habis apa yang ada ..(sambil tengok menu)
Abg air : pandang macam tak tahan nak buang air ..
Ath : Min ko carrot susu ea? aku pun nak la (tanpa pandang kearah abg tu)
Ema : Abg air tadi tak Friendly la
Ath : Ah, sape nak kawan dgn dia.
Sayla : Ice Lemon tea (order dari luar kawasan)
Selepas makanan tersedia untuk disantap.
Sesi Chot chet chit chot bermula..
Soalan sensasi ditujukan kepada pengantin baru. Min orang paling excited.
Hyep hyep.. mane bole cerita.
Ath : yunk, keep it short and simple la
Semua setuju. Semua Pandangan dihalakan ke arah Anyra..
Anyra : "Dah"
Hahaha Perlu explain ke? tak perlu la kn..
Banyak cerita itu dan ini di utarakan. Yang gaya pakar motivasinya. Penceramah kenamaan.
Tak kurang hebat. Tukang dengar. Dengar dengan teliti. haha
Selepas 1 jam 30 minit . Lebih kurang la.
Tak guna jam randik untuk set masa yang telah dihabiskan.
Menghabiskan masa di meja Tinggi berdekatan Kebab stall tu, kami mulakan langkah ke kedai-kedai baju.
Sesi melenguhkan kaki bermula..
Tengok-tengok Cuci mata
Dah banyak kali ke TS ni, baju itu-itu je pun yang nampak.
Tapi tetap nak tengok. Macam la boleh pakai. iTu kan fesyen orang tak cukup kain.
Aneh kita ni.
Anyra sibuk dengan baju Baby. Yela orang dah kawin.
Dah ada ke beb?
As soon as possible . Seramai yang boleh tambahnya.
Lepas kedai kasut, kedai baju, kedai barang perhiasan.
Semuanya pelik-pelik. Pegang yang ni, nampak yang tu.
Eh itu baju bunga-bunga.
ini baju koyak sana. Senteng situ.
Kenapa diorang jual benda macam ni? dan masih ada orang beli?
Kawan : eh, penat la, jom cari tempat duduk.
Sayla bawak kaki ke tepi tiang lalu sangkutkan tangan.
Ath : ni bukan tempat duduk, ni tempat bersangkut...
Kami ke McD lagi sekali lagi.
Korang nak makan lagi ke? nak makan apa?
emmm masing-masing berpandangan.
Ni dilemma yang tak pernah habis bile di tempat makan..
Ath : Ema, kalau ko nak tom yam or kailan goreng tak ada kat sini
Ema : Emm apa-apa je la Tak kesah
Ath : tu lagi satu, resepi yang tak pernah aku jumpe.
Ema : Nak ice-cream la.
Ema beli ice-cream super mahal.
Seumur hidup aku, ni la kali pertama makan ice-cream kena timbang. dan ianya mencecah RM24.90
RM0.53 sen untuk 10 grams.
Selepas kaki lega dan tekak sejuk dengan ice-cream maha mahal ni.
Kami ke Bukit Bintang untuk beli belah. Konon sana lagi murah.
Anyra: You tak boleh balik selagi tak beli jam
haha tengok jam yang dah lusuh ni. Tapi aku masih pakai? Setianya!!
Pergi kerja, Pergi Kuliah, Pergi Pasar, Pergi Lepaq dan pergi bersenam.
fUHH kalau Lelong ni mesti Unvalueable..
Maksud? tak berharga langsung la k.. hihi
Min dah mengah. Dia dah tak berdaya nak teruskan langkah. So, we decided to end the day almost 8 o'clock.
Sayla & ema : naik kereta pakwa sayla
Anyra,Me and Min : Monorel + Public transport.
Banyak lagi yang nak di cerita, sampai tak ingat nak cerita. Dah habis telan. Hadam.
Hearty :
Hidup ini kadangkala terlampau banyak warna.
Penuh dan sesak hingga kita mahu memilih satu warna sahaja.
Warna yang menggambarkan siapa diri kita.
Benda yang melambangkan perasaan kita.
Nota Kaki
1) Hidup riang perlu diteruskan
2) Kalau awak cari perempuan cantik dan Tertib kat sini awak takkan jumpa, sebab kat sini, dia ni Gadis cute dan gila-gila.
3) Sedang cuba membuat keputusan *Rock Blue*.. dimana boleh order pakai Dilevery..
*Shiro + Shera tak attend, walaubagaimanapun shera ditemui selepas Cop Muka.
Kalian tetap di ingatan
Kalian tetap di ingatan
1 comment:
yahp! asap....doakn kayh... :)
Post a Comment