attempt to justify

Ini cerita Lain

Hujan sepanjang malam.
Hujan berlarutan hingga pagi.
Hujan mengiringi dia ke tempat kerja.
Hujan adalah cuaca yang aku sukai.
Bahagia dan kesejukkan yang dibawa untuk meniti hari.
Dan aku manusia yang sukakan ulitan kasih sayang begitu.
Kadangkala tubuh tidak mengerti jiwa dan rasa yang kita salurkan. 

Semangat yang kita terapkan di dalam diri terbuai begitu sahaja sedangkan hati meronta mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar apa yang terhidang dan tersedia.

Sungguh la manusia ni tak pernah Puas
Ada tempat untuk aku, si insan hina?
Matahari pagi mula memancarkan cahaya.
Langit yang cerah direnung hingga kepulan awan rasa manis bicara.
Manisan yang ditelan sudah tawar rasa.
Diam.
Enggan atur kata.
Senyuman Bahagia dikirim untuk menutup duka.
Sampai Bila?

Jiwang nye ayat.
Tukar gear. 

Kini Semakin Percaya, hari ini Hati-hati Manusia sifatnya berubah-ubah.
Ok that's Enough. Itu bahagian mereka. Biarlah mereka , asal mereka bahagia.
Kita sering ada rasa dengan orang-orang yang dekat . Hampir
Kita juga sering membuatkan orang-orang yang hampir rasa dengan perlakuan dan percakapan kita.

Thats Fair. Isn't it?
Nope.. not fair at all.
I cannot explain or attempt to justify my short comings as i am a nothing short of a sinful slave.
So
Pardon me. Forgive me.
Allow me to be amogst the muslim who go thru the day with greatful. Love & Respect each other sincerely.
Its the most difficult things to be done as many tiny lil things polute the intend.

Eh kenapa tetibe cakap English ni?

Tak suka nya rasa yang enggak-enggak ni

By the way.. Now 12:45 | 30 Mac
My Sis Jannah Birthday

Nak ucap apa ye

Hope it adds
Some special pleasure
To the hours of your day
To know you're being thought of
In the very warmest way...
And when your birthday's over,
Hope that you'll remember, too,
The same warm thoughts as always
Will keep going out to you! 

Somebody up there Loves you 
Somebody down here cares for you
  
This msg has No Fat 
No cholesterol n No Addictive 
this is all natural except, with a lot of sugar.
But it can never be as sweet as the one reading it
Happy Birthday.

Ath : Memandu membuatkan tahap kesabaran semakin tipis

Semalam semasa perjalanan pulang hantar min.


Min : Tira, sejak ko drive ni, aku tengok ko semakin cepat marah
Ath : haa, yelaah aku pun rasa macamtu
Min : Kalau dulu, kau selalu diam & fikir dulu before say something.
Ath : hmm
Min : Its Normal
Ath : Tak la min, thats why aku cuba untuk memandu seminima mungkin. Tahap aliran darah aku cepat naik nanti. 
Ath : tengok tu, dah Hijau pun tak jalan
Min : Cube ko honk
Ath : Eh jangan laa, tak baik
Min : Ko Honk je sekali.
Ath : (terus Honk).. ambik kau.
Min : yeaa camtu la . Yang kau tak jalan ni knapa? knapa tgok aku?
Ath : Tak sangka aku Honk
Min : Hahaha Lawak la kau ni.
Ath : errr... lawak ke?

sabar

 
Alhamdulillah,
 
Letih Letih Letih… Tapi SABAR itu Indah.
 
Apa yang aku perlukan saat ini ialah Rahmat & Segala Kebaikan Yang Allah Kurniakan.
 
Apa yang aku perlukan ialah semangat dalam meneruskan Langkah. Jauhkan dari rasa resah. Bisikan yang perlu diabaikan..
Syaitan selalu ingin melihat Umat Adam ini berputus asa dan Berburuk Sangka.
Astaghfirullahalazim.
 
Jika semakin hari semakin banyak kita cuba mengingatiNya dalam duduk mahupun berdiri. Musuh Allah itu semakin Hebat usahanya memesongkan hati dari KiblatNya.
 
SABAR itu ada 3 peringkat
 
1)     Dalam kita cuba membuat kebaikan
2)     Semasa kita meninggalkan larangan
3)     Dalam menghadapi Musibah


Allah menyebut tentang SABAR lebih 90 kali di dalam Kalamnya.
Ianya bukan semudah dengan berkata " Aku sabar "

ianya perlulah diikuti dengan perbuatan dan Ketenagan Hati

Lawan kepada SABAR ialah Keluh kesah

Prophet said : Sabar itu umpama sinar matahari.

Walaupun ia panas membahang tetapi dialah sumber tenaga menyinari Alam.
Allah maha Sempurna itu Bersabar dengan Hambanya yang selalu melakukan kemungkaran. Jadi mengapa kita tidak boleh sabar?

Bahaya
Memandu pulang tadi semasa matahari sedang terbenam FL meluncur membelah hujan , boleh rasa nak nangis. Entah kenapa.
Orang lain yang sedih. Orang lain pulak yang tumpahkan air mata.

Lagu di radio Hamba-Mu by Mawi & Akhil Hayy.. bait-bait lirik yang sempurna dengan Alunan bersemangat menggoncangkan kekuatan yang hampir rapuh.
Only Allah all knowing.

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

DI MANA KETENANGAN?

 

Lepas ni dah tahu, kalau rasa nak nangis. Lets Drive..Vroommm

Ath : sampai sekarang tak dapat nak comment kalau orang tanya, imam muda siri ke2 ni yang mana pilihan? haha macam la boleh pilih eh..

Ada sesuatu yang tak dapat di luahkan. Pikir banyak sangat. Deymm~

 


Contengan Jalanan

Semua orang sedang mencari Tuhan

Alhamdulillah Alhamdulillah

Itu kesimpulan yang boleh dibuat selepas balik dari Kuala Lumpur International Book Fair 2011 (KLIBF).
Area yang sesak dengan Student, dengan Lelaki dan Perempuan . Tak Lain dan Tak Bukan, Islamic Book Bahagian Ilmiah. Terpulang kepada Pembaca nak pilih yang ringan atau Padat dengan Isi dan Panduan.

Sedang Khusyuk Pilih Buku di Booth Fajar Ulung.. Baca Summary Buku " Puasa & Cinta" ada satu tangan mencelah meminta ruang.

"Execuse me"..
Aku hanya menjarakkan diri memberi ruang kepada suara dan Tangan yang ingin mencapai buku di rak depan. Namun untuk menoleh. Tak berminat sebab memang tak expect siapa-siapa yang ku kenal di PWTC hari Isnin pukul 4 :45 petang.

Anyra. Rupanya.. Macamana boleh terserempak ni.
Selepas bersalaman & Berborak Pendek kami berpisah kerana dia hendak cepat sebab datang dengan Mamanya.

Kebetulan Idayu Mazlan kawan sekolah dulu pun ada disana. Jumpa dan balik selayang bersama.

Nak cerita tentang Buku Hlovate ni banyak-banyak tapi tak habis baca lagi.

Hlovate kata :

Peluang yang datang dalam hidup ni sama macam Kereta apai, perlu digapai. Sekejap terhenti depan diri, Terlewat sesaat, makan Asap laa..

 

HLOVATE ni banyak cerita scenario watak di Luar negara, macamana student bawak diri mereka disana tanpa pengawasan KeluarGa. Atas dasar kesedaran diri masing-masing guna akal dan Nikmat yang diberiNya.

Most of the placed in OZ & UK.

CooL

Kena Merancang masa depan Kalau nak senang. Duit tu jangan dibuat Kiblat tetapi hanya sebagai Alat.

Selain tu, dia kata:
Biar kerja lelah asal ada ketawa, jangan kerja mewah dan berendam air mata.

Sungguh la orang kata, Nikmat yang ada takkan terasa selagi ianya tak lenyap dari depan mata.

Selalu kita dengar ungkapan ni kan? HLOVATE express dengan gaya Cool . sesuai untuk semua.

Pernah dengar pasal The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th .. maknaya. Kalau nak berubah ni, jangan tunggu signal yang entah apa gamaknya. Bulan jatuh keriba ke? Tak ingat ke ayat Allah 

For those who asked for a sign , have u not shown for what you've reading (Quran).. Look around you.

Perasaan terjaga daripada mimpi itu Realiti..

Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed, but if you keep your faith, somethings will be clearer than others.

You still got a lot of life ahead of you, Don't waste it doing the Wrong things and what's worse is ended up doing the wrong thing.

Kalau benih baru nak bangkit kena siram air & Baja. Hati baru nak Bangkit kena siram dengan Apa??

Yang bestnya Karya dia ni, ada selit kan hadith and Verse from quran untuk rujukan. mane la tahu sambil-sambil jalan boleh teringat satu dua potong hadith, tu kan pahala. Peringatan pun ye jugak.

"My faithful servant's reward from me, if I have taken to Me his Best Friend from amongst the inhabitants of the world and he has then borne it patiently for My sake, shall be nothing less thab Paradise.

"Aku teringin nak masuk Syurga.
"Siapa yang tak nak?"
Kalau kau masuk dulu, tarik aku sama"

Definasi erti Hidup kini sebenarnya.
There's a difference between living life and merely being alive.

To live is to learn

Life is full of Changes and suprises .

persahabatan juga memerlukan komitmen... jangan hanya waktu susah sahaja baru tergerak mencari kawan..waktu senang, 'sombong' dan memencil diri.
Kata-kata yang membunuh perlu dibuang jauh-jauh walau apa pun alasan kamu.
HLOVATE sign..
Nota Kaki

Ada buku yang BEST dibaca semasa menanti KTM & didalam Bus.